Bab 64

60 3 0
                                    

Sudahlah tu azlan. Sampai bila kau nak duduk kat sini. Kau tak kesian kat isteri  kau yang sorang lagi kat rumah tu leter abang razak.

Mak aku dan Zulaikha dah tak ada abang razak. Kata azlan.

Aku tahu azlan aku nampak semua yang berlaku. Tu kat rumah kau. Anak-anak yang perlukan kau bukan semuanya kau lepas pada atikah.

Dia faham keadaan saya. Balas azlan.

Dia faham kau habis kau faham dia tak? Kamu tahu tak atikah kat rumah tu dengan tak makan minum uruskan achik dan adik demam panas. Adam pun demam ty yang merengek tak nak pada orang lain. Nasib baik mak dengan ayah dia ada kat rumah tu tolong apa yang patut.

Ye ke? Kenapa dia tak tepon saya? Tanya azlan.

Cuba kau tengok tepon kau tu bernyawa lagi ke tak? Soal abang razak.

Semasa mereka semua sibuk menguruskan jenazah Zulaikha, tiba-tiba cik Ramlah mengalami kekejangan atau bahasa yang lebih mudah sawan.

Cik ani yang kebetulan baru sampai terus membantu melakukan peperiksaan. Azlan cepat call ambulance mak kamu tengah nazak jerit cik ani.

Apa? Setibanya ambulance cik Ramlah telah mengembuskan nafas terakhir. Terduduk azlan di sebelah abang razak.

Setibanya di rumah hanya kelihatan cik ani dan cik Sabar sedang membersih diperkarang rumah. Mereka menyusun kerusi, meja sambil menyapu sampah.

Assalamualaikum mak. Tegur azlan.

Waalaikumusalam, Ya Allah. Azlan balik pun kamu. Tikah dan Adam, Lan.. ayah baru je bawa mereka ke klinik dengan dua anak kamu tu.

Ya Allah, betul ke mak. Lan mintak maaf tepon Lan habis bateri.

Tak apa kami faham. Sebab tu ayah kamu pergi bawa tikah dengan budak-budak tu. Masuklah pergi mandi bersihkan diri kamu tu. Tikah ada masakkan bihun goreng tadi. Kata cik ani.

Ye lah mak. Sebaik sahaja masuk ke rumah atikah semua ruang kini kosong kerana perabut dipindahkan keluar dan rumahnya di sebelah. Nasib baik atikah bukan jenis suka membeli perabot jadi rumahnya mudah untuk dikosongkan untuk meletakkan jenazah Zulaikha dan cik Ramlah.

Masuk ke bilik azlan terus mengecas handphone miliknya. Dia pun ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Selesai solat dhuha baru dia membuka handphone. 34 panggilan dari atikah. 48  pesanan masuk. Azlan memilih untuk  membuka pesanan masuk yang terakhir dari atikah.

Assalamualaikum abg,
Tikah mintak izin keluar bawa Adam, adik dan achik ke klinik. Suhu badan Anak-anak semua tinggi.

Abang, acu dah selamat melahirkan anak. Ayah dah tolong jelaskan bil. InsyaAllah kalau tak ada apa-apa petang ni acu boleh keluar. Tikah mintak maaf sebab buat keputusan tanpa rujuk pada abang. Tikah call abang banyak kali abang tak jawap.

Hati azlan dilanda rasa bersalah. Dia mengosok mukanya dengan kedua belah tangan.

Assalamualaikum papa. Boleh angah masuk.

Waalaikumusalam angah. Masuklah.

Papa pergi mana kesian mama uruskan adik dan achik. Adik muntah-muntah pagi tadi. Achik pun sama. Adam nagis tak berhenti-henti nenek dengan bibik  nak tolong dukung pun dia tak nak. Kata angah.

Papa ada kat kubur. Papa mengaji buat tahlil. Tak sedar hari dah pagi. Kata azlan.

Papa. Angah mintak papa jangan kerja diplantar lagi boleh tak? Tanya angah.

Kenapa angah kata macam ni. Soal azlan.

Papa, kita dah car wash dan bas sekolah angah rasa itu semua pun dah cukup untuk kita semua. Angah tak nak papa berpenat lelah lagi.

Bidadari kamiWhere stories live. Discover now