Sedar

291 33 21
                                    

Sebaik sahaja kesedaran mengetuk jendela mindanya, semuanya masih gelap. Penglihatannya masih tertutup namun derianya yang lain sudah terjaga.

Bunyi 'beep' alat elektronik berdetik secara berkadar menjadi halwa pertamanya. Telinganya dapat menangkap bunyi hela nafas dirinya sendiri. Deria baunya juga dipenuhi dengan udara sejuk yang sedikit berbau ubat.

Dengan sedaya upaya, dia menggagahkan diri membuka kelopak matanya sedikit demi sedikit.

Sebaik sahaja iris coklat itu melihat dunia,

"HAH!"

Boboiboy terbangun secara mengejut. Nafasnya sedikit berterabur mengingat semula memori terakhir sebelum dia tak sedarkan diri tapi malangnya dia tak mampu fikirkan apa apa.

"Jap... aku kat hospital ke ni?"

Sekelilingnya diperhatikan lagi. Dinding yang putih, wayar berselirat yang menyambungkan badannya ke mesin mesin pelik.

"Mak aihh... banyaknya wayar. Aku bukannya Ironman nak kena cas jantung bagai, " rungut dia sendiri. Dia tak suka wayar wayar tu, menganggu pergerakannya.

Dengan satu rentapan, wayar wayar berselirat tersambung ke badannya itu akhirnya tercabut. Termasuklah jarum drip pada tangannya. Sakit sikit.

"Yosh!" Boboiboy melompat turun dari katil lalu meregangkan setiap urat sarafnya. Fuhh, walaupun masih terasa sengal namun badannya rasa lebih baik dari malam tadi. Tangan kanan dia yang bersimen diusap lembut.

'Patutlah berat'

Boboiboy terlihat pantulan dirinya pada cermin tingkap tinted di bilik itu. Cermin itu dihampiri lalu badannya yang separuh terdedah ditilik.

"Wahh, berbalut balut badan aku. Dah macam mumia aku tengok,"

Dia masih terasa pelik. Jarang dia masuk hospital dan memang tak suka tempat penuh bau ubat tu. Selama ni, kalau ada antara mereka yang cedera lepas buat misi, mereka akan minta tolong healthbot untuk rawat kecederaan tu. Satu sinaran dan tadaaa, luka kena gergaji pun boleh hilang macam tak pernah kena gergaji pun sebelum ni.

"Uishh, habis dah muka hensem aku calar." Pipi tembamnya diusap lembut. Walaupun cermin tinted hitam tetapi dia masih boleh lihat garisan luka di situ. Tak apalah, harap luka ni tak kekal.

"Baik aku cuba hubungi Ochobot." Fikirnya sendiri. Dia cuba mencapai jam kuasanya untuk menghubungi mereka namun benda pelik pula berlaku.

Nanti..Kenapa tangan dia terasa kosong? Dia tengok.

"Eh?"

Kedua dua pergelangan tangannya memang.... kosong.

Detak jantung remaja itu terhenti buat sesaat. Terasa seperti masa terhenti buat seketika.

"T..tak.."

Pergelangan tangannya diraup sehingga ke bahu. Jantung Boboiboy berdetak laju, nafasnya mula berterabur.

"Tak..tak..tak.."

Lengan kanannya yang bersimen dari pergelangan sehingga ke siku, sekelip mata dihempas kuat ke lantai.

"Tak! Tak! Tak! Tak! TAK! TAK!!"

Bang!

Bang!

Bang!

Bang!

Bang!

Lengan itu dihempas berkali-kali sehinggalah simen tebal itu pecah berderai. Boboiboy tidak menghiraukan tangannya yang semakin berdenyut bisanya setiap kali tangan itu menghentak lantai yang keras.

EncounterWhere stories live. Discover now