Episode 1: Asrama baru?

349 20 0
                                    

Pukul 8:00

Tepat pukul lapan aku sampai di sekolah asrama baru ku, sebenarnya aku malas nak bangun awal-awal tapi nak buat macam mana kena datang bangun jugak. Harap-harap murid perempuan kat sini tak sombong sangat

"Fia, kita dah sampai"

Kata bapak, aku pun lalu keluar dari kereta dan meminta bapak membuka bonet kereta nya.

"Fia nanti elok-elok tau jangan nakal sangat"

"Fia tau lah bapak, jangan risau sangat"

"Jaga diri tau!"

"Ye bapak, Fia bukan budak kecik lagi"

Bapak ingat aku ni budak-budak lagi ke nak pesan macam tu? Aku tahu lah macam mana nak jaga diri haih... Lalu bapak pun mencium dahi ku selepas itu masuk ke kereta nya dan pergi sambil melambai tangan nya kepada diri ku sebagai tanda selamat tinggal, aku juga sempat melihat bapak mengelap air mata nya. Biasa lah aku ni anak tunggal plus aku ni anak kesayangan bapak, mestilah bapak sedih nak tinggal kan aku kat sini. Dah lah baik aku cari bilik pengetua dulu. Semasa aku jalan, aku terserempak dengan dua pengawas sekolah.

"Awak Sofia kan? Murid baru?"

"Ye, saya Sofia"

"Ok kalau macam tu ikut saya, biar saya tunjuk mana bilik pengetua"

Lalu mereka berdua pun jalan, aku tak tau pulak asrama yang aku masuk ni asrama campur? aku di belakang hanya mengikuti mereka seperti anak kucing yang tersesat. Bag yang berat membuat diriku berjalan dengan pelahan, haih berat nya diorang ni tak nak tolong aku ke? Tiba-tiba salah satu dari pengawas tersebut melihat diriku dengan bag aku yang berat ini, lalu ia berkata

"Bag nampak berat, nak saya tolong bawakkan?"

"Eh tak apa saya boleh bawak sendiri, tak payah susah-susah"

Baru nak tanya? Dari tadi tak nak tanya ish!

"Tak apa, tak menyusahkan pun"

Lalu dia pun mengambil bag yang berada di tangan ku dan mengangkat bag itu seperti mengangkat kertas, Uyo kuat jugak dia ni. Aku ada nampak name tag diorang tak silap aku yang sebelah kanan nama dia "Ucop" dan yang sebelah kiri nama dia "Naim" yang angkat bag aku tu Naim, hensem jugak diorang dua ni, Eh tak boleh-boleh aku datang sini nak belajar bukan nak mengorat orang. Sesampai sahaja di depan bilik pengetua, aku terus mengetok pintu

"Sila kan masuk"

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam, so kamu Sofia kan? Selamat datang ke sekolah asrama baru kamu"

Aku hanya mengangguk sebagai tanda ya

"Ok ni adalah kunci bilik kamu dan kamu satu kelas dengan Naim so apa-apa tanya je dia nanti Naim dengan Ucop hantar awak, so ada apa-apa soalan?"

"Ada cikgu, uhmm sekolah asrama ni campur eh?"

"Wdym? Dekat sekolah asrama ni awak seorang sahaja murid perempuan"

Wait what? Aku sorang je murid perempuan kat asrama ni? Bapak tak bagitahu pun, banyak-banyak asrama kenapa asrama lelaki?! Arghh!

"Eh ye ke cikgu?!"

"Aik? Tak kan kamu tak tahu, bapak kamu tak bagitahu ke?"

"Tak cikgu"

Pengetua hanya tergelak dan selepas beberapa minit kami bercakap aku pun keluar dari bilik pengetua, Naim dengan Ucop kelihatan sedang menunggu aku keluar dari bilik pengetua.

"Dah dapat kunci kan?"

"Dah"

"Ok, dah jom"

Naim dan Ucop pun berjalan, sekali lagi aku ikut diorang macam anak kucing. Haih apa lah nasib aku, kenapa bapak masuk kan aku dalam asrama lelaki? Aku lagi rela sekolah dekat sekolah lama aku daripada sekolah sini. Mesti nanti aku jadi mangsa bully kat sini, heh buat apa aku takut? Try ah diorang kalau berani dengan aku

Kau Milik KuOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz