Lari

325 39 20
                                    


"Urghh..budak?" Terdengar suara mamat tu merungut marah.

Boboiboy mendongak lalu melihat seorang lelaki besar dan tegap bersut merah dengan wajah bengis menjelingnya dari atas.

"Hey budak, jalan elok-elok lain kali" dingin sahaja suara lelaki buff gila tu. Sementara itu, para pengawal baru tiba melihat Boboiboy terlentang di hadapan Ejen Fit.

"Fit! Tahan budak tu!" Jerit pengawal tersebut.

Namun Ejen Fit belum sempat memproses jeritan tersebut, Boboiboy dah memecut laju melepasinya. Tangannya sedikit menggeletar sebab dia tahu kalau kena tangkap dengan mamat badan buff tu dia memang takkan dapat lepaskan diri. Dan gaya dan rupa Ejen Fit buat kan dia teringat sesuatu.

Huh..huh..huh..

"Aku kena cari tempat sembunyi- huh?"

Tiba-tiba naluri Boboiboy menusuk tajam dirinya, lalu menggerakkan tubuhnya secara refleks tunduk bergolek ke hadapan, mengelak sebuah boomerang yang melintas betul-betul di atas kepalanya. Boboiboy landing dengan sempurna, menjeling tajam 'ejen' yang target kepala dia tu. Andai dia tak sempat elak, memang dah boleh parah kepala dia tu.

"Wow, boleh tahan~" puji ejen tersebut dengan sengihan sinis. Boomerang tadi berpusing kembali ke tangkapannya.
Ejen Bobby membalas jelingan Boboiboy dengan jongketan kening. Sinis.

"Kau pasti, kau ni budak sama yang hampir mati semalam? " Sinis sahaja suara Bobby menyindir. Okey, Boboiboy tak suka nada suara dia.

Tanpa membuang masa, Bobby terus melemparkan boomerangnya . Pada masa yang sama, dia meluru ke arah Boboiboy. Boboiboy bergolek ke kiri untuk mengelak boomerang itu. Bobby melihat opening, terus buku limanya dihantar bertalu-talu ,namun semuanya ditepis baik oleh Boboiboy. Satu sepakkan bawah disasarkan ke kaki Boboiboy namun, dia pantas 'backflip' untuk mengelak sepakkan itu.

"Wow, kau memang bagus, budak" puji Bobby lagi. Boboiboy kekal senyap tak menjawab. Dahinya berkerut seribu bukan kerana penat berlawan , tetapi kerana betapa dia holdback untuk tak balas balik serangan Bobby. Mindanya sibuk berperang sesama sendiri sama ada dia patut balas balik, atau just lari je.

'Patut ke aku serang balik? Tapi diorang dah rawat aku. Tapi dia yang serang aku dulu. Kee... nak lari je? Alahaii.... Aku just nak cari barang aku balik jee--'

Bobby yang melihat air muka Boboiboy yang berkerut dah tersenyum senang. Heh, mesti budak tu dah penat. Dengan yakin, dia menyerang Boboiboy yang masih kaku. Satu sepakkan dihantar ke bahagian kanan. Boboiboy menahan dengan mudah. Namun senyuman sinis terukir di wajah Bobby, sekelip mata dia memusingkan badannya dengan lalu roundkick tepat menghentam abdomen kiri Boboiboy.

Bahagian luka besar dia.

Srakk! Bunyi seperti kain terkoyak sayup kedengaran dari tempat hentaman itu. Mata Boboiboy terbeliak besar. Nafasnya seakan akan tersekat di kerongkong di saat kasut but Ejen Bobby yang keras menghentam tepat di bahagian luka dia yang baru dijahit. Suara jeritan kesakitan tak mampu ditahan akhirnya terkeluar dari mulut budak 15 tahun itu tatkala bisa yang teramat menjalar ke setiap urat sarafnya. Serta merta dia jatuh melutut sambil memegang abdomennya itu.

"Gah!..hah..ngn..ah..hah...hah.. sakit sial!"

Gelojoh dia mencari oksigen semula. Wajahnya semakin berkerut menahan sakit yang amat sambil memberikan pandangan paling membunuh kepada Ejen Bobby yang tersenyum kemenangan . Dia tak patut teragak agak untuk cederakan mamat sengkek tu. Kan dah mendapat!

"Heh, kau patutnya duduk diam-diam je dalam wad tu. Kenapa mesti nak lawan? Kan kau juga yang sakit" sinis sahaja nada suara Bobby mengejek.

Tepat pada masanya, pengawal pengawal yang menegejar tadi telah sampai di situ. Bobby menjuihkan bibirnya ke arah Boboiboy yang sedang melutut sambil menahan sakit. Dia dah mudahkan tugas pengawal ni untuk tangkap budak tu.

EncounterWhere stories live. Discover now