34

2.4K 143 3
                                    

"Okay, mesyuarat kita tamat petang ni. Thanks for you guys cooperation." Berpusu-pusu ahli pejabat mencapai buku nota masing-masing lalu meninggalkan ruangan mesyuarat itu.

"Daniel and Elly. Tunggu sekejap." Daniel yang baru sahaja ingin mengangkat punggungnya lalu kembali duduk dengan wajah yang penuh berteka-teki.

Tak pernah-pernah Zaqwan akan berjumpa dengan seseorang selepas mesyuarat. Selalunya, lepas mesyuarat mesti dialah orang pertama yang meninggalkan ruangan mesyuarat.

"Daniel, aku tengok progress kewangan tahun ini agak merosot berbanding tahun lepas. Kenapa ya?"

Daniel bertaut kening. Zaqwan pula sedang fokus meneliti fail penyata kewangan di tangannya sambil menunggu jawapan daripada mulut Daniel.

"Honestly, I don't know how to conclude the answer for your question, Zaqwan. Kau pun tahu kan Eagle Gallery tak pernah merosot sampai mencecah 40% macam ni."

Daniel juga meneliti salinan penyata kewangan dalam tablet di tangannya. "Seriously, the gap is real." Keluh Daniel perlahan.

Pandangan beralih pula kepada pembantu ketua pengarah kewangan, Elly. "Elly,  you handle bahagian untung-rugi kan? Ada apa-apa yang tak kena ke?"

Elly mengangguk yakin. "Actually yes. I pun tak tahu, mungkin tahun ni kita tak dapat banyak pelanggan 'tourist' rasanya. I think that's why."

Zaqwan hanya diam setelah itu. Wajah Elly dipandang seketika sebelum dia bangun daripada tempat duduk.

Butang kot dikancing sambil matanya tajam menikam wajah Daniel dan Elly yang masih kelihatan terpinga-pinga. "Aku tak nak tahun ni merosot lagi. Do something."

Daniel hanya diam. Rambutnya disebak ke belakang dengan jarinya. Keluhan berat kedengaran mengisi kesunyian bilik mesyurat itu.

Dia menyandarkan badannya ke badan. kerusi buat seketika waktu. Agak serabut dengan keadaan.

Elly merapatkan kerusinya ke arah kerusi Daniel. Kiri dan kanannya dipandang. Menunggu sahaja orang lalu lalang di luar bilik itu.

"It's okay Danny.  Jangan stress, I kan ada, hm?" Elly mengusap lengan Daniel dengan gerakan lembut membuatkan Daniel terus menegakkan badannya.

Tangan Elly ditepis kuat sebelum anak mata coklatnya menikam tajam wajah gadis itu.

"Elly, please. I tak suka." Kiri dan kanannya terus dipandang. Mujurlah hanya Harraz yang sempat terpandang adegan itu melalui kaca bilik mesyuarat itu.

Kalau Zaqwan yang nampak, memang mampus dia dekat situ.

Elly tergelak kekok. Rambutnya diselitkan ke tepi telinga, skirt paras lututnya itu sengaja diangkat sehingga paras peha.

Daniel tersenyum senget. Dia terus mengubah pandangannya ke tempat lain. Pandang dinding.

Lagi cantik dinding tu daripada peha dia. Setakat peha putih melepak tu, bini aku pun ada.

"Awhh sorry Danny. Ala, chill lah babe. Dulu zaman belajar dekat luar negara you okay je? Keluar masuk kelab malam macam rumah sendiri. Setakat tadi tu, apa lah sangat kan?" Elly memainkan jari telunjuknya di lengan Daniel lagi.

Lagi sekali, Daniel menepis kasar dan terus bangun daripada tempat duduknya.

Elly kelihatan terkejut dengan reaksi Daniel. Dalam diam dia mengetap rahangnya. Baginya, Daniel sangat jual mahal.

Elly mengalah. Wajah muram menghiasi wajahnya ketika ini. "Sorry kalau I buat you rasa tak selesa. That's my fault. I'm sorry."

Tanpa balasan, Daniel sempat memberi jelingan tajam ke arah Elly. Langkah diatur ke muka pintu.

DANIEL MELLISA: THE HIDDEN EUPHORIA [COMPLETE]Where stories live. Discover now