BAB 55

3.5K 203 5
                                    

Edrian berdiri lama di hadapan pintu bilik Erina. Dia teragak-agak mahu mengetuk pintu atau tidak. Sudah seminggu mereka tidak berkata apa2. Kalau terserempak pun masing2 berdiam diri. Tiada sesiapa menunjukkan usaha untuk berbaik. Edrian sangat risaukan isteri dan anak dalam kandungannya itu.

Malam itu Edrian mahu keluar untuk dinner bersama Fiona. Bagi Edrian, dinner ini sebagai salah satu formaliti bersama client nya. Edrian juga pernah dinner dengan cilent2 nya sebelum ini. All is business related.

Dan sebelum pergi, Edrian mahu memberitahu Erina. Sekurang-kurangnya Erina tidak semakin curiga dengan Edrian. Namun, berat hatinya mahu mengetuk pintu bilik wanita itu.

Just do it, Edrian. Edrian menggesa dirinya.

Pintu bilik itu diketuk beberapa kali. Edrian menanti jawapan dari dalam. Namun, lepas beberapa saat masih tiada sahutan.

"Erina, are you asleep?" Soal Edrian.

Tiada jawapan.
Edrian mengeluh. Isterinya tidur ke? Atau buat2 tidur?

"Erina, if you're not sleeping...I just wanna ask, you dah makan ke? Make sure you at least makan, okay. I tak nak you dengan baby sakit. Semarah mana pun you dengan I at least jaga la baby kita. I nak keluar sekejap malam ni. If anything happens...please, please call me."

Edrian menoleh menuju ke pintu rumah selepas menyampaikan pesanan itu kepada Erina. Harap2 Erina dengar pesanannya. Selepas menyarung kasut, Edrian membuka pintu rumah lalu menuju keluar.

Di dalam bilik, Erina sedang berbaring mengiring di atas katil dengan mata terbuka. Dia memang buat2 tidur.

Perlahan-lahan, air matanya mengalir membasahi bantal.

*     *      *

"I'm happy you joined me for dinner today, Edrian."

Edrian membalas kata2 Fiona dengan tersenyum sedikit. "I'm glad you think so."

Hati Fiona sudah berbunga bahagia. Tak sangka idola nya yang dia sangat hormati sedang duduk berdua dengannya malam itu, menikmati makan malam bersama.

Perlahan-lahan anak mata Fiona memandang ke belakang Edrian. Ke arah Rosalina yang duduk betul2 ni belakang Edrian. Wanita itu memakai kaca mata hitam dan scarf yang dililit di  leher, menutup separuh bahagian mulutnya.

Kemudian, Rosalina menanggalkan sedikit kaca matanya untuk memandang Fiona. Dia berkenyit mata, sebagai tanda 'good luck'. Fiona mengangguk faham lalu tumpuannya kembali kepada Edrian.

Rosalina terlalu teruja apabila mendengar Fiona dan Edrian akan makan malam bersama. Maka, dia membuat keputusan untuk mengikuti sesi dinner mereka secara senyap2. Sebab itulah dia memakai pakaian yang menutupi wajahnya, agar Edrian tidak curiga.

Rosalina benar2 gembira. Dia tidak pernah segembira ini. Ini lah peluangnya untuk buat mereka semakin rapat. Mana tau Fiona berpeluang untuk menjadi menantunya.

Dia ketawa bahagia di dalam hati.

*     *     *

"How's Tan Sri Jamal these days? I dengar dia tak sihat sangat." Soal Edrian, berbasa-basi selepas mereka selesai makan malam. Masing2 sedang menikmati pencuci mulut.

Fiona menatap wajah Edrian. "Oh, papa okay je. Cuma kadang2 dia kerap batuk dan pening kepala. But luckily, doctor said its nothing serious."

Edrian mengangguk faham. "That's good to hear."

"He always talk about you, you know."

"Oh, really? I hope its something good."

Fiona ketawa. "Of course. Is there anything bad about you? All he said is about how good, talented and smart you are. Sometimes I rasa macam you pulak anak dia tau."

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now