I Believe

32 5 0
                                    


𝓙𝓾𝓼𝓽 𝓵𝓮𝓽 𝓲𝓽 𝓫𝓮

      LELANGIT biru yang serba indah itu direnung Tuan Daiyan dengan renungan kosong pada mulanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      LELANGIT biru yang serba indah itu direnung Tuan Daiyan dengan renungan kosong pada mulanya. Tenang buat orang lain, berkecamuk buat Tuan Daiyan.

Wajah yang sedikit mendongak itu mula merasa bahang kepanasan. Air mata yang mula bertakung di birai mata hampir sahaja ingin menitis. Tuhan, dia hendak mengalah. Dia penat. Dia lelah. Tolong lah.

Dia sudah tidak mampu melihat segala kekuatan dan kelebihan yang dia punya selama ini. Apa yang dia mampu sekarang hanyalah menghukum dirinya dengan seribu satu kesalahan dan kekurangan terhadap dirinya sendiri.

Entahlah. Sekarang, semuanya tampak tidak berguna. Kosong. Kelam. Gelap. Dan, semua persoalan yang tidak menemui jalan penutupnya.

Bodoh. Menangis pada waktu orang lain sedang bergembira dan beriadah bersama rakan-rakan yang lain. Dia? Diam, duduk erperap di hujung padang dengan kardigan miliknya setia menutupi kepala yang bersarung tudung hitam. Biar sahaja orang lain fikir dia sedang merehatkan diri setelah penat berlari ke sana dan ke sini. Dia tak mahu diganggu.

Hani Manis di satu sudut mula tercengang dengan tingkah Tuan Daiyan. Dia pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis itu. Dia hendak melangkah mendekati Tuan Daiyan tapi, langkahan dia terhenti sebaik satu sosok datang terlebih dahulu di samping gadis itu.

Hani Manis tersenyum. Tak sangka, masih ada yang prihatin dengan Tuan Daiyan yang sememangnya pemalu dan tak banyak ragam itu. Dia bersyukur, kalau sahaja nanti dia tak ada di sisi Tuan Daiyan, masih ada ramai yang akan menemani sosok itu tika duka mahupun bahagia.

Itu, doa Hani Manis buat sahabat kesayangan dia; Tuan Daiyan.

"Kak One." Nuh Rizzwan memanggil. Dia mengambil tempat dan duduk memeluk lututnya sambil pandangan dia tertoleh ke arah Tuan Daiyan yang masih lagi senyap membisu.

Nuh Rizzwan jadi bingung juga khawatir. Kak One dia itu baik-baikkah atau Nuh Rizzwan sedang merosakkan masa rehat kakak senior dia itu.

"Kak One oh Kak One. Ni Wan ni." Hujung kardigan milik Tuan Daiyan ditarik-tarik Nuh Rizzwan persis anak kecil yang sedang cuba untuk menarik perhatian orang kesayangan mereka.

Seketika, Tuan Daiyan melarikan sedikit cebisan kain kardigan yang menutupi wajahnya. Pantas, wajah Nuh Rizzwan dicarinya.

"Kak One? Kak Wan okey? Kak One... jom. Kita pergi kafe eh? Wan bawa kakak minum." Nuh Rizzwan sempat kaget dengan mata Tuan Daiyan yang memerah. Nuh Rizzwan dapat teka mengapa.

What If I Believe In You ©Where stories live. Discover now