BAB 2

667 106 4
                                    

[WRITTEN ON 3rd FEBRUARY 2023]

HARI YANG KE-9 AKU CUBA untuk memikat hati Qaiser Iman, it's not easy— never easy with him. Semua rancangan aku gagal. Dia tolak semua pemberian dan hadiah daripada aku. Semalam aku cuba untuk minta nombor telefonnya tetapi dia cakap itu terlalu personal jadi aku cuba minta instagram dia pula tapi dia cakap dia tak ada guna sosial media.

I don't believe him at all. Dia fikir aku baru dilahirkan kelmarin ke nak tipu-tipu macam tu? Jadi aku ambil keputusan untuk stalk dia secara diam-diam. aku cuba taip namanya di instagram tapi yang adanya orang lain. Hati aku kuat mengatakan dia ada IG, berkemungkinan dia guna nama lain.

Hmm, clever.

Jadi hari ini rancangan aku adalah untuk ajak dia makan bersama. Aku sudah tahu jadual dia untuk hari ini dan aku bernasib baik sebab kelas dia habis sama dengan aku. Jadi ini adalah peluang emas yang aku kena ambil.

Aku lihat dia berjalan ke arah kereta Honda Civic berwarna hitam miliknya itu, aku berlari anak mengejar langkahnya.

"Hey Nerdy," tegur aku apabila sudah berjaya mengejar langkahnya. Dia tidak berhenti berjalan dan hanya menoleh ke arah aku sekilas saja. Dia unlock keretanya itu, dengan tidak malu aku berlari ke arah sebelah pemandu dan masuk ke dalam perut keretanya itu. Dia kelihatan terkejut dan terpinga-pinga.

"Apa yang kau buat dekat sini dan siapa suruh kau masuk?" soalnya dengan riak terkejut. Aku hanya tersengih padanya dan menarik tali pinggang keselamatan.

"Get out." ujarnya apabila melihat aku sudah siap memakai tali pinggang keselamatan itu. Aku tersenyum sinis padanya dan menggeleng perlahan. Matanya terbuka sedikit luas kerana masih tidak percaya aku bertindak sebegini. Dia memandang sekeliling seakan cuba melihat ada orang lain di sekeliling kami.

"Apa yang kau cuba buat, Talita? Keluar dari kereta aku sekarang. This is immature even for you," ujarnya dengan riak tertekan, nadanya kedengaran tidak senang dengan tindakan aku itu. Aku hanya berpeluk tubuh di tempatku.

"Aku nak ajak kau keluar makan. You can choose which restaurant you want. I'm not picky about eating," ujarku selamba, aku lihat dia memejam matanya dan membetulkan kaca mata di atas hidungnya itu seakan cuba bersabar dengan aku. Tangannya menggenggam erat stereng kereta itu sehingga tangannya menjadi putih.

"I swear to god, Talita. If you don't go out now, i'll throw you out myself." katanya membuatkan senyuman di bibirku semakin melebar. Aku tak kisah kalau dia nak campak aku keluar sekali pun, aku tak akan mengalah.

"Kau patut tahu yang hari ini sudah sembilan hari aku cuba pikat kau and if you think i will give up... think again." ujarku dengan penuh yakin, dengan riak wajah yang serabut dan tertekan, dia keluar dari keretanya dan berjalan ke arah pintu kereta sebelah aku. Tidak membuang masa aku kunci pintu kereta itu.

Apabila dia cuba untuk buka pintu kereta itu, matanya terbuka luas tanda terkejut kerana tersedar aku sudah kunci keretanya dari dalam. Dengan mata yang dipejam sekilas, dia mengetuk cermin pintu tingkap keretanya itu.

"Unlock the door, Talita. Aku tak main-mainlah," katanya kedengaran keras sekali, aku menjelirkan lidahku padanya sekilas, padan muka, rasain lo!

"Unlock.the.door." ulangnya lagi dengan satu persatu perkataan. Aku ketawa kecil dan menggeleng perlahan, aku berpeluk tubuh memandangnya dan bersuara.

"Kalau kau setuju untuk keluar makan dengan aku, barulah aku buka kunci kereta ni. The choice is in your hands," ujarku selamba, aku pandang ke depan sambil menunggu dia mengalah dan terima ajakkan aku itu.

"I can't! Aku ada kerja nak kena buat." balasnya dengan nada suara menahan marah, aku mengerutkan dahi dan memandangnya semula, aku turunkan sedikit cermin itu.

"Kerja apa? Aku tahu jadual kau hari ni and you don't have any class anymore for today." bidasku pula, ingat senang ke nak tipu aku? This is Talita Adisty.

Aku dengar dia mengeluh berat dan bersuara lagi.

"Aku kerja dengan papa aku. And i have meeting in 10 minutes." keras dia menuturkan ayat itu. Aku terkedu, dia kerja dengan papa dia? Oh my god, aku tak tahu semua itu—

"Now unlock the door," ujarnya lagi dan tanpa fikir kesannya, aku buka kunci kereta itu. Nerd guy buka pintu kereta itu dan merenung tajam ke arah aku.

"I— i didn't know you—"

"Get out." Potongnya keras, aku memandangnya yang kelihatan serius sedang marah sekarang. Melihat aku masih tidak berganjak, dia sergah lagi.

"Now!" Nada suaranya ternaik satu oktaf membuatkan aku tersentak. Dengan tergesa-gesa aku buka tali pinggang keledar itu dan keluar dari kereta itu. Nerd guy itu menutup pintu keretanya semula dan menoleh memandang aku. Pandangannya tajam, riaknya seakan helang mahu menangkap ular.

"Just stay the hell away from me, Talita. Aku tak main-main sekarang. Aku tak suka kau dan aku tak akan pernah suka kau. Jagalah maruah kau dan keluarga kau. Tak elok orang pandang bila perempuan terhegeh-hegeh pada lelaki." ujarnya dengan riak yang masih marah, nada suaranya diturunkan sedikit dari tadi. Aku mengetap bibirku menahan rasa sedih.

Aku dengar dia mengeluh kecil dan menarik nafas panjang. Dia hembus perlahan-lahan sebelum bersuara lagi.

"Look, aku tak bermaksud nak buat kau menangis okay? Aku cuma jujur dengan diri sendiri yang aku tak suka kau. Aku dengan kau jauh berbeza, Talita. Aku tak rasa yang aku boleh suka dekat kau. Selama aku belajar dekat kolej ni, i saw you did a lot of things. Kau selalu buat masalah, kau susahkan orang, kau popular, kaulah juga bad girl dekat sini. Kau tak sesuai untuk aku. Rasa suka yang ada dalam hati kau tu cuma mainan hati. Jadi mulai hari ni, why don't you do me a favor and stay away from me." ujarnya panjang lebar.

Aku tak sedar bila air mata aku mengalir, buat kali pertama Qaiser Iman jatuhkan air mata aku. He is wrong. Aku tahu apa yang aku rasa. Dia fikir semuanya hanya mainan hati? No, he is wrong! Aku tahu aku mahukan dia. Aku tahu yang dia sesuai untuk aku.

"You never give me a chance to win your heart," ujar aku pula apabila dia mahu menoleh pergi, nerd guy berhenti melangkah dan menoleh memandang aku semula. Lama kami berdiam diri sebelum dia bersuara lagi.

"Tomorrow, 2 pm at I-City Mall. One chance," ujarnya sebelum berlalu masuk ke dalam keretanya. Aku lihat kereta itu memandu pergi sebelum aku terlompat-lompat seperti monyet. Aku rasa seperti sedang bermimpi, akhirnya dia memberi aku peluang untuk buat dia jatuh cinta pada aku. Kalau dia tak jatuh cinta pun, aku akan buat dia tahu apa yang aku rasa terhadap dia is real dan bukan perasaan main-main.

Aku betul-betul sukakan dia dan aku yakin, dia sesuai untuk aku.

peochies

JEJAKA NERDWhere stories live. Discover now