090323

4 0 0
                                    

Sepatutnya lah kan, aku patut dengar alarm yang bunyi penthouse tu dulu time aku bangun sebab aku dah set untuk bangun awal pagi. Tapi alarm yang aku dengar ialah alarm "sadaqallahulazimm" lah kok gitu?

Kalau alarm tu yang berbunyi maknanya aku dah....LEWAT! OMG OTTOKE?!! 6:45 SIAL!

Tanpa lengahkan masa lagi aku terus bangkit daripada katil, lari laju ke bilik air untuk mandi. Aku tak tau la aku mandi macam mana tadi sampai aku dah tak boleh rasa dah air mandi tadi sejuk dia camne.

Selesai mandi, aku selongkar bagasi aku yang masih belum unpacking. Dah seminggu dah terbiar gitu sebab aku asalnya nak bukak awal pagi tu tapi dah terlewat kan..

Hmm hari ketiga dah camni...

Baju tu berkedut lagi... Allahu... Satu kerja pulak nak iron. SELUAR PUN KEDUT GAK HMMM PULAKKK

Kalut-kalut pun aku packing la jugak prop program supaya tak tertinggal. Ni kalau aku tertinggal even satu prop memang Naya la aku nak patah balik amik.

Bila rasa dah cukup comel, aku pun turunlah dengan kalutnya.. Dengan serba hitamnya aku turn awal. Cari member-member aku untuk naik kereta. Nak tunggu bas waktu ni memang takde la jawabnya.

Sampai ke kampus, kitorang terus pergi ke compound tapi disuruh untuk ke checkpoint jagaan masing2. Apa lagi, memang aku terus pergi ke checkpoint ngan team aku.

Untuk checkpoint aku, game aku paling jahat sekali sampai dipanggil game darkweb. Asal darkweb? Sbb memang jenis game nak kasi marah.

Anyway team aku memang supporting, best. Aku tak rasa oppressed sangat untuk jaga team aku. Kitorang just have fun je.

Since game kitorang ni spesis kejam, ada la player yang creative buat trick nak bagi menang. Diorang buat wall supaya guli kekal masuk dalam point. Huish tu group paling bijak kot aku rasa.

Habis conduct game, kitorang pergi ke compound untuk berkumpul. Lah dorang baru nak bancuh air. Tapi yang tukang buat air tu yang spesis masak selalu tak jadi hmm aku dah rasa akan ada something wrong. Bila aku approach, memang betul ada something wrong.

DORANG BUAT SIRAP TAK LETAK AIR GULA!

Pastu barulah nak cari GULA bagai alahai...Terlebih air, terlebih pati sirap...Takyah cakap dah, tengok pun tau tawar.Aku mampu tepuk dahi je tengok dorang buat air.

Habis program, kitorang amik gambar sekali. Tapi ngan batch aku jelah. Aku lupa nak ajak semua amik gambar sekali. Semua cuma amik gambar ngan batch masing2 je hmmm....

Salah aku nampaknya

Since some of us lapar tapi tanak makan cafe sebab dah muak dengan menu dia, aku ngan member aku decide nak makan kat KFC.

Kali ni aku bersyukur aku order sikit. Sebab aku order set burger cheezezzilla tu kenyang sangat dah. Padahal aku tak breakfast pun pagi tadi.

Since kitorang ni pelajar universiti yang berpendidikan, lepas kitorang makan kitorang buang sisa, bekas dan sampah semua ke tong waste dia. Meja pun kitorang lap. Nampak an beza dak2 educated?

Bila balik, memang tak cakap pape dah. Aku terjun naik katil? Nope aku amik banyak baring atas lantai. Panas wehhhh. Aku last2 baring bebetul bawah kipas sebab panas terik tu haha dia pergh... Boleh masak telo kat luar.

Kaki aku cramp belah kanan so aku last2 baring atas katil sampai tertidur. Bila aku tersedar aku perasan ada pakcik dekat pantri bilik aku.

AMENDE SIA DAH LA AURAT AKU TERDEDAH NIH.

Dah la aku cuma pakai inner ngan seluar satin je. Atas katil ni memang jauh la nak grab jubah ke tudung ke last2 aku tutup je satu badan aku ngan selimut.

Alah pakcik electrician untuk baiki plug pantry rupanya, time aku tido sexy2 la dia masuk.

Since aku rasa tak puas hati, aku try la cari something yang menggembirakan.  Pilih punya pilih, last2 aku tengok fancam.

Aku termenung gak nak tengok fancam sape. Tapi aku fokus tengok fancam Yuna. Yuna ni ikut la performance mana pun, dia tetap lawa. Visual dia tu type yang paling aku suka. Yang lain visual mengancam gak tapi setakat ni takde visual yang boleh sama ngan Yuna sebab visual Yuna buat aku tak rasa bosan even tengok lama2.

Ish lawa betul Yuna nih

Tapi tengok fancam lelama ni, rasa cam takde life sangatla pulak. Aku carilah pape citer atau show best nak tengok.

And aku jumpa show Collab between Appa Eodiga dengan TROS. Besar dah budak2 tu. Junsoo, Hoo, Sarang ngan Jaesi. Dulu padahal dorang kecik2 baby2 lagi. Tapi sekarang dah besar. Nanges aku tengok dorang. Bukan apa, rasa macam aku dah terlalu tua.

Gitulah, aku ada buat latihan coding hari ni. Cuma aku tak puas hati aku tengah stuck kat CSS. Hmmm noob lagi nampaknya aku nih. Untuk nihongo... Hiragana pun, aku ingat A dengan No je. Nobita ajar. Pff

Tu je nampaknya yang aku buat hari ni.Atleast, yang productive la. Xde la cam batu je hidup. Esok aku nak puasa dan kemas/unpacking barang.

Harap2 terjadi la dua perkara tu.

Ok nunite

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SK23Where stories live. Discover now