Bab 28 - Pangkor Paradise

20.4K 66 11
                                    

"Abang benarkan tak sayang pergi ke Pangkor tu?", Soal Anis kepadaku.

"Lama ke?", Aku membalas dengan soalan lain.

"Hujung minggu sahaja bang. Untuk shoot je. Lepas tu balik la. Semua syarikat tanggung. Siap diorang nak bayar sayang, banyak pula tu", kata Anis. Aku masih terdiam. Masih berbelah bahagi sama ada hendak benarkan atau tidak. Sememangnya aku tidak rugi apa-apa.

"Boleh la bang...please", Anis merayu. Aku mula berasa kasihan.

"Yela. Sayang pergi la. Tapi ada syarat", kataku. Sengaja mahu mengusik kekasihku.

"Emmmm syarat apa pula ni?”, rajuk Anis.

"Nak ke tak nak pergi ni? Tak nak pergi tak apa". Aku membalas dengan rajuk aku pula.

"Emmmm nak la. Yela. Apa syarat tu?”, kata Anis mengaku kalah.

"Nak gambar sayang pakai bikini, tepi laut", usikku.

"Eeeeeeeee tak mahu la. Melampau sangat tu", kata Anis padaku. Aku tertawa.

"Abang bergurau la. Sengaja nak dengar reaksi Anis. Cuma nanti hantar la gambar sayang di sana. Tak call atau chat kerap pun tak apa. Janji update from time to time. Enjoy yourself di sana ya. Jangan lupa abang sudah", pesanku pada Anis.

"Okay abang. Thank you tau. I love you so much", kata Anis kegembiraan.

"Love you too"......

Anis mengenangkan kata-kata akhir teman lelakinya sambil merenung ke luar jendela pesawat peribadi Datuk Din. Dia sudah mula merindui kekasihnya. Dia juga mula membayangkan jika dia bersama kekasihnya sekarang, memadu asmara di tepi laut, menerokai laut Pangkor yang biru jernih dan mempersona. Tiba-tiba tangannya disentuh oleh seseorang. Menyedarkan diri dari lamunan.

"Teringat siapa tu? Boyfriend ke?”, kata Datuk Din yang tiba-tiba duduk di sebelah Anis. Anis terkejut tetapi dia tidak menolak tangan Datuk.

"Emmmmm ada la sedikit", kata Anis.

"Kita sekejap saja di sini. Nanti Ahad pagi kita bertolak balik semula. Plus, this is just another job", jelas Datuk Din. Anis kembali tersenyum.

"There's the smile. You're so beautiful when you're smiling", puji Datuk Din. Anis kelihatan cantik sekali. Dengan rambutnya melepasi paras bahu, berbaju blouse pendek serta berskirt labuh. Sungguh menarik penampilannya. Anis tersenyum malu apabila dipuji sebegitu.

"Ada-ada saja la Datuk ni. Crew-crew semua mana Datuk? Tak ikut sekali dengan kita ke?”, soal Anis. Dia pelik kerana hanya dia dan Datuk Din di dalam pesawat tersebut. Sememangnya dia kagum dengan kemewahan Datuk Din. Memiliki pesawat peribadi mewah, bisnes-bisnes yang pelbagai dan menguntungkan serta duit yang tidak pernah habis.

"The crew took another flight. Diorang gerak awal lagi sebelum kita", ujar Datuk Din sambil meletakkan tangannya di pinggang Anis. Anis mula rasa tidak selesa. Dia tahu niat Datuk Din.

"Datuk. Sorry i can't. Saya terima job ini hanya untuk duit yang Datuk tawarkan. Tidak lebih dari itu. So please Datuk, no", kata Anis dengan nada sedikit tegas. Dia tidak mahu memberikan dirinya pada Datuk Din. Datuk Din mengerti dan melepaskan pelukan tersebut. Dia sedar dia berlakuan keterlaluan sebentar tadi.

Awek Seksi BertudungWhere stories live. Discover now