Bab 65

68 4 0
                                    

Adam dan atikah tertidur dalam keadaan berpelukan. Manja betul Adam ni. Bisik azlan. Comel je dua beranak ni tidur dalam katil kanak-kanak.

Alhamdulillah acu dan anak dia dah boleh keluar dari hospital hari ni. Nasib abang Azman sudi gantikan azlan untuk menjemput acu balik. Jadi azlan terus ke hospital untuk bertemu atikah dan Adam. Melihat mereka berdua tidur azlan pun duduk dikerusi yang disediakan entah macam mana dia pun tertidur.

Abang, abang bangun. Panggil atikah untuk mengejutkan azlan.

Sayang dah bangun. Kata azlan.

Baru je. Bila abang sampai? Napa tak kejutkan tikah. Tanya atikah.

Azlan pun memandang jam tangan yang dipakainya. Pukul 2.30 minit petang. Lepas zohor tadi abang sampai. Sayang dah makan? Abang ada bawak nasi ayam yang mak masak kat rumah tadi. Baju dengan telekung sayang pun ada abang bawak tu.

Kalau macam tu abang tolong jaga Adam, tikah nak solat zohor dulu kata atikah.

Boleh. Pergilah.

Lama atikah bermunajad disejadah. Rupanya dia sedang membaca surah yassin. Adam mula merengek. Mungkin lapar susu.

Sayang..

Jap abang. Kata atikah. Dia pun bangun ke arah Adam yang berada di sebelah azlan. Abang bawa pampers Adam tak? Tadi tikah lupa nak bagi tau. Pampers ada tinggal 2 keping.

Tak. Abang bawa baju dan barang-barang sayang. Abang turun bawah sekejap beli ye.

Boleh jugak. Nanti abang belikan saya susu kotak, buah potong atau kerepok lekor ke. Biskut pun boleh. Bosan-bosan nanti ada jugak apa-apa nak saya kunyah. Kata atikah.

Dah nasi ayam ni bila nak makan. Soal azlan.

Nak makanlah ni saya cepat lapar sekarang anak abang ni kuat menyusu. Tikah cepat lapar. Kata atikah.

Ya Allah sayang sori abang lupa. Sibuk uruskan arwah kak Zu dan mak abang secara langsung dah abaikan sayang dengan Adam luah azlan.

Tikah faham abang. Kata atikah sambil tersenyum.

Sebab sikap sayang ni atikah abang jadi lupa dan ambil mudah pada sayang dan Adam. Hakikatnya sayang dengan Adam pun penting dalam hidup abang.

Benda dah lepas abang tikah malas nak ingat biarlah lagipun kak Zu dan mak dah tak ada itu bakti terakhir abang pada mereka. Kata atikah.

Terima kasih sayang. Abang beli pampers Adam dengan makanan yang sayang nak tu. Lepas asar abang kena balik rumah malam ni ada tahlil arwah kat surau. Sayang jangan lupa makan lepas menyusu Adam.

Ye lah abang.

Pian menolong Juliah mengantar juadah kuih muih yang ditempah oleh cik ani.

Papa Ian cepat jerit seorang budak lelaki. Idris yang kebetulan baru keluar tandas terus berpaling melihat dan memcari suara kanak-kanak itu.

Jefry kata Idris. Anaknya dengan bekas isterinya Juliah.

Papa datang sekejap jawap pian yang baru keluar dari dapur. Maaf Encik anak saya tu memang tak boleh kalau saya hilang dari mata. Mesti memcari kata pian.

Idris hanya mampu mengangguk kepala. Ya Allah anak aku tak kenal aku. Sebak hati Idris. Mana taknya dulu dia selalu memcemuh anaknya sendiri. Asal Jefry menangis Juliah lah mangsa amukkannya.

Assalamualaikum salam diberi dari luar.

Waalaikumusalam. Jawap Idris.

Abang razak tegur pian dan Idris serentak.

Lah kau pun ada kat sini pian tegur abang razak.

Abang, siti masuk dulu tolong cik Sabar kat dalam kata kak siti yang ada sama dengan abang razak.

Ye lah. Balas abang razak.

Saya datang hantar kuih yang cik ani order. Ramai sangat orang kat kedai Ju tadi sampai tak menang tangan. Saya sebenarnya janji dengan jefry nak pergi main kereta kontrol. Itu hon si jefry lah dalam kereta. Saya gerak dulu ye abang razak. Kata pian. Sambil bersalam dengan abang razak kemudian dia menghulurkan tangan bersalam dengan Idris.

Sabarlah Idris. Jefry tu masih belum faham apa yang berlaku antara kamu dan Juliah. Mari masuk.

Dah besar dia sekarang. Kata Idris sambil berjalan masuk ke dalam rumah atikah.

Azlan tak sampai lagi ke? Tanya Haji Abdulaziz. Kebetulan baru keluar dari dapur bersama Azman dan anaknya boy.

Belum ayah haji. Tadi masa saya WhatsApp katanya dia nak cari makanan untuk atikah sikit takut malam ni lambat habis tahlil malam ni. Kata abang razak.

Assalamualaikum. Terdengar bunyi ada yang datang.

Waalaikumusalam. Haji Salleh, Ijam masuklah. Ajak isteri dan anak-anak kamu tu masuk ijam. Zaman ada di belakang tengah tolong angkatkan mee goreng masuk ke dalam tray. Azman pergi panggil pak Zam.

Baik ayah haji. Kata Azman.

Salleh. Sampai pun kamu. Aku didapur tolong Sa dengan cik ani kacau mee goreng untuk tahlil malam ni. Kata pak Zam. Dah ramai ni Aziz apa kata kita buat dulu tahlil bagi arwah. Rasanya elok jugak tu.

Saya boleh je. Kata Haji Abdulaziz. Apa kata yang lain.

Kami boleh je. Tapi nak lah rasa ye diketuai oleh ayah haji. Kata abang razak.

Ayah haji ni pun masih belajar. Kalau salah tegur-tegurlah ye. Kata Haji Abdulaziz.

Lain bunyi orang berilmu ni kias abang razak.

Kamu ni razak ada aje. Angah, achik mari cu. Kita buat tahlil ringkas untuk arwah atuk, nenek dan umi kamu panggil haji Abdulaziz.

Baik tok ayah. Jawap angah yang turut serta bersama achik duduk di sebelah boy dan azman.

Kita mulakan dengan Al-fatihah, bacaan yassin, zikir dan tahlil.

Al-fatihah.

Hari ni genap 7 hari kematian Zulaikha dan cik Ramlah. Hari ni azlan mengadakan tahlil arwah dan sambutan puasa dirumahnya. Semua kenalan, jiran-jiran dan qariah masjid dijemput hadir. Selesai tahlil mereka semua dijamu dengan nasi minyak.

Abang razak, Ijam rasa ini mungkin kontrak terakhir saya dengan syarikat kita. Azlan memulakan bunga bicara bila mana dia, abang razak, ijam dan beberapa lagi rakan sekerjanya turut berada disitu.

Lain macam je bunyi ni. Tegur meor yang datang bersama wan.

Saya rasa cukuplah dengan rezeki yang ada sekarang anak-anak pun dah berbunyi. Kata azlan lagi.

Abang pun macam kamu jugak Lan rasanya dah tiba masa kita bagi peluang kepada orang baru. Abang pun ada standby restoran dan Lori sewa. Itu pun dah tak habis makan. Kata abang razak.

Eh, abang razak.. Lan korang nak berhenti kerja je ni kata ijam.

Ye, Ijam. Tanggungjawab didarat ni memerlukan kami lebih disisi mereka. Along nak spm, angah nak pmr tahun ini. Diorang dah tak ada Zulaikha disisi. Atikah tak mampu nak urus semua dengan Adam masih kecil dengan perniagaan Car wash, kedai buku, bas sekolah tu memang tak menang tangan dia ijam.

Bagusnya abang razak dan abang Lan ada back-up plan untuk masa hadapan. Kami ni masih tercari-cari tapak nak berpijak. Kata wan.

Kau masih muda wan, meor cari pengalaman untung-untung boleh lajak ke Qatar usik abang razak.

Kahwin dengan minah Arab ok jugak tu kata meor. Hahaha pecah ketawa mereka.

Saya pun ada jugak fikir macam abang razak dan Lan bila jadi sesuatu pada Nisa dan nabil hari tu. Jiwa ni rasa takut nak teruskan hidup dilaut tu. Tapi ikatan persahabatan tu buat saya teruskan kata ijam.

Adui sedih pulak rasanya bila semua dah nak bersara ni. Kata meor. Itu pian kan yang baru sampai dengan perempuan berjubah ungu tu. Siap dukung anak lagi.

Kita ada terlepas apa-apa ke? Soal ijam.



Bidadari kamiWhere stories live. Discover now