SL : 25

3.9K 271 3
                                    

Kelopak mata yang sukar untuk dibuka, dipaksa buka juga. Terus anak matanya terhinggap pada tangan yang melingkar kemas di pinggangnya. Perlahan-lahan matanya menurun pada Afia yang berada separas dengan lengannya. Jarak mereka yang terlalu dekat menyebabkan bibir Afia hampir menyetuh lengannya yang masih tidak berbalut baju. Mata dikerdipkan beberapa kali memandang wajah lena Afia. Curi-curi peluk dia pula.

Dengan penuh berhati-hati Fadhil mengalihkan tangan Afia. Dia bingkas bangun dari katil. Baju yang berada di atas lantai, dicapai lalu disarungkan ke tubuh.

Kaki dibawa menuju ke penjuru bilik. Kotak besar yang disimpan di biliknya itu dicapai lalu kembali melangkah ke tepi dinding yang tergantungnya gambar-gambarnya dengan Tengku Hanis.

Satu bingkai gambar yang mempamerkan wajah mereka berdua memandang antara satu sama lain, diambil. Gambar perkahwinan mereka. Bibir nipisnya mula mengukirkan segaris senyuman.

"Kenapa tiba-tiba nak gantung gambar kita banyak-banyak ni?" Curiga Fadhil. Mata larit memerhati tindak-tanduk si isteri yang sedang mengetuk paku di dinding.

"Biar! Biar awak tengok gambar kita ni lama-lama. Beringat-ingat sikit yang awak dah kahwin." Seloroh Tengku Hanis. Satu bingkai gambar yang berada di dalam kotak, dicapai lalu digantung di paku tadi.

Fadhil tersenyum lucu. Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Tepi tubuhnya disandarkan di dinding.

"Mestilah aku ingat. Kenapa tak boleh ingat pula? Kau kan isteri aku?" Mata Fadhil langsung tak lepas dari menatap wajah bersih isterinya.

"Yalah tu... Boleh percaya ke? Nanti awak pergi dekat dengan skandal-skandal lama awak." Tengku Hanis mencebik.

Pecah terus tawa Fadhil. Tergeleng-geleng kepalanya.

"Siap." Tengku Hanis menapak ke belakang, melihat bingkai gambar yang elok tergantung di dinding. Gambar terakhir yang terhias di segenap ruangan bilik tidur mereka. Semuanya elok tersusun sebaris di sekeliling bilik tidur. Entah buang tabiat apa Tengku Hanis ingin menggantung gambar-gambar itu semua dengan cara begitu.

Fadhil ikut senyum. Kaki menapak ke sebelah Tengku Hanis. Pinggang si isteri dirangkul kemas dari tepi. Turut sama memandang gambar perkahwinan mereka.

"Nanti kalau saya dah tak ada dan awak dah kahwin baru... Bolehlah awak simpan gambar-gambar ni semua."

Laju Fadhil menoleh memandang Tengku Hanis yang masih tersenyum menatap gambar itu.

"Ish! Apa pula cakap macam tu? Janganlah..." Terus tepi dahi Tengku Hanis dicium-cium Fadhil. Perut yang semakin membuncit itu juga diusap-usap penuh kasih. Ingin memberhentikan bicara celopar Tengku Hanis. Sejak menunggu kelahiran anak sulung mereka, pasti Tengku Hanis akan membangkitkan isu kematian. Naik risau Fadhil dibuatnya.

"Kalau saya tak ada aje awak boleh simpan. Selagi saya ada dalam dunia ni, awak tak boleh simpan. Ingat tu!" Nada suara Tengku Hanis sudah ditinggikan. Amaran keras!

Fadhil tertawa halus tatkala mindanya tiba-tiba mengimbau perbualan dengan arwah isterinya beberapa tahun dahulu. Seminggu selepas perbualan itu, Tengku Hanis dimasukkan ke labour room untuk proses melahirkan. Tanpa suami di sisi. Terkilan. Tapi, dia tidak boleh berbuat apa-apa. Isterinya sudah pergi dari hidupnya buat selamanya.

"Haihhh... tak sangka kau betul-betul dah tak ada." Fadhil melepaskan keluhan berat. Bagaikan mimpi. Baru dua tahun dia meluangkan masa dengan sang isteri. Sekelip mata dia hilang permaisuri hatinya lalu diganti dengan amanah yang perlu ditatang bagai minyak yang penuh dalam seumur hidupnya. Hez Ferran. Anak sulung mereka.

Sebelah tangan menampung berat kotak besar itu, manakala sebelah tangan lagi mencapai bingkai-bingkai gambar itu ke dalam kotak.

"Awak buat apa tu?"

Sugar Love [C]Where stories live. Discover now