16

28 4 0
                                    

"Mairah.." Lama dia merenung wajah rakan baiknya itu.

Mairah, kau memang kawan yang baik.

Dia menghadiahkan senyuman yang tipis diselangi dengan linangan air mata kegembiraan. Semakin lama, dadanya rasa semakin sesak sehinggakan dia sukar untuk bernafas dengan normal.

Perlahan-lahan tangannya diangkat lalu diraup dan diusap pipi Umairah.

"Lisa.." Esakan demi esakan dia lafazkan tatkala melihat keadaan Lisa yang semakin lemah.

*****
"Gempar, apabila seorang pelajar perempuan dijumpai terjatuh dari tingkat empat lalu disahkan telah mati di tempat kejadian. Menurut saksi yang merupakan salah seorang pelajar di sekolah tersebut berkata, apa yang berlaku di hadapannya itu seperti seseorang yang sedang dirasuk lalu terjun ke bawah bangunan dengan sendirinya.

"Dia macam dah berserah sangat. Langsung tiada expression, tahu-tahu dia panjat tembok yang penghadang bangunan tu lepas tu dia hayun kaki dia yang sebelah and then dia terus jatuh."

Terngiang-ngiang segala apa yang sebenarnya terjadi pada hari itu. Peristiwa itu telah membuat dirinya terus dihimpit rasa bersalah. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Belum lagi dengan kes Lisa yang ditikam.

Sampai sekarang, rakannya itu masih tidak sedarkan diri. Dia telah disahkan koma setelah kejadian itu. Umairah pula, sehingga ke hari ini dia masih tidak keluar dari bilik. Bukan setakat makan, mandi juga tidak.

Melissa, sedari tadi asyik memandang diri Umairah yang kusut-masai. Dia fikir, ini lah yang perempuan itu mahukan. Rupanya, apa yang dia telah perbuat itu masih tidak mencukupi syarat supaya Umairah akan bersetuju untuk membantunya.

"Aku dah bunuh orang yang selama ni dah seksa kau, takkan nak sedih lagi. Orang jahat macam dia tu, tak pantas untuk ditangisi."

"Sekurang-kurangnya, orang yang dah buli kau tu dah lenyap dari dunia ni. Balasan yang setimpal, sudah dia dapat. Tapi, pembuli yang dah buli aku selama ni, mana keadilannya untuk aku? Aku masih hilang tanpa jejak, orang lain juga dah mula lupa tentang apa yang terjadi pada aku dan yang lebih buat aku marah, si pembuli tu masih ada di dunia ni. " Sambung Melissa.

"Dan masih boleh menghirup udara segar dan bersuka ria menikmati nikmatnya dunia sedangkan aku?"

Kelihatan sungguh menyedihkan.

*****
Tiada suara yang dia dapat dengar dari luar bilik. Sunyi sepi. Tangan kanan laju mengetuk permukaan pintu itu sambil mulut menyebut nama anaknya tanpa henti.

Disebabkan rasa resah yang semakin berpanjangan, dia bergegas masuk ke ruang biliknya sendiri dan mencari kunci pendua. Laci pertama diselongkar.

Tiada. Yang ada hanya risalah majalah yang dia sering baca di waktu lapang. Diselongkar pula laci yang kedua. Masih tiada lagi. Dia sudah kehilangan idea.

Dekat mana pulak benda ni tersorok?

"Awak cari apa? Gelisah semacam je saya tengok."

"Ya Allah. Abang, dah seharian Mairah tak keluar dari bilik dia. Abang tak risau ke?"

"Risau, cuma.."

"Dahlah abang. Saya nak tanya abang ni. Abang tahu tak mana letaknya kunci pendua bilik Mairah tu?"

"Eh, awak ni. Bila masa pulak kita ada buat kunci pendua tu?"

Terduduk Puan Khatijah di atas katil. Mati akal dia jadinya.
Kalau kunci pendua juga, tiada. Hanya ada satu sahaja lagi cara supaya dia boleh masuk ke dalam bilik Umairah.

*****
Sambil merenung ke luar tingkap, dia menikmati udara yang segar sebelum nikmat itu berakhir. Dia pandang pula awan yang biru. Bertambah indah apabila dihiasi dengan kepulan-kepulan awan yang bercorak-corak bentuknya.

ILUSI Where stories live. Discover now