22

27 4 0
                                    

Kata lima minit je, ini dah lebih sangat-sangat dah dua punya lima minit tu. Aish, jangan kata dia tipu aku. Aku dah agak. Tu sebab aku pun tak sebodoh itu nak bagi dia duit tiket tu begitu sahaja.

Walaupun aku kenal Munir ni takdelah lama sangat, tapi aku tahulah set-set macam dia tu. Kalau tak ambil kesempatan atas kesempitan, tu bukan Munir lah.

"Oi, termenung apa tu?!"

Ya Allah, muncul jugak dia. Dan semestinya dia tidak berseorangan. Ada seorang lelaki yang boleh tahanlah kacak dia tapi bak kata Munir, dia lelaki yang kedua terkacak di sekolah ini.

Bagi aku, hanya dia dan satu-satunyalah lelaki yang boleh lah ada rupa daripada yang lain. Tapi harapnya, perangai dia pun oklah. Jangan sampai rupa je ada, perangai ke laut. Ah, memang cancel teruslah nak jadi menantu ibu.

"Tunggu kaulah. Lama sangat."

"Sorrylah. Tadi, banyak sangat peminat ajak berborak."

"Banyaklah kau. Kau tu yang bertapa lama sangat dalam tandas."

Alahai, dia seorang yang jujur lah. Aish, okay-okay. Tenang, Mairah. Kau jangan gatal sangat, ingat sikit dekat Pyo Ji Hoon kau.

"So, ada apa hal nak jumpa aku."

"Oh, terlupa pulak." Isyarat mata dia berikan kepada Munir supaya berganjak sekarang namun ya begitulah. Bahasa yang keluar dari mulut pun dia tak faham, apatah lagi bahasa isyarat.

"Munir, urusan kau dah selesai. So, shuh-shuh. Tinggalkan kami berdua je dekat sini."

"Banyaklah kau. Kalau dah berdua tu, mesti ada yang ketiga. Syaitan.."

"Kan banyak ni orang lalu-lalang. Bukannya betul-betul berdua pun, kan? Cepatlah, Munir.. Kau nak ke tak pergi salam dengan Noh Hujan?"

"Oh, kau nak bagi tiket yang paling boek ke? Mantap.. Okay-okay. Aku gerak, tapi ingat eh Zack. Ni awek aku, jangan caras."

Setelah dia pastikan tiada sudah kelibat Munir, dia terus menyatakan hasratnya tanpa berdolak-dalih lagi.

"So, aku dapat tahu daripada Munir yang kau anak cikgu Ahmad."

"Aku just anak angkat dia." Oh, macam sinetron Indonesia pulak dah. Tak kisahlah, yang penting anak jugak kan? Bukannya tukang kebun.. Okay, setakat ni nice.

"Sorry.. Tapi, aku bukan nak tanya pasal tu."

"Okay, nak tanya pasal apa sebenarnya?"

"Aku nak mintak tolong kau untuk cari tahu nama-nama pelajar dalam batch tiga tahun yang lepas."

"Tiga tahun lepas, which means 2019 punya?" Tanya dia untuk kepastian..

"Betul."

"Tapi untuk apa?" Apa pulak alasan yang aku nak bagi ni.

A. Aku tengah nak tolong hantu.

B. Aku kena upah. Tapi mesti dia tanya pulak, siapa yang upah. Dan untuk apa dan kenapa?

Adeh. Dah, dah takde dah pilihan untuk C, D, ataupun E. Sebab, sekarang ni memang dah takde pilihan yang lain selain berterus-terang.

"Kau pernah dengar pasal sixth sense tak?"

"Pernah. Aku suka band tu, layan je dia punya jiwang."

"Eh,bukan sixth sense yang tu. Aduh.. Dalam kata lain, orang panggil deria keenam."

Dia menggaru-garu pelipis kerana gatal pulak tiba-tiba.

"Oh, yang tu. Tapi, jarang tau orang yang ada deria tu nak bagitahu dekat orang lain. Jadi, apa yang kau nak sampaikan dekat aku is kau boleh nampak makhluk-makhluk yang macam tu lah ni."

ILUSI حيث تعيش القصص. اكتشف الآن