Bab 22 - Datuk Din

18.4K 62 10
                                    

Suasana di dalam club sangat berbeza dengan dunia luar. Bunyinya yang bising bingit, sesak dengan orang dan pelbagai lagi. Anis merasakan yang dia tidak sesuai berada di situ. She doesn't belong there. Beberapa orang mula menyapa Fatin. Lelaki dan juga perempuan. Mereka berpelukan seolah-olah lama tidak berjumpa.

Pakaian rata-rata pengunjung perempuan club tersebut lebih seksi daripadanya. Bulat mata Anis memandangnya. Mereka memakai tube, mini skirt, lengging, singlet malah ada yang memakai bra sahaja. Malah dia merasakan pakaiannya pada malam itu jauh lebih sopan daripada mereka. Fatin mengenalkan Anis kepada beberapa orang rakannya. Mereka berjabat tangan termasuk lelaki. Anis merasakan agak sombong atau kurang adab jika dia menolak tangan lelaki tersebut. Tambahan mereka sekarang di club. Pakaiannya pula menunjukkan yang dia seorang yang terbuka dan sosial.

Fatin kemudian membawa Anis ke tingkat atas, ruang VIP. Pintu masuknya dikawal oleh seorang lelaki yang bersut dan berbadan sasa.

"I nak jumpa dengan Datuk Rahman. Ini kawan I, Anis", kata Fatin sambil tersenyum. Lelaki tersebut membalas senyuman dan membenarkan mereka naik. Di sudut ruang tersebut, seorang lelaki pertengahan usia, mungkin hampir 40an, berdiri dan melambaikan tangannya.

"Fatin, sini!”, jeritnya kerana bunyi musik agak kuat.

Fatin bergerak pantas ke arahnya sambil menarik tangan kawannya. Sampai sahaja di ruang tersebut, Fatin mengenalkan Anis kepada lelaki lain di situ.

"Hi semua. I bawa kawan hari ini. Namanya Anis. Treat her well okay", pesan Fatin dalam nada yang manja. Anis hanya tersenyum seperti kerang busuk. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Fatin terus bergerak ke arah lelaki yang memanggilnya tadi.

"Ohhh Datuk Rahman baby, i miss you so much", kata Fatin sambil terus duduk bersebelahan lelaki itu. Mereka terus berpelukan. Lelaki itu terus menggomol dan mencium pipi Fatin. Anis yang masih berdiri agak terkejut dengan tindakan Fatin. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Perlukah dia duduk? Adakah dia harus terus berdiri? Atau mungkin beredar dari situ?

Tiba-tiba tangan seorang lelaki di situ menariknya, duduk di sebelahnya.

"Kesian awak masih berdiri. Duduk la sini", kata lelaki itu. Anis seperti dipukau. Hanya patuh pada arahan tersebut tanpa melawan. Lelaki itu kemudian meletakkan tangannya di pinggang Anis. Merangkul pinggang yang ramping itu.

"Kawan Fatin ya. Panggil saya Datuk Din. Abang Din pun boleh", katanya sambil ketawa. Anis tersenyum kelat. Langsung tidak kelakar baginya.

"Nama cik adik ni siapa ya?”, soalnya.

"Anis", jawab Anis ringkas. Dia kurang selesa sebenarnya dipegang begitu. Namun dia pasrah. Dia tidak ingin memalukan Fatin.

"Oh Anis. Awak cantik la Anis. Awak kerja apa? Flight attendant juga ke seperti Fatin?", soal Datuk Din lagi.

"Tak, saya kerja biasa ja. Pejabat area sini-sini juga", balas Anis seperti biasa. Dia cuba menjadi se-professional yang mungkin. Dia cuba senyum dengan lebih ikhlas. Tidak mempedulikan tangan Datuk Din yang memegang pinggangnya.

"Oh yeke. Sayangnya. Muka cantik. Badan cantik. Kalau tak flight attendant tadi, saya ingat awak seorang model dah", ujar Datuk Din. Tiba-tiba Fatin menyampuk perbualan mereka.

"Anis tu part-time model la Datuk Din", kata Fatin. Anis terkejut dengan kata-kata Fatin lalu menunjukkan reaksi marah manjanya pada Fatin. Mereka semua tertawa.

Awek Seksi BertudungWhere stories live. Discover now