| chapter 45

1.6K 169 11
                                    

"ARE you fine with the way it is now.... Aella...?"

Aella. Nama yang kini terasa begitu jauh, namun dekat dalam masa yang sama.

"...!?..."

Liviania tersentak, tersedar daripada lena. Kemudian tak lama selepas itu, kedengaran keluhan terlepas dari bibirnya yang terkatup rapat.

"............"

Apa yang di mimpinya sebentar tadi?

Dia menutup dan membuka matanya untuk menangkap sisa rasa mimpi tadi. Namun hanya perasaan sedih dan sayu sahaja yang terasa di lubuk hatinya.

Gagal mengingati mimpinya, Liviania cuba menenangkan debaran yang dirasa dengan menghembuskan nafas panjang.

Setelah tenang, baru Liviania sedar yang dia bukan lagi berada di atas kapal, namun di atas katil empuk di dalam sebuah bilik.

Matanya segera tertumpu pada langsir halus yang terdapat di sekeliling katil. Liviania kemudian duduk dan memusingkan kepalanya memerhatikan keadaan sekeliling dengan lebih teliti.

Ruangan tersebut menempatkan lebih daripada beberapa perabot. Beberapa rak buku di belakang set sofa dengan meja teh terletak di tengahnya. Berhadapan katil saiz king yang didudukinya, terdapat tingkap besar yang memanjang dari lantai sehingga ke siling.

Dia melihat sekali lagi sebelum menyedari bahawa ianya bukan tingkap melainkan sebuah pintu.

Kemudian, satu suara yang penuh dengan kebimbangan datang dari pintu tersebut.

"Master!?"

Tanpa bersuara, Liviania hanya memberikan senyuman kecil sebelum mengangguk ke arah dua ekor wolve tersebut.

Melihat itu, Jaen segera berlari mendekati sisi katilnya diikuti dengan Jay dibelakang.

"Berapa hari dah berlalu?"

"Dua hari, Master. Sekarang kita berada di sebuah penginapan di salah sebuah kota di Empire Asterin." Jawab Jay tenang, seperti biasa.

Liviania angguk faham seraya memusingkan bahunya dan meregang-regangkan ototnya yang terasa agak ngilu.

"Hmm, ia lebih kuat dari yang dijangkakan."

".........."

"Maksud kau?" Sampuk satu suara comel, yang kini sudah memasuki ruangan tersebut.

Liviania berpaling dan memandang Anorua yang terbang mendekatinya dan terus duduk di atas ribanya.

".........."

"Rantai yang dibuat oleh ras demon." Balas Liviania.

Dia mengusap lembut Anorua yang seperti biasa, berwajah serius.

"..........."

"Jellyfi- Buffy... dia tak dapat lepaskan diri dari rantai tu selama 10 tahun walaupun dia salah satu daripada puak terkuat Human-Beast." Sambung Liviania.

Mendengar itu, Anorua mengangguk faham.

"Jadi, apa rancangan kau seterusnya?" Soal dragon putih tersebut.

Sejurus itu, kesemua pasang mata disitu memandang Liviania.

".........."

Bahasa yang digunakan oleh Anorua kedengaran kasar, berbeza sungguh dengan penampilannya yang comel, fikir Liviania sejenak.

Namun tanpa pengetahuannya, hanya dia dan wolvenya sahaja yang menganggap Anorua 'comel'.

"Master...?"

Unreachable PrincessWhere stories live. Discover now