SL : 47

3.6K 281 22
                                    

Sejak Afia disahkan mengandung, Fadhil berubah lebih tegas terhadap isterinya. Segala kerja rumah Fadhil melarang Afia untuk melakukannya. Mahu memasak juga tidak dibenarkan sama sekali. Semuanya diserahkan pada Fadhil seorang.

Malah, sekejap Afia mahu mendukung Hez sekejap pun dilarang juga. Alamatnya, dia hanya duduk dan hanya memerhati Fadhil buat kerja rumah.

"Fad, dahlah tu. Dah kemaslah. Mehlah sini duduk sebelah saya." Pelawa Afia. Ruang kosong di sebelahnya ditepuk-tepuk. Penat dia tengok Fadhil tak putus-putus vakuum satu rumah. Kalau boleh hari-hari dia nak vakuum.

Fadhil matikan suis alat vakuum. Langkah diatur ke arah Afia lalu punggung dilabubkan di sisinya. Kaki Afia yang berlunjur ke lantai mula bersila di atas sofa menghadap Fadhil yang sedang susah-payah mencari nafas kembali. Penat mengemas rumah.

"Alololo... kesian suami saya. Sampai berpeluh-peluh dia kemas rumah." Peluh yang menitik di tepi dahi Fadhil dilap dengan jarinya. Fadhil tersengih. Naik turun dadanya, kepenatan. Macam baru selesai berlari marathon. Padahal, kemas rumah aje.

"Itulah... saya nak tolong, awak tak kasi."

"Tak payah. Kerja kau sekarang duduk diam-diam dan makan banyak-banyak." Laju Fadhil memintas. Panggilan aku-kau masih sebati dalam dirinya. Sukar untuk ditukar.

Afia cebikkan bibir.

"Nanti gemuklah saya..."

"Gemuk bukan sebarang gemuk, kan gemuk berisi namanya."

"Nanti awak dah tak sayang saya..."

Fadhil menoleh. Berkerut dahinya menatap Afia.

"Siapa cakap?"

Afia tidak menjawab. Wajah ditundukkan.

"Walaupun fizikal kau berubah. Perasaan aku sama ajelah..." Balas Fadhil, lembut. Lalu, kepala sengaja dilentokkan pada bahu Afia.

"Malam ni kita tidur berdua eh... kalau ada Hez, Hez asyik peluk kau aje." Afia tertawa kecil. Hez pula sejak berita mengandungnya sudah sampai ke pengetahuan Hez, dialah yang paling bahagia sekali. Nak dapat adik katakan. Tak sabar mahu jadi abang katanya.

Setiap malam asyik dipeluknya Afia bagai enggan dilepaskan. Menurut Hez, dia mahu rasa dekat dengan adik barunya. Langsung tidak memberi peluang kepada Fadhil untuk memeluk Afia walau sedikit. Biasanya, Hez berada di tengah-tengah di antara mereka, buatkan Fadhil sukar ingin mengambil kesempatan.

"Hari tu mengata saya yang saya cemburu dengan Hez. Sekarang awak pula yang cemburukan Hez..." Afia juihkan bibir.

"Ala, aku manalah tahu dia gembira sangat nak dapat adik baru. Kalau aku tahu macam ni reaksi dia, aku tak nak bagitahu dia. Biarkan kau bersalin dulu, baru aku bagitahu dia..."

"Hei!! Apa cakap macam tu..." Lengan Fadhil ditepuk manja. Buang tabiat ke apa suaminya ini. Fadhil hanya diam.

Kepala yang berada di atas bahu Afia, diselesakan. Masing-masing diam, melayan perasaan.

"Awak tak rindu Izaan dengan Lixin?"

Fadhil tergamam. Kepala yang mendarat di bahu Afia diangkat. Wajah Afia dipandang.

"Kenapa tanya?"

"Dia orang selalu chat saya, tanya pasal awak. Kenapa awak tak balas Whatsapp dia orang? Dia orang berdua risaukan awak."

Fadhil garu pipi.

"Aku bukan sengaja nak pulaukan dia orang. Cumanya... kalau aku balas chat dia orang... nanti aku nangis."

Kelopak mata Afia dikecilkan memandang Fadhil. Aneh-aneh ajelah suaminya. Ada ke alasan macan tu?

"Kenapa pulak awak nak nangis? Lagi satu... salah ke kalau awak nangis?"

Sugar Love [C]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum