BAB 7

598 118 11
                                    

[WRITTEN ON 10th FEBRUARY 2023]
[UNEDITED]

HARI INI AKU memakai blouse kelabu yang hujung baju dimasukkan kemas ke dalam seluar slack cream. Tali blouse pada bahagian leher itu aku ikat menjadi reben supaya kelihatan lebih kemas. Rambut pula aku biarkan lurus tidak berikat.

Aku melihat menampilan aku di dalam cermin buat kali terakhir, apabila sudah puas, aku berlalu mengambil beg tangan di atas meja sebelum berlalu keluar dari rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku melihat menampilan aku di dalam cermin buat kali terakhir, apabila sudah puas, aku berlalu mengambil beg tangan di atas meja sebelum berlalu keluar dari rumah. Aku menyarung sandal putih yang tertutup di bahagian hadapan sebelum berlalu masuk ke dalam kereta dan mula memandu ke pejabat.

Hampir 30 minit meredah kesesakan jalan raya, akhirnya aku tiba di pejabat. Aku berlalu mengambil tempat aku dan mula memeriksa emel baru yang masuk dan membuat jadual Qaiser untuk bulan depan. Banyak emel masuk membuat temu janji dengannya, aku melihat satu persatu dan menentukan waktu yang sesuai untuk temu janji tersebut diadakan.

Entah berapa jam aku sibuk mengolah jadual itu, aku tersentak apabila bunyi lif terbuka. Aku mengangkat wajah melihat Qaiser melangkah keluar dari lif. Hari ini dia memakai kemeja putih berlengan panjang yang dimasukkan ke dalam seluar slack biru gelapnya itu. Di luar kemeja itu disarung vest biru gelap yang kemas memeluk tubuhnya yang sasa.

Mataku bergerak ke wajahnya pula, seperti biasa, kaca matanya masih di atas hidungnya. Rambut kemas, riak wajah serius— Ya Tuhan, aku tertanya-tanya kenapa hati ini menyukai dia?

Qaiser sememangnya ada rupa yang menarik, kalau tidak macam mana aku boleh tertarik, betul tak? Tapi personaliti dia berbeza dengan lelaki idaman aku.

Apabila terdengar pintu pejabatnya tertutup, aku tersedar dari lamunan. Tidak membuang masa aku bangun dari kerusi, aku capai iPad di atas meja dan berlalu masuk ke arah pejabatnya. Aku mengetuk pintu itu, menunggu dia memberi izin untuk aku masuk.

Apabila mendengar suaranya menyuruh aku masuk, kaki melangkah masuk ke dalam pejabat itu tanpa rasa gentar. Aku berhenti di depan meja kerjanya. Qaiser sudah duduk di atas kerusinya sambil membelek fail di atas mejanya itu.

"Hari ni bos ada meeting dengan Encik Faris. Dia akan datang nanti, pukul 11 pagi. Lepas tu pukul 3 petang bos ada meeting lagi dengan Mr. Pedro dekat Hotel Laluna. For now, itu saja." Aku terus bersuara dengan nada profesional sejurus berdiri di depan mejanya itu.

Aku memandangnya tepat tanpa membuka iPad seperti semalam. Aku akan buktikan pada dia yang aku boleh bekerja.

Qaiser mengangguk saja, aku menjeling dalam diam sebelum meminta diri untuk keluar. Baru tangan mahu menolak pintu pejabatnya, Qaiser bersuara.

"Buatkan aku kopi," Ujarnya senada, aku menoleh melihatnya yang masih membelek fail di atas mejanya itu.

"How do you like your coffee, Mr. Qaiser?" Soalku dengan nada gembira bersama senyuman lebar di bibir, tanpa memandang aku, dia menjawab senada.

JEJAKA NERDWhere stories live. Discover now