14

542 35 13
                                    


"Nayla..  papa pernah ajar kan.. rasuah itu berdosa Dan boleh kena hukuman penjara.. Nayla nak masuk penjara ke?"Kedua belah tangan disilang ke dada.

Diam terus Haedar Dan Nayla bila Zafril muncul dihadapan mereka.Mata Zafril hanya fokus melihat Haedar yang kelihatan takut.

"Apa ya niat kau masuk dalam rumah ni.. aku tak cukup bodoh lagi nak dimainkan dengan permainan murah korang berdua.."Kata Zafril.

"Apa maksud abang ni?"

"Tch.. dah la, Tengku Haedar Raeef.. aku pelik lah dengan kau ni,kenapa bekas aku juga yang kau nak ha? Takde perempuan lain ke yang kau nak? Dalam dunia ni ada seorang je wanita ha?"

Haedar berdecit kecil.Tapi hati puas bila dapat tahu Zafril tahu semuanya.

"Isteri orang ke apa ke aku tak kesah la.. janji aku dapat perempuan cantik baik macam Lia tu, kau ni beruntung tau sebab dapat perempuan macam Lia tu tapi sayang.. kau tak pandai jaga"Kata Haedar.

Makin menengang wajah Zafril menahan geram.Kalau tak ada Nayla yang sedang menonton TV di hadapan mereka.Sudan lama dia berlawan tumbuk dengan Haedar.

"Tak apa.. kesian sebenarnya dekat kau ni, nak sangat kan bekas aku? Tapi satu je lah aku nak cakap, aku sebagai suami.. takkan pastikan Dahlia jatuh atas tangan kau macamtu saja.."renungan tajam dari Zafril.Dari anak mata saja dia sudah yakinkan diri dihadapan Haedar.

"Ouhh ye? We will see.. siapa dapat dia dapatlah.."Haedar senyum.

"Nayla! Masuk tidur! Tutup tv tu!"Arah Zafril pada Nayla.

Dia menjeling sekilas Haedar kemudian mendungkung tubuh kecil Nayla.

*

"Dah siap?"

Terkejut Dahlia yang baru selesai membersihkan diri.Tadi dia mandi tak ada pula Zafril dalam bilik.Ni tiba-tiba sahaja ada.Mana tak terkejut.

"Err sejak bila abang masuk?"

"Hey.. ni kan bilik abang.."

Mata Zafril melilau melihat Dahlia yang hanya bertuala menutup badan Dan juga rambut yang basah.Air liur diteguk.Sesuai dengan rencana.

Dahlia berjalan masuk ke bilik pakaian namun tangannya tiba-tiba direntap kasar oleh Zafril.

"Auu! Abang sakit lah.."Adu Dahlia.

"Ouu sorry-sorry.."

"Lepaslah.. Lia nak pakai baju,nak bagi Nayla tidur.."Kata Dahlia melepaskan pegangan Zafril namun dia gagal.

"Mia dah tidurkan Nayla.."

"Okay takpe,abang lepaslah.. Lia nak pakai baju.."

Tangan Zafril naik menanggalkan tuala yang melikit di atas kepala Dahlia.Jatuh terjurai rambut Dahlia yang masih basah.Senyumannya terukir.

"Wanginya isteri abang.."Zafril mainkan rambut panjang Dahlia.Mahu mengambil hati isterinya dahulu.

"Abang.. Lia nak pakai baju"Seakan faham apa yang dilakukan,tangan Zafril ditepis kuat dan dia berlari masuk ke bilik pakaian.

Tapi gagal.Zafril mengejarnya Dan memeluk dari berlakang.

"Abang apa ni! Abang janganlah.. lepas lah!"

"Kenapa pula? Salah ke abang nak peluk isteri abang sendiri?"

"Abang.. Rumah kita ada tetamu, tolonglah jangan buat hal.."

"Eh apanya? Biarlah dekat tetamu tu,siapa suruh dia tumpang rumah orang yang berpasangan,kena hadaplah.. tapi kalau dia dengar pun.."

"Abang! Lepaskan Lia.. "

Zafril ketawa.Tubuh Dahlia digendong dan diletakkan di atas katil.

"Abang.."

Kemesraan mereka didengar Haedar yang berdiri tegak dihadapan pintu bilik mereka.Geram!

Tangan mengepal penumpuk.

'kau ingat..  aku akan kalah? Aku akan dapatkan Dahlia..Aku cintakan dia Dan aku akan pastikan dia akan jadi milik aku Zafril Ilyan..'

"Daddy buat apa dekat luar ni?"

Tersentak Haedar.Dia melihat Nayla berdiri disebelahnya.

"Eh sayang.. buat apa dekat sini?"

"Sepatutnya Nayla yang Tanya apa daddy buat depan bilik mama papa ni?"Soal Nayla.

"Haa? Tak Daddy sebenarnya.."

"ouhh ni mesti daddy pelik kan suara apa tu? Mama sejuk je tu, sebabtu bunyi macamtu.. papa ada bagitahu mama tak tahan sejuk.. apalah daddy ni"

Haedar pandang Nayla terkejut.Budak ni memang dah terbiasa ke? Ini kalau dah besar takdenya dia nak percaya tu bunyi orang kesejukkan.

"Err ye lah kut, daddy kalau sejuk pun bunyi macamtu.."Kata Haedar.Sokong saja apa yang dikatakan Zafril a.k.a musuhnya.Budak kecil lagi kan.

"Ermm Nayla tak tidur lagi ke?"Soal Haedar.

"Belum.. ingat nak isi perut dengan biskut sikit, lapar la pula.."katanya.

Haedar ketawa kemudian mengusap kepala gadis itu.

"Daddy ada snack dalam bilik Nayla nak tak?"

"Ermm nak! Nak!"

"Kalau macamtu,boleh tak Nayla bawa daddy pergi office papa?msebab daddy nak tengok mana office papa dalam rumah ni, dah la rumah ni besar.."

*

Dahlia siap menghidang sarapan pagi dimeja makan.Dia mendengar ada orang berjalan mendekatinya.Ingatka Zafril rupanya Haedar.

"Awak pergi kerja ke harini?"Tanya Dahlia yang sudah pasti line clear mahu berbual mesra dengan lelaki itu.

Haedar Diam.Dia terus duduk menikmati sarapan pagi yang dimasak Dahlia mungkin.

"Awak saya Tanya ni..."Dahlia duduk dihadapan Haedar.

"Ya lah.. kerja saya banyak lagi dekat pejabat tu,kenapa?"

"Awak macam marah saya je? Saya ada buat Salah ke?"Soal Dahlia dengan mata kesiannya.

Haedar keluh.

Tangan Dahlia disentuh.

"Saya kecewa.. tapi saya tak kesah, saya yakin one day you will be mine too"Haedar tersenyum.Begitu juga Dahlia.

"Mama!!"Panggilan sikecil itu buatkan tangan mereka berdua kembali asal.

Dahlia meneguk air liur kasar bila melihat Zafril turun bersama pakaian kerja yang kemas.

"Sayang.. abang ada outstation harini sorry sebab tak dapat breakfast bersama.. and thank you untuk semalam"Zafril mengucup bibir Dahlia.Sengaja dia lakukan mesra itu didepan Haedar.

"Abang pergi outstation lama ke?"Tanya Dahlia.

"Maybe 3 hari.. jangan risau abang dah suruh Mak Kiah dan juga Mia tinggal dekat sini.. sayang jaga diri okay.. and you too my daughter jangan nakal-nakal dengar cakap mama Dan Cik Mia.."Pesan Zafril.Dikucup juga kedua belah pipi anaknya itu.

"Abang pergi kerja dulu.."

Zafril menghulurkan tangan untuk Dahlia Salam.Dia sempat menghadiahkan senyuman palsu pada Haedar sebelum keluar dari rumah.

"You see it? Kita ada banyak masa bersama harini"Dahlia Cuba memujuk Haedar.

Haedar tersenyum.Dia bangkit kemudian mendepakan tangan.Tak melepaskan peluang, Dahlia memeluk tubuh Haedar erat.

"I love you sayang.."ucap Haedar.

"I love--"

"Saya cuma nak cakap.. yang saya sangat bencikan awak Dahlia.."

Keduanya beralih memandang Zafril yang berdiri tegak menyaksikan mereka berdua.Dahlia melepaskan pelukkan.

"Abang.."


Bersambung...

Jangan lupa vote dan komen



BERIKAN AKU CINTA 2Onde as histórias ganham vida. Descobre agora