Bab 38 - One Step Closer

27.3K 122 21
                                    

"Bang, dah nak sampai nanti, mesej ya", text ringkas Anis padaku. Aku hanya mampu membaca, tidak mampu membalas. Tanganku gugup menggenggam telefonku. Pandanganku ke luar tingkap. Rasa cemas, gelisah, risau, semuanya ada. Aku kira hampir 20 minit aku di dalam kereta menempuh perjalanan. Di kananku sahabat baik ku, pemanduku pada hari ini. Terima kasih sahabat.

Tiga buah kereta lagi di belakangku, ke semuanya keluarga dan saudara maraku. Mengikut rapat. Misi kami hari ini, majlis pertunanganku dengan Anis.

Yes, the day has come.

Lelaki lain mungkin teruja. Malah ada yang tidak sabar. Nyata berbeza dengan diriku ketika itu. Sejak mula aku melangkah masuk ke dalam kereta, rasa berdebarku agak berbeza. Maybe she wasn't the one, fikirku. Mungkin aku sedang melakukan satu kesilapan yang terbesar dalam hidupku. Text dari Anis ku baca semula, namun aku tetap tidak membalasnya. Aku berpaling kepada sahabatku. Mungkin dia ada jawapan kepada persoalanku.

"Weh Mat, aku rasa tak sedap hati la. Kalau aku salah pilih perempuan, macam mana?”, soalku. Mat memandangku kemudian kembali memandang ke hadapan.

"Kenapa tiba-tiba ni? Semalam kita lepak, kau okay jer", balasnya.

"Entahla. Aku rasa macam serba tak kena la", tambahku lagi. Fikiranku mula serabut. Tapi aku sedar aku tidak boleh bertindak secara keterlaluan. Ini semua hanya permainan mindaku.

"Bro, kau rilex. Aku faham apa yang kau lalui sekarang. Percaya la. Semuanya akan okay. Percaya la cakap aku", kata Mat. Aku masih belum pasti.

"Tak, maksud aku. Macam mana kalau perempuan tu bukan untuk aku. Macam mana kalau...... Entahla. Mungkin aku belum bersedia nak kahwin", terus terangku pada Mat. Tiada lagi kiasan. Mat senyap seketika. Jelas dia memikirkan jawapan yang sesuai untuk aku.

"Tenang. Aku dengar cerita perempuan ni dah beberapa tahun dah. Dah lama kan kau dengan dia. Jadi kenapa baru sekarang kau fikir begini? Kau rasa dia tak layak untuk kau kan?", soal Mat kembali padaku. Belum sempat ku membalas, Mat terus menambah kata.

"Ini ayat aku untuk kau. Kau hadam baik-baik" balas Mat pendek.

 Kau hadam baik-baik" balas Mat pendek

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku terdiam. Ada betulnya apa yang dicakap. Aku mengalami second thought kerana ada perasaanku yang merasakan yang aku mampu dapat yang lebih baik. Perasaan negatif ini merasuk dan meracun fikiranku.

"Kau dengar sini. Kau antara kawan aku yang paling aku sayang. Ni hari kau. Ini semua perasaan kau tu. Dalam hati kau. Cuba nak hasut kau batalkan benda ni. Kau jangan layan. Jangan bagi peluang ", jelas Mat lagi. Aku masih diamkan diri. Namun telingaku jelas mendengar satu per satu nasihat Mat.

"Kejap lagi, sampai sana. Kau lihat wajah perempuan kau. Automatic kau akan lupa apa yang kita bincangkan sekarang ni. Percaya la", tambah Mat lagi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 19, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Awek Seksi BertudungWhere stories live. Discover now