Sudah beberapa hari Jauhara terperap dirumah tidak keluar bilik bahkan makan juga tidak.
Ada Naufal datang rumah, Ara pesan kepada bibiknya jangan bagi masuk.
Kawan-kawan lain pula call berkali tidak dijawab. 3 hari aku menangis tidak henti sehingga kering air mata ini.
Bayangan hitam itu masih main difikiran Ara.
Bangun saja dari tidur, lihat dirinya kosong tiada pakaian ditubuh. Rasa sakit dibahagian ari-ari.
Ara menyelak kasar selimut. Jelas ada tompokkan darah. Hi bunny! Senyum Aizat dengan muka puas.
Kau buat apa dekat aku!!!! Jerkah Jauhara.
Kau sombong sangat Ara, kalau kau terima aku takkan jadi benda macam ni. Senyum sengget Aizat.
Setan!!!! Jerit Jauhara lalu menampar Aizat kuat.
Kalau tak reject aku! Kau takkan macam ni! Apa bagus sangat Naufal sampai kau susah move on?! Aizat mengcengkam pipi Ara.
Sial kau Aizat! Jantan tak guna!
Ara menumbuk Aizat dengn lemah.Kalau semalam kau tak sedar, harini biar kita buat sampai puas. Aizat menolak kasar Ara ke katil.
Jauhara mengetuk kepalanya didinding dengan kuat. Dia tidak mahu ingat semua itu!
Buk Mila dari depan pintu bilik Ara tengah gusar hati. Sudahlah Naufal datang Ara suruh dirinya kata Ara tiada. Nak bagitahu Puan besar dia tidak tahu nombor telefon. Bunyi lonceng di luar itu terus Mila pergi.
Tidak kira! Kali ni perlu minta bantuan. Kalau mati Ara dia juga susah.
Haa assamualaikum mak cik, Ara ada tak? Tanya Kamilia sopan. Di kiri dan kanan ada Danial dan Akmal.
Mereka risau dengan Ara, tanya Aizat dia buat bodoh je.
Haa kawan Nona Ara ya? Tolong ibuk Mila! Ara tak keluar bilik sudah tiga hari, tak makan langsung. Kunci bilik pun hilang, Ara sorok. Mila beritahu dengan wajah risau.
Aku dah agak dah! Akmal berlari.
Danial terus masuk rumah diikuti Kamilia.
Bilik nona dekat atas mari ikut ibuk. Mila membawa mereka. Tadi dengar bunyi hentakkan kuat sangat itu ibuk risau.
Den kita rempuh jelah bilik ni. Ajak Akmal dari kebelakang untuk menghentam pintu bersama Danial.
Naufal tak ada datang ke? Ara balik terus terperap dalam bilik ke? Tanya Kamilia kepada Mila.
Naufal ada datang, Ara sudah pesan pada ibuk minta Naufal balik sebab Ara sibuk. Ara balik malam-malam, masa hari Naufal tunang. Wajah Ara masa tu pucat macam orang sakit. Cerita Mila.
Berkali-kali mereka berdua hentam pintu. Lima kali hentaman barulah pintu terbuka.
Mereka melihat sekujur tubuh lembik sudah baring ditepi dinding dengan dahi berdarah.
Ya Allah Ara!!! Kamilia mendapatkan Ara.
Tsktsktsk...jangan bagitahu Naufal....menangis Ara.
Wehh kau kenapa ni Ara??? Danial menepuk perlahan pipi Ara.
Bawa dia pergi hospital dulu doh, risau aku. Akmal mencepung Ara. Masa hentam pintu tadi tenaga Danial yang banyak sampai sakit badan.
Nasib baik Akmal sudah berisi kepada sado sedikit. Ada juga tenaga...
Ibuk duduk rumah dulu, kalau Naufal cari ke. Kata je Ara keluar dengan kami ye. Sempat Kamilia berpesan dan ambil beberapa banu Ara.
YOU ARE READING
Undurkan Cinta Ini
Short Story7 📓 Jauhara Tsamina berkawan rapat dengan Mihran Naufal. Sejak Naufal berhubungan dengan Malika Sofea, hubungan mereka retak. Jauhara membawa diri makin lama makin jauh dari hidup Mihran Naufal kerana dia mencintai lelaki itu. Sayangnya Naufal tid...