Bab 67

63 4 0
                                    

Abang pegang Aira kata Aida pada Idris. Saya nak ambil barang-barang kat dalam bilik tu.

Adam memebalik tubuhnya sambil memcari sesuatu untuk dipegang dan bermain.

Amboi awak geram mak long tengok tegur kak lin pada Adam.

Banyak barang acu. Tegur Azman.

Abang long, ngah. Kak lin dengan kak tikah acu ada benda nak pulangkan. Kata acu.

Ini kotak koleksi jam acu ambil masa aku ke rumah ngah. Luah acu.

Astarfirullahalazim

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Astarfirullahalazim.. acu kata azlan. Patutlah masa dia balik hari tu atikah tak pernah tanya apa-apa.

Acu tak ambil apa-apa pun barang dalam tu acu nak pakai masa tunang acu tapi sebab abang denga tikah ada acu takut nak keluarkan. Kata acu.

Abang. Tegur atikah. Alhamdulillah itu tanda Allah memang berkehendak kami yang memilikinya. Tikah mintak maaf tak boleh nak bagi pada acu jam ni terlalu peribadi untuk tikah.

Tak apa acu pun tak nak kalau tikah bagi. Acu tau tikah sayang jam tu. Sebab ada kad ucapan ngah dan tikah terselit dibelakang jam tangan tu. Kata acu.

Atikah pun memandang azlan. Azlan memandang ke arah lain dengan buat-buat sibuk.

Terima kasih acu.

Satu lagi acu nak bagi barang kemas mak yang acu ambil dalam bilik mak. Acu jumpa buku akaun abah dan geran asal tanah rumah. Acu mintak maaf sebab sorok barang-barang ni.

Azman pun mengambil geran tanah rumah yang berada didalam sampul. Lalu membukanya. Ada surat kata Azman.

Surat gadaian tanah tapak rumah. Ini surat tebus tanah ni dan salinan transaksi akuan pun ada. Ngah, long rasa kau tahukan pasal ni tanya Azman.

Azlan pun membelek semua kertas dan terjumpa satu nota tulisan tangan abah.

Bismillahirahmanirahim.
Kehadapan anak-anak abah. Kalau kamu semua jumpa sampul ni mungkin abah dah tak ada.

Tanah dan tapak rumah ni abah berikan kepada Azlan. Kerana semasa arwah nenek sakit dulu abah dah jual tanah ni. Azlan dah tolong abah tebus tanah ni kembali. Dia juga yang mengeluarkan duit untuk baik pulih rumah. Abah harap kamu adik beradik tidak mempersoalkan tindakan abah. Sebagai bukti abah simpan surat gadaian dan surat tebus tanah rumah ini bersama salinan Bank.

Untuk acu, abah amanahkan tanah 2 ekar sebelah rumah ni untuk kamu aida abah harap kamu dapat hidup baik-baik dan jangan bermusuhan dengan abang-abangkamu. Sebelah tanah kebun abah tu dah abah beli tapi tak sempat rasa abah nak usahakan. Kamu berbahagilah secara adil Azman dan Azlan.

Untuk awak Ramlah tolong sampaikan amanah saya ni pada anak-anak. Berbaik-baiklah dengan anak menantu merekalah yang akan jaga awak nanti.

Semua terdiam bukti ada ditangan Azlan tak ada siapa yang nak menafikan haknya terhadap rumah ini. Kusut kepala azlan.

Lan. Long pun ada nak bagi sesuatu pada kamu. Azman pun membawa satu sampul lalu dihulurkan kepada Azlan.

Apa ni? Cek bernilai RM30,000 ringgit?

Duit yang long pinjam masa nak kahwin dulu, duit lain-lain yang long pinjam tak bayar dan duit kos perubatan abah dan mak. Kau bersambung nyawa kat laut bertahun-tahun ngah untuk kita sekeluarga. Malam ni long nak langsaikan semua hutang long pada kamu. Long tak nak bawa mati hutang hutang ni ngah. Long harap sangat kau ambil. Itu sahaja yang boleh tenangkan hati ni. Kata Azman.

Pasal rumah ni long sebenarnya pernah dengar arwah abah pesan pada mak bagi pada kamu. Itu lah salah satu pun long pulaukan kamu. Long dengki abah selalu lebihkan kamu. Mak pulak selalu lebih kan aida. Bila jadi sesuatu dalam keluarga kita barulah long faham. Kau orang pertama yang menghulurkan bantuan. Walaupun duit simpanan kau habis. Kau tetap bantu kami. Luah Azman lagi. Benda yang paling long cemburu kau dapat kahwin dua, keduanya cantik pulak tu. Hahaha gelak Azman.

Abang marah kak lin. Awak jangan nak mengatal nak pasang dua ye.

Azlan pun tergelak kecil.

Acu pun tahu pasal rumah ni. Mak pernah cakap pada acu lepas ngah kahwin dengan atikah dulu. Sebab tu jugak mak tak bagi atikah jejak rumah ni dia takut atikah rampas rumah ni dari kak Zu dan anak-anak. Bila mak tahu tikah ni orang berada dia pulak naik kepala. Kata acu sambil mengaru kepala yang tak gatal.

Atikah dan azlan saling berpadangan.

Tikah, terima kasih sebab terima cincin suasa tu. Abah pernah bagi pada acu. Tapi acu tolak acu kata cincin tu tak ada nilai buat apa nak bagi. Tapi malam ni bila acu tengok cincin tu. Ya Allah, cantik dijari tikah bersebelah cincin permata kuning. Puji acu.

Kalau acu nak ambillah. Atikah pun ingin menanggalkan cincin untuk diberi kepada acu.

Tak jangan. Itu hak tikah. Arwah abah dah pilih tikah sebagai penerima cincin tu. Cincin tu memang cantik di jari tikah. Kata acu bersungguh-sungguh.

Betul tu tikah. Tikah sahajalah pakai cincin tu. Kami menolak bukan sebab harga tapi nilai kejujuran tikah yang membuatan hati abah memilih tikah untuk menerima cincin tu. Kata kak lin.

Ambillah kata azlan.

Kalau macam tu pasal barang kemas mak ni kita bagilah sama rata kata azlan. Duit RM60,000 tu dalam tabung haji abah tu kita upah badal haji untuk abah dan mak. Selebih kita berbahagi pada 3 beradik.

Boleh jugak tu. Sokong Azman.

Acu ikut je. Mana long dengan ngah rasa elok. Acu pun tak boleh nak lama ni aira dah menangis tu.

Baiklah. Kalau begitu esok kita ke pekan uruskan hal ni sebelum semua balik bekerja kata azlan.

Abang, tikah tak nak barang kemas mak tu abang bagi je lah pada kak lin dengan acu kata Atikah.

Kenapa pulak. Tanya Azlan.

Segan. Sepatutnya kak Zu yang dapat. Tikah ni isteri kedua anak pun lelaki. Kalau along dengan adik tu lagi layak rasanya. Kata Atikah. Adam sudah nyenyak tidur sambil menyusu badan.

Barang-barang tu dah jadi harta pusaka.  Sayang sebab tu abang pikir kita bawak pergi ke kedai emas nilaikan harga dia bagi sama rata.

Selepas sarapan pagi di pekan Azman dan Azlan terus ke tabung haji untuk mengesahkan akaun abah dan menyiapkan beberapa prosidur nasib mereka baik abah meletakkan penama untuk menjadi wakil untuk menguruskan.

Selesai menguruskan urusan badal haji abah dan mak. Azman dan Azlan ke kedai emas untuk mengetahui nilai barang kemas mak barulah mereka membahagi kepada 3 bahagian secara adil.

Pulang dari pekan atikah dan kak lin berada dirumah acu melawat dan berhari raya.

Tikah boleh acu nak tanya.

Tanya pasal apa acu? Soal atikah.

Bekas isteri abang Idris tu dah kahwin ke belum siapa lelaki yang datang ke rumah tikah yang selalu bawa anak abang Idris tu.

Bidadari kamiWhere stories live. Discover now