BAB 22

598 125 12
                                    

[WRITTEN ON 6 MARCH 2023]
[UNEDITED]

[NO ONE POV]

AMARA DUDUK MAKAN BERSAMA cikgu lain di kantin sekolah itu. Mereka sedang berbual tentang peperiksaan yang baru saja tamat minggu lepas. Perbualan tentang pelajar cemerlang, pelajar lemah dalam setiap mata pelajaran menjadi topik utama. Amara mencapai gelas airnya, tiba-tiba ada cikgu lain menegurnya.

"Eh, Cikgu Amara... lawanya cincin tu. Bertunang tak jemput kami pun." Senyuman Amara melebar, spontan jarinya menyentuh cincin di jadi manisnya itu. Amara kawal senyumannya dan memandang para cikgu di meja itu sudah melihat ke arahnya.

"Terima kasih. Maaflah, Amara dengan keluarga buat majlis kecil-kecilan aje. InsyaAllah nanti nikah ada kenduri besar-besaran." Amara menjawab dengan sopan. Beberapa orang cikgu di situ hanya tersenyum sambil mengangguk kepala mereka.

"Kami nak juga tengok tunang cikgu Amara. Segak ke tidak orangnya? Kerja apa?" Cikgu Izra menyoal dengan rasa ingin tahu membuatkan cikgu lain yang ada di situ juga kelihatan teruja ingin tahu.

Amara menggaru kepalanya yang berlapik tudung bawal cream itu.

"Nampaknya cikgu perempuan yang bujang dan paling cantik kita ni tak lama lagi akan bertukar status menjadi isteri orang. Melepaslah cikgu lelaki bujang dekat sekolah kita ni." Usik Cikgu Aisyah pula. Amara tersenyum malu.

Di sekolah itu ada tiga orang cikgu perempuan bujang dan seorang cikgu lelaki bujang. Antara tiga cikgu perempuan yang bujang itu, yang paling cantik sudah tentulah Amara. Kadang-kadang ada juga murid lelaki berani yang cuba mengorat Amara.

Mana tidaknya, Amara mempunyai personaliti yang ayu dan lemah lembut. Auranya saja sudah buat orang rasa lembut hati dan melihat wajahnya juga sudah buat orang tersenyum.

"Tunang saya tu childhood friend saya. Alhamdulillah sampai sekarang kami masih bersama." Amara sengaja tidak mahu memberi maklumat lebih, dia mahu berteka-teki dengan kawan sekerjanya itu.

"Bila majlis akan berlangsung?" Cikgu Aisyah menyoal pula.

"InsyaAllah lagi dua bulan. Nanti saya beri kad jemputan." Amara juga teruja untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki idamannya sejak kecil. Tidak lama lagi impiannya akan tercapai.

"Wah, dah tak lama. Apa namanya? Ada ke gambarnya?" Cikgu Izra menyoal, mahu tahu juga nama tunang Amara.

"Qaiser Iman namanya." Amara keluarkan telefon bimbitnya, dia tunjukkan gambar tunang dia bersama Qaiser pada cikgu-cikgu yang ada di situ.

"Wah, segaknya tunang cikgu Amara. Sesuai sangat, sepadan betul. Sama cantik, sama kacak." Puji Cikgu Izra, Amara sudah tersenyum malu, dia melihat cikgu-cikgu lain juga memujinya dengan Qaiser Iman.

"Bagai aur dengan tebing. Kalau dah kacak macam ni, mesti kerja elok ni. Untunglah cikgu Amara." Cikgu Aisyah kedengaran cemburu, dia senyum main-main. Cikgu Izra menepuk bahu Cikgu Aisyah.

"Amboi, dah lupa ke diri sendiri baru berkahwin tahun lepas?" Perli Cikgu Izra, Amara hanya ketawa kecil bersama cikgu-cikgu lain. Cikgu Aisyah tersengih saja.

TALITA duduk di depan Zayan yang sedang memejam mata sambil menghulurkan tangannya ke depan. Sekarang mereka di sebuah restoran untuk makan malam. Talita yang mengajak Zayan keluar makan kerana mahu memberinya hadiah yang dibeli dari Ipoh.

JEJAKA NERDWhere stories live. Discover now