070323

5 0 0
                                    


Hari ni aku terbangun awal. Entah la aku mimpi apa tapi aku terbangun pukul 2 pagi. Dengan tingkap terbukaknya, dengan angin sejuk masuknya, dengan langsir naik lagi. Tapi since cam awal sangat kan. Better aku tido.

Aku terbangun balik. Kali ni aku bangun betul. Tapi untuk sahur. Malam ni nisfu syaaban so aku ingat nak ibadah lebih sikit.

Tapi percayalah semua ni bongak semata-mata. Aku tak yakin la aku boleh fully fokus ibadah saja sehari. Setan kalau tau plan aku nak pulun ibadah, komfem takkan bagi chance punya!

Ok diam.

Fokus luh, nak makan apa sahur hari ni eh... Apa je aku ada..

kopi?

Tanak, nanti aku double memerut dalam tandas. Pagi2 dah la memang waktu buang toksik utama dalam badan, ni nak tambah jumlah toksik lak?

no thank you.

Aku belek-belek la barang2 aku yang tak habis unpacking lagi tu. Cari apa yang boleh jadi santapan sahur. Kalau setakat sahur ngan air kosong... memang pengsan la aku jawabnya.

Dah la aku lupa nak beli kurma. Hah gaduh lagi kan... Padan muka la. Nasib baik aku ada stock biskut dan oat. Aku senarnya bukan makan sangat oat ni tapi aku makan la jugak last-last.

Selesai makan minum dan niat sahur, rasanya boleh teka dah aku buat apa pastu.

Pergi mandi? nope. Ngan sejuk2 ni tak kuasa aku.

Baca Quran? Aku pun harap aku serajin tu. Malasnya aku berpenyakit malas. Doakan la harap2 aku dapat semangat dan motivasi untuk bukak Quran balik daripada hafaz guna mulut je.

Jawapannya... aku tido.

Haah aku tido.

Dasar sampah masyarakat.

Benda boleh bangun kau tido.

Nikmat banyak tapi kau dustakan, kepala hotak dia.

Jangan salah faham, aku cuma marah ngan diri sendiri sebab tak dapat jaga diri sendiri untuk ikut time management.. :)

Asyik fail je selalu. Dah la senaman Lesserafim pun tak buat2 lagi, sejak 2 bulan lepas lagi kononnya nak buat. Tak buat2 jugak hmmm.

Since aku tido macam beruang kutub nak berhibernasi, aku bangun balik around 2 jam sebelum kelas aku start. Tapi hari ni aku tak kalut nak gosok baju dah sebab aku pakai baju jersey hari ni :)

Baju Jersey baru tho.

Ada nama universiti lagih. Terpaling teruja dah tu. Aku dah la jarang dapat opportunity camni dapat baju jersey universiti.

Ok tapi masalah baru. Aku tak jumpa seluar pulak hmmm banyak cekadak pulak. Selongkar punya selongkar jumpa la jugak seluar satu. Bagi aku seluar ni kecik sebab tak tutup buku lali tapi lantakla aku tanak pakai pencil skirt.

Nak bagi matching sikit, aku pakai sneakers. Then aku turun follow member aku naik kereta pergi kelas. Kalau ikutkan boleh je nak jalan kaki tapi sejak semalam panas dia takleh bawak bincang. Aku boleh rasa tone kulit aku jadi lebih gelap since aku lupa pakai sunscreen. Tapi more to malas actually. Sunscreen aku tu kalau boleh nak jerit suruh apply dia tapi tulah aku ni malas sikit nak jaga dan berhias diri ni. Kadang-kadang rasa macam salah course pun ada sbb coursemate aku semua segak2, lawo2 sampai aku je selekeh puih.

Patut la single, eh?

Kuat nau mengata diri dalam ni eh.

Aku mengata diri sendiri boleh, orang lain mengata aku, ofc la xleh!

Time turun tu aku lupa nak amik buku entrep. Buku entrep tu nak bagi kat junior nak guna. Kalau diikutkan aku nak mintak bayar je sebab time aku dulu kena beli. Entah la dorang nak handle proses memberi ni camne. Kang dipaksa bayar kata aku berkira.

SK23Where stories live. Discover now