🦕 HELEAN 03 ( PART 1 )

7 1 0
                                    

5 tahun lalu...

Helena dan rakan sekolejnya sedang elok duduk di kerusi batu. Dia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya ke Singapore kerana mahu lari dari abang kandungnya.

"Helena ! Kau tengok tu handsome kan senior kita ? Setahu aku dia hot student dekat sini." Celah salah seorang rakan kelasnya.

Pandangan dialihkan ke arah jejaka yang dikatakan Syaziera sebentar tadi. Not bad , handsome !

"Jangan tenung lama sangat Helena takut jatuh cinta nanti." Usik Wanie sambil tertawa kecil.

"Hmm not bad la Ziera. Patutlah kau berkenan." Sempat Helena berseloroh.

"Aku ? Berkenan ? Dengan dia ? Huh silap besar." Helena terdiam. Apa yang dimaksudkan Ziera ?

"Aku ada dengar orang cakap si Arean ni playboy." Helena sekadar mendengar tidak mahu menyampuk , lagipun dia bukan ada kena mengena dengan Arean tu pun.

"Ramai dah jadi target dia Helena , dia dah tidur dengan anak dara orang bukannya reti bertanggungjawab. Semak aku dengan jantan gitu." Matanya masih merenung ke arah Arean. Patutlah ramai minat dia , memang ada rupa.

"Serious ah kau ni ?" Soal Wanie terkejut. Tidak pernah menyangkakan bahawa Arean berperangai sebegitu.

"Hm , tak percaya sudah. Aku gerak lu Helena Wanie. Mummy aku dah bising dekat rumah tu." Wanie sekadar mengangguk dan turut meninggalkan Helena seorang diri.

┈┈┈┈┈┈୨♡୧┈┈┈┈┈┈

Bukan Arean tidak sedar dia ditenung seorang gadis dari jauh. Perlahan-lahan Arean mendekati gadis itu sambil tersenyum manis.

New target ?

"Hai cutie ! Sorang je ?" Teguran Arean menyentakkan Helena dari lamunan.

"Er..hi Arean." Agak kekok apabila duduk berdua begini. Macam mana dia boleh tak perasan bahawa Wanie dan Ziera sudah pulang !

"Tak nak jemput I duduk ke ?" Soal Arean beserta senyuman manis.

"Er duduk lah , saya balik dulu. Bye." Baru sahaja Helena mahu meninggalkan tempat ini namun lengannya sudah dipegang Arean.

"Arean please lepas lengan saya. Tak manis orang tengok." Jujur Helena.

"Oh sorry , kalau you rasa macam tak manis apakata kita kahwin ? Lebih dari tu kita boleh buat." Dengan tiba-tiba Arean membangkitkan hal kahwin.

Helena kahwin ? Lambat lagi.

'Apa mamat ni baru je jumpa tak sampai seminit dah cakap pasal kahwin. Apa dia ingat aku murah ?'

"Hehe just kidding. Jom I hantarkan you balik. Bahaya gadis cantik jalan balik seorang diri malam-malam macam ni." Pelawa Arean lembut.

"Tak apa Arean , saya tak selesa kalau balik dengan awak. Assalamualaikum." Helena terus meninggalkan tempat tersebut.

"Jual mahal ? Awww I like !" Gumam Arean. Gila agaknga jantan ni.

┈┈┈┈┈┈୨♡୧┈┈┈┈┈┈

Keesokkan harinya...

Aman hidupnya tiada malaun-malaun yang menganggu pagi yang indah ini. Selalunya ada sahaja orang yang cuba berborak dengannya.

"Hi cutie ! Kita berjumpa lagi , adakah ini yang dinamakan jodoh ?" Helena sekadar membuat riak wajah menyampah.

Jodoh ke bodoh ?

"Merepek la awak ni." Arean tergelak kecil.

"Boleh tak berhenti kacau saya ?" Pinta Helena setelah dalam berdiam.

"Tak boleh , kalau boleh I nak kacau you hari-hari sampai hari dimana I akan melamar you jadi isteri I." Dengan keberanian yang ada Arean menyatakan hasratnya mengenali gadis ini.

┈┈┈┈┈┈୨♡୧┈┈┈┈┈┈

Dari hari ke hari sudah genap 3 bulan sesi kenal mengenal Arean. Arean mengajaknya ke tasik untuk bincangkan perkara penting. Niatnya satu sahaja , mahu menghalalkan Helena.

"Hai awak ! Sorry lambat." Sapa Helena lembut. Namun Arean hanya sekadar tergelak. Apa yang lawak sangat pun tak tahulah.

"No it's okay , saya ada something nak di bincangkan Helena." Arena mula membuka langkah.

"Yes what is it ?" Tanpa ragu Helena menyoal. Makin jejaka ini dekst denganya makin dia rasa selesa.

"I nak lamar you jadi isteri I yang sah." Jujur jejaka tersebut.

"Hah ?" Helena binggung sekarang ini. Biar betul Arean ni ?

"Nur Helena Sofea binti Jufri sudikah awak menjadi isteri dan bidadari sehingga akhir hayat saya ?"

Helena buntu , selama dia mengenali Arean tidak pernah sekali pun Arean bersungguh-sungguh tentang hal begini.

"Yes." Tanpa berfikir panjang Helena terus menerima lamaran Arean.

"Yes ! I'm happy !" Arean melompat kegembiraan.

┈┈┈┈┈┈୨♡୧┈┈┈┈┈┈

Hampir sebulan tarikh pertunangan kedua-dua pihak. Orang tua mereka juga sudah memberi keizinan untuk mereka berkahwin. Semua keputusan ini dilakukan oleh pihak keluarga belah lelaki.

Dia memilih untuk berkahwin di Malaysia supaya mudah urusan keluarganya dan keluarga mentuanya.

Dan hari ini mereka berdua bakal diijab kabulkan berwalikan bapa Helena. Gementar , itu yang dirasakan Helena sekarang ini. Benarkah keputusannya mahu mengahwini jejaka ini ?

Tiada sesiapa yang tahu keputusannya mahupun rakan baiknya Ziera dan Wanie. Keputusannya disimpan baik , teruk jika dia memberitahu bahawa dia mahu berkahwin dengan 'playboy kolej'.

Mahu kena bahannya.

Pengantin lelaki sudah bersedih dihadapan tok kadi malah pengantin perempuan pula sudah bersiap sedih diatas pelamin.

Dengan sekali lafaz Arean dan Helena sudah sah bergelar suami isteri. Dia berharap agar hubungan mereka dirahmati Allah dan kukuh sehingga akhir hayat mereka.

"Hai isteri abang." Helena tersenyum malu. Sudah merah wajah Helena apabila mendengar usikkan daripada saudara maranya.

"A-abang ? Fea kena panggil abang juga ?" Arean mengangguk lalu mencium dahi Helena lama. Bahagianya rasa !

"Isteri abang malu ke ?" Laju Helena mengangguk. Mahu saja dia memeluk tubuh tegap ini bagi menghilangkan rasa malunya namun segalanya terbatas apabila menyedari para tetamu yang hadir.

"Dah jom masuk bilik , kita kan pengantin baru." Tak sampai 10 minit bergelar suami dah ajak masuk bilik ? Teruk begini.

"Eii apa abang ni , pastu tetamu dekat sini siapa nak layan ?" Arean mencebikan bibirnya.

"Kita bagilah umi dan mummy layan. Abang nak rehat penat la sayang." Helena tersenyum melihat gelagat suaminya. Haih berbeza betul suaminya yang dulu dan sekarang. Manja terlebih.

"Nanti malam la bang , Fea nak layan tetamu dulu." Pujuk Helena lembut. Bersinar mata Arean mendengarkan penjanjian Helena.

"Sayang janji ?" Helena mengangguk tanda berjanji.

"Yeay !" Para tetamu yang hadir memandang hairan pada pengantin lelaki. Apa yang disorakkanya itu ?

"Dah Fea keluar dulu , kalau abang nak mandi masuk je bilik Fea." Arean sekadar tersenyum lalu mengucup pipi mulus isterinya sekilas dan...lari !

Haih indahnya hidup begini. Namun adakah bahagia ini kekal hingga selamanya ?

To be continued...

Sorrylah kalau bab ni nampak macam pecut sangat sebab bab flashback ni memang nak cepatkan takut readers bosan. Rasa macam dah malas nak buat bab flashback tapi nanti korang tak tahu macam mana diorang bercerai.

HELENA SOFEA || OGWhere stories live. Discover now