BAB 48

2K 90 17
                                    







    Esok paginya, aku bangun daripada tidur dengan sambutan dengkuran Hakimi. Aku tersenyum lega sebelum menolak selimut yang menyelimuti badanku. Aku melepaskan tangan Hakimi yang menggengam tanganku.

    Hakimi mula tersedar setelah aku melepaskan tangannya,

    "Dah bangun?" tegurnya dalam keadaan mamai.

    Aku mengangguk. "dah. Dah pagi dah pun."

    Dia ketawa kecil sebelum menarik badanku untuk jatuh ke atas badannya semula.

    "awal lagi lah sayang." Suaranya serak namun bahasanya lembut di telingaku.

    "awak kena hantar saya balik. Saya risaukan Abang Seman. Mesti dia tak sedap hati dan risau. Saya pun tak cerita lagi pasal kita."

    Hakimi menguap sebelum menarik lenganku dan memeluknya. Dia mencium tangan dan jariku.

    "lima minit lagi please."

    Aku ketawa kecil. "awak mengantuk lagi ke?"

    Dia tersengih nakal sebelum menggesel hidungnya pada tanganku.

    "Hakimi." Ujarku.

    "I miss you. Even dalam tidur pun saya rindukan awak."

    "kita tak ada banyak masa. Sekarang ni, kita nak kena gerak balik hantar saya. Saya nak kena cerita pasal kita dekat abang Seman."

    Hakimi ketawa sebelum bangkit dari katil. "yalah." Dia mencium dahiku sebelum mencapai tuala di rak tualanya. Aku ditariknya untuk bangkit dari katil.

    "mandi jum." Matanya dikenyit.

    Aku tersenyum kecil. Hakimi menolakku badanku untuk mengekorinya masuk ke dalam tandas.

    Usai mandi dan mengenakan pakaian yang bersih, Hakimi membawa aku turun ke ruang makan. Di situ aku bertemu dengan Mak Temah yang sedang sibuk menyediakan sarapan pagi buat penghuni rumah itu.

    "pagi Mak Temah." Tegur Hakimi yang lantas mencapai cawan di atas meja makan.

    "Pagi Nak Kimi." Balas Mak Temah.

    "Pagi Mak Temah." Giliranku menyapanya.

    Mak Temah memandangku dengan wajah yang lembut seperti seorang ibu yang melihat anaknya. Dia mengukirkan senyuman manis ketika menyapaku semula.

    "Selamat pagi Aizat. Ni duduklah. Jemput makan, ada kueh. Mak Temah tengah masak bihun goreng."

    "Mommy dengan Yusof dah bangun?" soal Hakimi.

    Mak Temah menggeleng. "Datin minta dia tidak diganggu pagi ni. Lunch time nanti dia akan keluar dengan Encik Yusof."

    Hakimi mengangguk faham.    

    "Maaflah atas apa yang berlaku semalam. Takut Mak Temah tak selesa pula." Ujar Hakimi.

    Mak Temah menggeleng. Dia yang baru sahaja mematikan gas dapur itu mengambil tempat di hadapan aku dan Hakimi.

    "Mak Temah agak terkejut pada mulanya tapi Mak Temah dah lama rasakan benda tu."

Aku memandang Hakimi tatkala mendengarkan pengakuan Mak Temah itu.

"Mak Temah ni orang tua. Dah rasa garam dulu dari kamu berdua. Awal-awal lagi, sebelum Aizat menghilangkan diri, Mak Temah dah dapat rasa kamu dengan Aizat ada perasaan berbeza." Sambungnya.

    "Mak Temah tak rasa jijik?" Hakimi menggengam tanganku di hadapan Mak Temah.

    Mak Temah ketawa. "Mak Temah awalnya hairan. Pelik. Tertanya kenapa boleh jadi macam ni? Tapi bila Mak Temah tengok perubahan sikap Nak Kimi lepas kenal Aizat, barulah Mak Temah faham. Kamu dulu seorang yang pendiam. Banyak menghabiskan masa dalam bilik. Lepas sahaja bercerai, kamu jarang ada dekat rumah ni."

Pelacuran Cinta(boyxboy)Where stories live. Discover now