🌸 36 🌸

147 7 0
                                    

Hafiy menepuk perlahan bahu abang iparnya itu. Kak ngah duduk jauh dari mereka. Tak ada pun rasa nak marah kepada Aqeed kerana memarahi adik nya tadi, dia cukup faham dengan keadaan mereka sekarang.

"Sabar la, Ed. Kau tahu kan, keadaan kak chik tu tak stabil lagi?"

"Aku penat la, Fiy. Hati aku penat, otak aku penat. Aku tak tahu nak buat apa lagi."

"Aku tahu tapi, kau kena sabar sikit lagi sampai kak chik tu betul-betul okey. Sekarang ni dia masih belum terima hakikat pasal Fira. Kita kena bagi dia masa sikit lagi."

"Sampai bila, Fiy?"

Hafiy terkedu. Soalan maut ni, dia sendiri tak tahu jawapan itu.

"Qeed, kak ngah bukan nak back up adik kak ngah ke apa tapi, kau kena la faham Yah tu jugak. Dia tu tengah dalam pantang, sakit lagi. Emosi dia tak stabil. Dia bukan sengaja nak buat macam tu. Dia bukan sengaja nak susahkan kau, nak susahkan kita. Tapi kita kena la faham dia."

"Kak ngah, Aqeed dah cuba, kak ngah. Dari sejak Rana gugur sampai sekarang ni, Aqeed tak pernah marah dia, Aqeed selalu ada dengan dia. Aqeed cuba nak faham dia tapi siapa yang nak faham Aqeed, kak ngah? Siapa yang nak faham hati dan perasaan Aqeed ni? Korang semua cakap seolah-olah korang faham apa yang Aqeed rasa tapi, tak. Korang tak faham pun.

Korang semua suruh Aqeed sabar, sabar, sabar. Ya, Aqeed boleh sabar. Tapi sampai bila Aqeed kena sabar? Aqeed ni cuma manusia biasa, kak ngah. Aqeed pun tahu erti putus asa, erti penat, erti marah, erti sedih. Aqeed bukan robot. Aqeed pun sedih hilang Fira, bukan Rana je. Fira tu anak Aqeed jugak. Nak kata dia perlu masa? Aqeed pun perlu masa jugak untuk lupakan apa yang jadi. Tapi Aqeed cuba jugak untuk kuat depan semua orang, pura-pura macam tak ada apa. Tapi, dalam ni. Dalam ni dah hancur lebur sebenarnya, kak ngah. Tak ada siapa pun yang tahu."

Terdiam seketika dua beradik itu bila Aqeed mula meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini.

"Ed!"

"Aku minta maaf, Fiy. Aku rasa aku nak balik rumah tok ayah."

Hafiy dan Hafina saling berpandangan sebelum kembali memandang Aqeed.

"Balik la, Ed. Nanti aku bagitahu ibu dengan kak chik. Jangan banyak fikir sangat, apa-apa call aku."

Aqeed angguk lemah. Dia sudah tidak berdaya lagi untuk hadap semua ini buat masa ini. Dia perlu kumpulkan semula kekuatannya untuk berhadapan dengan Rana lagi.

"Aku pakai kereta Rana ea?"

"Okey!"

Aqeed turun ke tingkat bawah sambil mengelap air matanya dengan tangan. Kunci kereta Rana dicapai lalu dia keluar dari rumah. Dia bukan lari cuma dia perlu masa untuk tenangkan diri.



"Yah!"

Rana duduk di birai katil. Seperti biasa, air matanya mula meleleh. Ibu duduk di sebelah anak ketiganya itu.

"Yah okey?"

"Bu, kenapa Aqeed marah Yah? Aqeed dah tak sayang Yah ke?"

"Ish, mana ada Aqeed marah Yah. Dia penat agaknya tu."

"Dia mesti penat dengan Yah kan, bu? Yelah, Yah dah banyak susahkan dia."

"Yah, Aqeed tu faham keadaan Yah. Yah pun kena la faham keadaan Aqeed jugak. Ibu tahu Yah perlu masa untuk lupakan semua ni, pasal Fira. Tapi Yah kena ingat, Fira tu bukan anak Yah seorang je, anak Aqeed jugak. Yah ingat dia tak sedih ke hilang Fira? Dia lagi la, kena uruskan pengebumian Fira, dia yang masuk liang lahad, dia yang hantar Fira buat kali terakhir.

Dia pun perlu masa, Yah. Tapi, dia tak peduli pun pasal perasaan dia. Bagi dia, perasaan Yah yang paling penting. Itu pun Yah tak boleh faham ke? Kenapa nak kena beratkan kepala dia lagi? Kesian Aqeed, Yah." Ujar ibu panjang lebar.

My Prince CharmingWhere stories live. Discover now