Episode 8: Rahsia?

124 7 2
                                    

Pukul 7:12

*bunyi pintu di ketuk*

"Woi bangun lah!"

Kedengaran seperti suara Ayam, Ish nak tidur pun tak senang.

"Lima menit lagi!"

"Kepala bana kau lima menit! Bangun cepat!"

Haihh, aku pun bangun dari katil dan mengambil tuala lalu keluar dari dorm untuk pergi bilik mandi.

"Ha bangun pun! Ingat tak nak bangun tadi"

"Diam lah kau"

"Hi cinta!"

"Ei geli betul aku dengar"

"Kau geli ke jelous?"

Ayam yang mendengar kata-kata Fakhri lalu menjeling nya dan menolak rambut nya kebelakang. Aku tertawa kecil bersama Fakhri.

"Kau gelak-gelak, pergi mandi sekarang"

Aku pun pergi ke bilik mandi dan membasah kan diri, segar betul bila mandi. Selepas sahaja mandi aku pun cepat-cepat pergi ke dorm untuk mengganti baju, selesai dari mengganti baju aku pun lalu keluar dari dorm dan terlihat Ayam dan Fakhri telah hilang. Mana diorang pergi?

"Lambat betul kau siap"

"Biar lah"

"Dah dah lah tu, jom kita gerak pergi ke kelas"

Aku pun tanpa basa basi langsung berjalan pergi ke kelas, semasa di dalam perjalanan ke kelas aku nampak Fakhri dan Ayam sedang bercakap. Apa diorang buat kat tengah-tengah jalan ni? Aku tiba-tiba ternampak salah satu dari kawan Kahar, setahu aku dia form four. Dia terlihat sedang membuli seseorang tapi lepas sahaja dia nampak Fakhri dan Ayam dia langsung pergi dan meninggalkan budak tersebut di situ

"Gilaaa, budak Kahar dah takut dengan kau eh"

"Mamat tu bukan form four ke? Asal dia selalu lepak dengan Kahar?"

"Ah dia tu kelanai, kelab anak alumunai bila dah sekufu lepak sekali ah"

"Nama dia apa?"

"Kau kenapa kau diva sangat, dah masuk pilihan raya pun tak tau competition tu Ariz lah"

"So aku kena menifesto dengan dia lah?"

"Hmm"

Apa yang diorang cakap ni? Menifesto? Apa benda pulak tu? Rahsia apa pulak diorang tak bagitahu aku lagi ni?

"Bapak siap ada carta eh?"

"C'mon aku konon berkaliber bang, so engkau tak kan menifesto dengan Ariz sebab engkau dengan Prakash"

"Prakash.."

"Makna nya apa sayang? Makna nya Al-Fatihah"

"Korang cakap pasal apa ni?"

Aku muncul dari belakang, ayam melatah kerana terkejut melihat aku muncul begitu sahaja tanpa memberi salam atau pun hi.

"Woi, kau kalau nak muncul tu bagi lah salam ke hi ke ni main muncul macam tu je, nasib jantung aku ni kuat lagi tau"

"Hmm ye lah, by the way korang cakap pasal apa tadi? Menifesto tu apa?"

"Uhh.."

"Oh menifesto tu uhmm"

"Cakap je lah, menifesto tu apa?"

"Ha! Menifesto tu lumba makan!"

"Huh? Tak percaya aku"

"Ya betul lah, lumba makan kan Fakhri?"

"Uh, ha ye"

"Hmm ye lah tu, dah lah jom gerak gi kelas"

Kau Milik KuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora