060323

11 0 0
                                    

Kali ni aku bangun lewat, tergajah pulak hari ni. Nasib la aku masih bercuti lagi. Cuma frust la gak bangun2 dah pukul 7 tapi kat luar gelap dia cam still pukul 6. Gelap tu sebab mendung. hujan pagi. Sejuk dia huish.... Rasa nak maintain dalam selimut je.

Tapi takleh, kena bangun gak. Hari ni aku ada kelas pagi. 8:30. Cam semalam la. Dah la baju tak iron. Tak serik2 lagi ngan semalam nampaknya.

Masuk bilik air, sempat la jugak hampir berebut ngan housemate. Nak mandi an. Kalut pulak tu. Tapi aku dapat la mandi dulu first.

Lepas mandi, lah... Sabun habis. Mujur cukup2 je buat mandi pagi. Takde la aku mandi kerbau je pagi ni.

Hari ni aku tanak dah pakai dress macam semalam. Aku pakai jubah hitam je hari ni, dengan seluar sukan kat dalam. Haha cane tu. Mudah sikit untuk aku berlari dalam jubah even aku tak la berlari sangat. Cuma time aku jalan laju kengkadang terselak jugak. Better aku pakai seluar.

Aku keluar daripada rumah aku, terserempak la ngan member sorang ni tengah tunggu member dia nak naik bas sekali. Kalau nak cakap tunggu aku tu, cam membongak sangat kan. Lepas member dia dah siap, kitorang turn sekali pergi naik bas.

Bas tu asalnya dah gerak dah sebenarnya, tapi memandangkan pakcik tu bersifat abah2 tak sanggup tinggal anak2. Bas tu berhenti la amik kitorang. Sweet kan.

Basic nessesities duh.

Ok since kitorang lambat, kitorang duduk kat area tangga bas la. Terhuyung-hayang gak aku tadi nak balance diri sendiri daripada jatuh tersadung terjelepuk dalam bas. Jatuh sumpah malu. So aku tahan la even aku cuma mampu pegang handle guna 3 jari.

Ok sampai.

Aku naik la kelas aku ni. Kelas kitorang yang ni sebenarnya clash ngan subjek lain tapi since dedua belajar ngan lecturer yang sama, lecturer gabungkan je kitorang dalam satu kelas UNTUK HARI NI.

Since kitorang gabung kelas aku boleh nampak lebih ramai manusia yang berbeza. Course lain, ada senior, ada junior.. eh ada housemate aku.

Housemate aku tu pulak cam "aku salah kelas ke?", bila nampak aku dalam kelas dia. Pastu dia apa lagi. Amik gambar buat kenangan kelas sekali ngan aku. Benda rare kot. Bukan senang masuk kelas sama.

Basically lecturer aku kumpulkan kelas aku untuk dapatkan sign untuk tukar venue dan time kelas je. Tapi since alang2 kumpul sekali kan kitorang start la penerangan course outline dulu. Cuma kena fokus bebetul la kang tertukar part kelas lain sbb lecturer bagitau cam "kelas ni buat kerja secara berkumpulan, kelas yg ni secara individual sahaja". Imagine kalau yang kelas individual tu harapkan kerja kumpulan. Haruuuuu.

Ok habis dah kelas pertama untuk hari ni.

Cuma untuk kelas HR, aku contact lecturer dia takde kat kampus minggu ni. So kelas dia xde.

Yey xde kelassss

Tapi jap, aku kena dapatkan sign dia untuk manual registration.

Hmmm

So aku pun wasap dia balik. Dia cakap hantar je form untuk sign tu kat academic office tapi kena hantar hari ni.

So aku pun terus hantar lah form tu. Cuma aku baiki guna pen part confirmation slip tu sebab aku tukar section last minit, subjek clash weh. Terpaksalah.. mujur masa tu sama je

Then aku pun balik asrama, beli makanan... Makan tengah hari.. kira brunch lah. Tadi pun aku lupa nak sarapan.

Kengkadang aku rasa cam patutlah aku gemuk, ayam pun dua ketul.. konon nak cukupkan protein lah sangat. Lemak je bertambah.

Hari ni aku nak try air bandung. Selalunya aku order sirap selasih je tapi selasih xde. Semalam aku minum Milo 2 kali, habis mual2 cam org pregnant. Jadi aku nak try lain.

SK23Where stories live. Discover now