Episode 10: Keindahan

126 10 5
                                    

Pukul 7:12

Aku terbangun dari tidur lena ku kerana tiba-tiba keadaan di luar sangat bising, aku cuba mengintai dari langsir dan aku ternampak hampir semua murid lelaki sedang berkumpul berdekatan dorm. Aku pun berganjak dari katil lalu pergi ke tempat tersebut, sesampai sahaja aku melihat Ariz bersama dua polis. Polis tersebut membawa nya ke kereta polis.

"Ariz kena tangkap polis?"

Bisik ku dengan perlahan, eh buat apa aku kasihan dekat dia? Memang patut dia kena tangkap, dah lah rogol anak orang. Selepas sahaja Ariz pergi bersama polis tersebut, semua pun bersurai sama juga dengan aku. Aku dengar pengetua tutup sekolah untuk satu hari, heh mesti sebab dia nak lari dari wartawan semua tu. Sesiap sahaja aku kemas barang ku, aku langsung bergegas pergi ke tempat letak kereta. Sesampai di sana aku melihat Fakhri bersama bapa nya dan tiba-tiba ibu Fakhri muncul dan terlihat ibu nya memberi bekal ke bapa Fakhri. Pergi sahaja ibu nya aku langsung mendekati Fakhri.

"Hii Fakhri"

"Eh Fia"

"Kau dah nak balik ke?"

"Haah"

"Eh ni kawan adik ke?"

"Ye papa"

"Assalamualaikum pak cik, nama saya Sofia"

"Waalaikumsalam, eh sekejap sejak bila ada murid perempuan dekat sekolah ni? Bukan ke ni sekolah asrama lelaki?"

"Uhm, tentang tu bapak yang masuk kan saya pun tak tahu yang sekolah ni asrama untuk lelaki je"

"Oh, kamu tak balik ke?"

"Balik, sekejap lagi mak bapak saya sampai"

"Nak pak cik hantar kan? Mana tahu rumah tak jauh mana, pak cik boleh hantar kan"

"Eh tak apa lah pak cik saya tak nak lah menyusah kan"

"Tak menyusah kan pun, jom lah pak cik hantar"

Aku hanya tersenyum lalu mengangguk, semasa aku ingin membuka pintu kereta tiba-tiba tangan Fakhri dengan pantas memegang pintu kereta lalu membuka kan untuk ku masuk. Dia tersenyum lalu aku pun masuk, semasa bapa Fakhri menanya alamat ku. Aku pun menjawab soalan dia tersebut, lalu dia terkejut.

"Lah kamu duduk situ jugak ke? Sama lah dengan kitorang"

"Oh, pak cik duduk sana jugak ke? Block berapa?"

Setelah beberapa menit bersembang. Sesampai di rumah aku pun berterima kasih kerana sudah menghantar aku sampai ke depan rumah.

"Terima kasih pak cik sebab dah hantar saya"

"Sama-sama"

Fakhri dan bapak nya pun masuk ke rumah nya sama juga dengan aku, mengetuk pintu rumah lalu ibu membuka pintu tersebut, ibu terkejut melihat ku sudah sampai di rumah.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

Ibu pun lalu membuka pintu dan memberi aku masuk. Masuk sahaja di dalam rumah, ibu bertanya di mana bapak. Mesti ibu ingat bapak yang jemput aku.

"Mana bapak Fia?"

Aku membuat muka tidak tahu, ibu terkejut kerana tak akan lah aku jalan kaki sampai ke rumah?

"Jadi kamu balik siapa yang hantar?"

"Jiran kita"

"Encik Ismet?"

Aku hanya mengangguk lalu ibu pun tergelak lalu ibu menelefon bapak, tapi aku pelik kenapa ibu ketawa? Apa yang lawak? Selepas sahaja ibu menelefon bapak, ibu pun lalu pergi ke dapur untuk masak lauk. Aku lalu pergi ke bilik, masuk sahaja di bilik aku langsung rebah di katil. Akhirnya sampai juga di rumah, rindu nya dengan bantal busuk aku ni. Semasa aku sedang berlena-lena, aku ternampak novel yang sudah lama tidak ku baca. Aku pun bangun dari katil lalu mengambil novel tersebut, dah lama aku tak baca. Tak silap aku novel ni bapak yang beli kan, novel ni mahal jugak dulu. Boleh kata dalam RM50 macam tu, mahal kan? Harga tak masuk akal. Tapi nak buat macam mana, harga novel memang mahal. Itu pun sebab muka surat dengan cerita nya, ya lah ingat senang ke nak buat novel ni. Nak buat novel ni kena ada idea tau, idea pun kena lah menarik perhatian orang ramai. Selepas aku membaca beberapa muka surat, tiba-tiba bapak memanggil aku dari luar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 16, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kau Milik KuWhere stories live. Discover now