Takeaback

460 50 35
                                    


"Dan kamu pula siapa?"

Dengan hanya satu soalan, entah kenapa bulu roma Boboiboy meremang. Boboiboy mengetap bibirnya merengus tak menjawab soalan wanita itu. Kuat betul aura dia! Boboiboy memilih untuk tak menjawab soalan tu.

"Dia tahanan kita yang larikan diri, puan! Tuan Zain arahkan kami cari dan tangkap dia semula." Terang ejen neuro tersebut.

"Tahanan?? Aku dah agak korang memang orang jahat! Apa korang nak dari aku??!" potong Boboiboy marah. Rod panjang itu dihunus gaya tombak halilintar. Matanya garang bagai mata helang yang ingin menyambar mangsanya.

"Woi budak! Jaga sikit percakapan kau! Kau tahu tak dengan siapa kau bercakap?!" Marah ejen tu balik. Boboiboy menggulingkan matanya.

"Siapa kau? Perdana menteri Malaysia ke? Tak kan?" Balas Boboiboy balik tak gentar.

Ejen tu nampak geram bila budak tu balas balik. Tetapi Ejen Dayang sudah mengangkat telapak tangannya mengarahkannya untuk berhenti.

"Cukup tu. Saya minta maaf bagi pihak dia. Tapi saya rasa ada salah faham dekat sini"

"Salah faham apa lagi?? Korang nak tangkap aku pastu nak jual aku dekat pasar gelap karat kann? Jangan harap aku akan tertipu lagi!!" Potong Boboiboy lagi. Dia tu penguasa 7 elemental, hero Tapops, Penyelamat power sphera yang terkenal satu galaksi! Dan bila hero, mesti ada banyak musuh. Dia yakin, yang ada antara musuh musuh yang dia pernah lawan, pasti ada yang sanggup tawarkan harga tinggi untuk lihat mayat dia sahaja.

Dayang agak keliru sebentar, kenapa budak ni agresif sangat? Tiba tiba dia baru menyedari yang tubuh Boboiboy dipenuhi balutan dan luka di sebalik gaun hospital yang dipakai. Satu kesimpulan terpantul ke dalam fikirannya. Budak ni... trauma ke? Daripada cara dia bercakap, dia pernah kena tangkap ke sebelum ni??

"Bertenang......anak muda. Nama saya Dayang. Ejen Dayang . sebelum tu, boleh saya tahu nama kamu?" tanya Dayang lembut, cuba meyakinkan Boboiboy.

"Nama aku? Heh, korang penculik paling pelik aku pernah jumpa setakat ni. Culik orang pun tak tahu nama" balas Boboiboy balik. Ok, secara teknikalnya, dia yang pengsan dekat tangan penculik ni, so tak dikira macam culik pun. Tapi who cares? Diorang cakap nak tangkap dia kot!

Dayang kekalkan wajah lembutnya.

"Saya rasa kamu salah faham. Kami bukan orang jahat, dan kami tak culik kamu pun"

"Dah tu, kau nak buat apa dengan aku??? Nak jual organ aku pulak? Atau nak jadikan aku bahan eksperimen korang lagi!" Makin agresif sangkaan Boboiboy. Sisi Halilintar mula menunjukkan walaupun mereka tiada dengan dia sekarang. Mana datang idea tu, daripada baju baju yang Ejen Dayang dan beberapa orang ejen tekno yang pakai baju putih merah macam kot makmal. So dia assume yang tempat ni makmal ekperimen haramlah.

Wuishhh, banyak tengok movie budak ni.

Manakala Dayang memicit pelipisnya buntu macam mana nak dapatkan kepercayaan Boboiboy. Dia nak terangkan je budak ni dah menyampuk. Nak aje salotep mulut budak tu bagi diam sekejap, tapi dia sedar yang budak depan dia ni mesti dah terlalu banyak menghadapi situasi macam ni, sampai dah tak percaya orang. Wajar sahaja dia bertindak agresif untuk lindungi diri dia.

"Bagitau aku! Mana kau simpan barang barang aku!" Dingin suara Boboiboy menyoal. Dia tau dia bukan di kedudukan yang sesuai tapi, lagi cepat kalau dia tanya daripada terus lari sembunyi sini sana tanpa tau kat mana dia nak cari kan?

Dayang mendongak memandang Boboiboy.

"Barang-barang kamu?"

"Barang-barang aku yang kau ambil malam tadi. Mana semuanya??"

EncounterWhere stories live. Discover now