✦ ; 069.

186 52 81
                                    

•••••

seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan tujuh tahun itu menangis teresak-esak saat dirinya tersembam di jalan tar yang sudah pasti kasar teksturnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan tujuh tahun itu menangis teresak-esak saat dirinya tersembam di jalan tar yang sudah pasti kasar teksturnya.

esakan semakin kuat apabila orang di sekeliling tidak menghiraukannya. menyesal dia pergi ke taman seorang diri. sudahlah tanpa pengetahuan kedua orang tuanya.

kemudian satu tangan kecil menghulurkan tangannya tanda ingin menolong gadis kecil itu. huluran disambut dan kanak-kanak lelaki yang kelihatan lebih tua darinya diperhati jakun.

walaupun rupa parasanya masih seperti seorang budak biasa, haewon tidak dapat menafikan lagi ketampanan budak lelaki ini.

" kau tak apa-apa? ". ibu jari kecil itu naik singgah untuk mengelap sisa baki air mata haewon. manakala haewon terpaku dan terkejut disertakan dengan pelik budak lelaki yang dia langsung tidak kenal berbuat begitu.

" kita okay, cuma lutut kita yang tak okay ". kepala ditundukkan bagi melihat luka yang di bahagian lutut akibat tersembam tadi.

" aku tolong kau balik rumah ".

" lutut kita sakit lah awak ".

" it's okay, aku boleh papah kau ".

lengan milik haewon direhatkan ke bahu budak lelaki itu. mereka berjalan perlahan-lahan.

" mana rumah kau? ". haewon pun memberitahu rumahnya tidak jauh dari taman permainan tadi. ada juga mereka berborak sesekali.

" kenapa awak tolong kita tadi? ".

" habistu kau nak aku biar kau menangis sorang-sorang dekat situ? appa cakap, kita kena tolong orang dalam kesusahan macam kau ". kasar tetapi sedikit pun haewon tidak terasa akan itu.

baru sahaja berjumpa tetapi haewon mula merasa selesa sejak budak lelaki ini menolongnya.

" nama kita haewon ". ujar haewon setelah lama mereka berdiam diri. lambat-lambat budak lelaki itu menjawab.

" choi yeonjun ".

nama pun sudah sama segak sama seperti tuannya juga! " kita panggil awak junnie boleh? ".

yeonjun tidak pula mengangguk jauh sekali menggeleng. hanya membiarkan pertanyaan haewon tergantung sepi tanpa jawapan.

•••••

" macam manalah kamu boleh terjatuh ni, haewon-ah. buas betul anak daddy ni ".

bebel tuan shin melihat haewon yang memekakkan telinga, langsung tidak memandang wajah tuan shin. tanda merajuk.

" hae jatuh sikit je. daddy suka sangat serius macam tu. hae okay lah ".

tuan shin berlari membuka pintu saat telinga menangkap bunyi loceng yang ditekan dari luar. tersengih lebar lelaki itu.

" yeoju? kenapa nak datang tak beritahu ni? kalau tidak, bini aku dah sediakan makanan untuk kau ".

" tak apa, hajun. aku ada perkara penting nak bincang dengan kau ".

anak kecil berjantinakan lelaki itu kelihatan sedang berselindung di celah kangkangnya. dia menyangka appa-nya akan ke kedai serbaneka bagi membeli makanan.

" jadi inilah yeonjun? satu-satunya anak lelaki kau yang selalu cerita tu? ".

tersenyum lebar tuan shin melihat sikap yeonjun yang seperti malu-malu itu.

" yes, aku bawak dia sekali sebab nak dia kenal-kenal dengan haewon ". pandangan dialihkan ke anak kecil yang sedang menonton spongebob squaepants di kaca televisyen.

tuan shin kemudian menjemput tuan choi yeoju masuk ke dalam dan duduk di meja makan.

" yeowoo tak datang ke? ".

" yeowoo hyung cakap budak dia kena serang, katanya dia nak selesaikan dulu datang mungkin ".

mendengar perbualan yang seakan rancak itu, haewon memalingkan ke belakang melihat tetamu yang datang. hatinya melonjak riang, terasa mahu melompat melihat budak lelaki tadi yang menolongnya.

" eo? junnie? ".

tak sangka, dia mempunyai peluang lagi untuk jumpa penyelematnya.

tak sangka, dia mempunyai peluang lagi untuk jumpa penyelematnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••••

chapter ni panjang karena mau habis cepat (⁠・ั⁠ω⁠・ั⁠) anw, sorry late update nggak ada mood la bund (⁠ ⁠ꈨຶ⁠ ⁠˙̫̮⁠ ⁠ꈨຶ⁠ ⁠)

his drug, yeonjun.Where stories live. Discover now