What If

33 8 7
                                    


𝓘𝓽 𝓲𝓼 𝓸𝓴𝓪𝔂 𝓽𝓸 𝓷𝓸𝓽 𝔀𝓲𝓷 𝓮𝓿𝓮𝓻𝔂𝓽𝓲𝓶𝓮

       NUH Rizzwan duduk mencangkung dengan kepalanya disandarkan pada lutut; memeluk tubuh sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       NUH Rizzwan duduk mencangkung dengan kepalanya disandarkan pada lutut; memeluk tubuh sendiri. Perlahan air mata yang dah tak mampu hendak ditahan sejak tadi akhirnya berderai basah. Tuhan, dia dah tak mampu nak menghadapi kegagalan lagi dan lagi. Tolonglah.

Hujan yang mulai renyai-renyai membasahi bumi itu dibiarkan sahaja mengena tubuhnya yang tidak berteduh di bawah apa-apa pun itu. Sudahlah. Kalau dia sakit lagi bagus. Tak perlu nak hadap sekolah nanti.

"Eh dik! Hujan lah." Satu gadis yang kebetulan melihat sosok Nuh Rizzwan sedang duduk tercongok menekup wajah ke dalam pelukan sendiri itu laju sahaja melindungi tubuh itu menggunakan fail plastik yang dibawanya daripada terus terkena hujan.

"Dik? Awak tak okey ya?"

"..." Senyap. Hanya kedengaran esak tangis sahaja pada pendengaran Tuan Daiyan sekarang.

"Kalau awak tak okey, jangan sedih-sedih dekat sini. Hujan ni. Jom kita menangis dekat bawah sana. Sana tak kena hujan." Bila sosok Nuh Rizzwan tetap sahaja tidak berganjak, Tuan Daiyan ambil jalan lain.

Hujung lengan baju anak itu ditarik perlahan oleh Tuan Daiyan. Harapnya anak itu tidak memberontak sahajalah. "Dik, jom. Tak apa, tak ada orang pun."

Akhirnya, Tuan Daiyan berjaya tarik anak itu untuk bangkit berdiri. Pada waktu sekarang, Tuan Daiyan dah tak boleh nak lindung kepala Nuh Rizzwan daripada terkena titisan hujan menggunakan fail plastiknya itu tadi disebabkan ketinggian yang begitu ketara antara mereka.

Tuan Daiyan menghela nafas berat. Mesti Nuh Rizzwan malu bila Tuan Daiyan melihat dirinya sedang menangis. Kardigan labuh yang dipakai Tuan Daiyan dibuka. Lantas kardigan coklat itu dihulur kepada Nuh Rizzwan.

"Untuk apa?" Soalnya.

"Lindung kepala. Jom pergi dekat pondok sana."

Setelah tiba di pondok yang berdekatan dengan pintu pagar utama sekolah itu, Tuan Daiyan dapat menghela nafas lega. Akhirnya dapat juga mereka berdua berteduh daripada hujan yang kian mencurah lebat itu.

Nuh Rizzwan yang masih membatu dan melindungi wajah dia menggunakan kardigan Tuan Daiyan itu mula mencari sosok yang menolongnya tersebut. "Erm, kakak senior?"

"Ah, ya?" Tuan Daiyan yang sibuk memerhatikan kenderaan yang lalu-lalang di hadapan sekolah itu mula kembali mendekat dengan Nuh Rizzwan.

"Ini. Terima kasih." Kardigan milik Tuan Daiyan dihulur semula.

"Sama-sama. Erm.. kalau tak keberatan, saya nak tanya. Kenapa awak tak okey? Awak sakit ke?"

What If I Believe In You ©Where stories live. Discover now