04

37 6 0
                                    

DIA berjalan langkah demi langkah tatkala telinganya menangkap suara tangisan yang datang dari bilik itu. Lain macam dia punya berdebar. Seperti ingin melakukan pertemuan kali pertama dengan bakal ibu mertua saja. Gaya seperti sudah pernah.

    Ceh.

     Tidak dia sangka, memang benar tekaannya. Ada seorang pelajar perempuan sedang menangis teresak-esak sambil memeluk lutut yang saja dia rapatkan.

     Rambutnya yang begitu panjang sehinggakan sukar untuk Umairah melihat dengan lebih jelas. Umairah bingung.

    Kenapa dia menangis? Di kawasan yang sunyi sepi ini pula. Tidak mungkin dia menangis semata-semata kerana lupa kata laluan untuk masuk ke ruangan media sosialnya sendiri?

    Bukan apa. Ini bilik bukan sebarang bilik. Ini makmal komputer. Jadi, logik kan?

    Naluri penyibuk seorang Umairah semakin mengganas. Kini dia tekad untuk masuk ke dalam makmal dan ingin menemani pelajar itu.

    Deringan bunyi penggera yang menandakan waktu rehat telah pun habis mula bertindak mengganggu rancangan Umairah. Ah, bukan kali pertama aku abaikan kau.

    Setakat bunyi loceng, tiadalah nak takut sangat. Melainkan kalau Cikgu Syahirah yang tiba-tiba mengganggunya.

    Itu, memang aku tak berani untuk menderhakainya. Tak pasal-pasal markah peperiksaan aku diberi markah gagal walaupun keputusan sebenarnya ialah lulus cukup-cukup makan.

    Dendam kesumat Cikgu Syahirah tu boleh tahan kuat jugak.

    "Kamu buat apa lagi tercegat dekat sini?! Dah form berapa kamu ni sampaikan tak faham-faham apa maksud loceng tu? Masuk kelas saya, sekarang!"

****
"BAIK, cikgu! Saya masuk ni. Dah masuk sebelah kaki dah ni. Jangan rotan saya cikgu. Cikgu rotanlah diri cikgu sendiri."

   Guru yang bertugas ketika itu, ketawa sendirian apabila melihat gelagat Umairah yang sedang menjerit dengan mata yang masih tertutup. Tangannya meronta-ronta seperti hendak mencapai sesuatu. Kedua-dua kakinya pula bergerak aktif seperti sedang melakukan senaman 'bicycle kick'.

    Kring!

    Umairah terbangun.

    "Tau pulak kamu bunyi loceng rehat macam mana ye.."

    Dia menoleh. Cikgu Marina lagi. Lain macam pulak cikgu ni. Biasa muka ketat, sekarang ni muka ada banyak senyum. Rasa aneh pula.

    "Cikgu. Apa yang jadi? Kenapa saya boleh ada dekat sini? Dah rehat ke cikgu? Ke dah habis waktu rehat?"

    "Banyak ya soalan kamu tu. Nak cikgu jawab yang mana satu dulu?"

    "Semua."  Cara kau bercakap, macam Cikgu Marina ni set-set kawan kau je kan? Sekali dia tayang rotan maut dia tu, baru kau tahu mana satu cikgu mana satu bakal mak mentua.

    Eh. Anak dia kacak okay. Sesuai dengan aku. Cuma, tulah. Dah jadi bapak orang. Haish.

    "Bukan urusan saya nak jawab soalan kamu." Cikgu Marina kembali dengan perangainya yang menjengkelkan.

    "Yang penting sekarang ni, awak boleh tak nak keluar beli makanan? Waktu rehat tak lama lagi dah nak habis. Ataupun, kamu nak saya belikan makanan. Kamu nak makan apa?"

    Okay-okay. Cikgu Marina tidak lagi menjengkelkan. Beliau seorang guru yang sangat penyayang.

    "Takpe, cikgu. Saya boleh beli sendiri."

ILUSI Where stories live. Discover now