Akmal mengambil dan menghantar Jauhara dan Umar. Jadi driver tak berbayar dengan kesalahan dia buat.
Umar nak jumpa ayah! Umar membentak.
Tepuk dahi Jauhara. Masuk hari ni dah tiga hari Umar nak Naufal. Padahal tak ada pertalian darah ke sebab waktu mengandung aku asyik mengidam nak tengok muka Naufal je?
Nanti ayah datang Umar, sekarang ayah sibuk kerja macam abah dulu. Umar kan nak jadi penyabar macam Nabi Muhammad betul tak? Akmal memegang kedua bahu Umar. Fuh memang main mental Ara macam ni. Umar dah reti cakap banyak lepastu meminta.
Abah tak boleh ke ayah kahwin dengan ibu? Umar membua muka comel.
Tersembur air Ara minum.
Boleh jee, kalau ibu nak kahwin dengan ayah. Akmal senyum. Mulut kau pun Akmal...
Nanti Umar pujuk ibu. Jom laa kita pergi sekolah! Umar kembali ceria buatkan Jauhara resah pula.
Umar duduk belakang manakala Ara didepan. Kalau dengan Naufal nak duduk depan pula.
Bukan dia dah kahwin ke Akmal? Baru harini Ara nak tanya tentang Naufal.
Tak pun Ara dorang putus tunang. Empat tahun dalam hubungan macam orang asing. Akmal mula bercerita. Ceh Ara, tak nak tahu konon.
Sebab apa? Salah siapa? Kenapa? Patut dia cakap single.
Sofea curang, Sofea banyak kali minta tunda sampai cakap dia tak yakin Naufal boleh bahagiakan dia. Lepastu dia cop title Naufal panas baran. Akmal membelok kereta ke kanan.
Panas baran? Aku kenal sangat Naufal, dia tak macam tu kecuali dia dah hilang sabar bila orang uji dia.
Kalau kau nak tahu setiap tahun Naufal cari kau. Dia tanya kami tentang kau, dia tanya seluruh rakan kolej termasuk kawan sekolah. Belum tu lagi dia pergi travel semata nak cari kau Ara. Nasib baik dia tak report polis tepek gambar kau dalam berita. Akmal mula menyambung cerita tentang Naufal.
Kenapa dia buat macam tu Akmal? Sedangkan dia ada Sofea masa tu...muka Ara seperti sedih. Terharu dengar tapi tulah aku rasa tak sempurna untuk Naufal.
Because you half his self. Kau tengok je Naufal macam tu. Tapi dia perlukan kau, sejak kau hilang dia dingin dan jadi pendiam. Dia habiskan masa dengan family berbanding Sofea. Selama dia kenal Sofea dia tertekan. Dia keliru dengan perasaan dia, dia suka bukan cinta.
Hati Ara rasa sakit bila dengar. Matanya dipejam mencari sumber kekuatan. Bila aku dengan dia aku rasa sedih. Aku tak sempurna Akmal, aku banyak buat dia terluka. Aku tak mampu. Luah Jauhara dihatinya itu.
Kau tak bagitahu dia Ara. Kalau dia tahu apa berlaku aku rasa Naufal tu ke tali gantung sebab bunuh Aizat. Naufal bukan jahat pun, dia sayangkan kau percayalah. Akmal meyakinkan Ara.
Ara memicit kepalanya. Dia rasa macam dilema. Kenangan hitam tu sering muncul setiap malam. Kalau Naufal tahu apa jadi ntah.
YOU ARE READING
Undurkan Cinta Ini
Short Story7 📓 Jauhara Tsamina berkawan rapat dengan Mihran Naufal. Sejak Naufal berhubungan dengan Malika Sofea, hubungan mereka retak. Jauhara membawa diri makin lama makin jauh dari hidup Mihran Naufal kerana dia mencintai lelaki itu. Sayangnya Naufal tid...