21

720 45 10
                                    

"mama.. papa mana? Nayla rindu papa.."

"Papa datang kejap lagi.. mama ada masakkan Nayla bubur,makan sikit ya sayang?"

Dahlia menyiapkan Nayla dengan bubur yang dibawanya Dari rumah.Tersenyum,bahkan terucap kesyukuran dengan kesihatan Nayla yang semakin membaik.

"Mama.. Nayla nak jumpa papa.. Nayla rindu papa.."

"Iya.. kejap lagi papa datang,Nayla kena makan dulu kalau tak nanti papa marah.."

"Kenapa hidung mama berbalut.. muka mama lebam.. mama okay?"

Dahlia Diam.Tapi dia hanya tersenyum palsu.

"Mama okay sayang,mama jatuh sikit je.. tapi mama kan kuat"Kata Dahlia.Wajah Nayla yang persis Zafril dipandang dalam.

Memang tak ada beza.Muka dia copy Zafril betul.Fikiran sudah jauh bila teringat dengan kejadian sekarang.Entah apa akan jadi diantara rumah tangga mereka.

"Mama nak minta maaf sayang.. mama janji,lepasni.. mama tak akan abaikan Nayla,mama akan jaga Nayla hingga hujung hayat mama.. Nayla lah jantung mama.. mama menyesal sangat-sangat"Tubuh Nayla didakap.

"Mama.. mama tak salah.. mama jangan nangis.."

"Nayla janji ya,Nayla kena sihat demi mama?"

Nayla tersenyum kemudian mengangkat tangannya ala-ala kapten.

"Baik mama! Nayla kena kuat sebab Nayla nak jaga adik Nayla nanti"

"Hahahah good girl lah kakak Nayla ni,sambung makan"Dahlia menyambung suap Nayla.

Disebalik itu,ada telingan yang dipasang mendengar perbualan mereka.Pintu kini terbuka luas.Zafril berdehem sekilas buatkan keduanya memandang.

"Papa!!"

Teruja Nayla.Tak mahu gadis itu meloncat kerana Masih banyak wayar yang menganggu pergerakkan.Zafril mendapatkan Nayla lalu memeluk tubuh kecil yang dia rindu itu.

"Ya Allah rindunya anak papa.."

"Nayla rindu papa juga,Nayla cari papa.. kenapa papa pergi kerja lama sangat... Papa tak sayang Nayla dah ke?"

Zafril gelengkan kepala.Taktahu nak jawab apa.Sebak juga bila Nayla berkata begitu.Dimana dirinya waktu Nayla perlukan.

"Maafkan papa.. papa janji, papa akan jaga Nayla.. Papa takkan tinggalkan Nayla lagi.."

Dahlia ikut tersenyum walaupun dia tahu di situasi ini dia tidak diperlukan.Melihat cara Zafril pun sekolah menghalau dirinya keluar dari wad Nayla.

Apa-apa pun dia yang perlu berusaha untuk selesaikan semuanya kerana dia yang menjadi punca.

"Papa tahu Nayla nak jadi kakak? Dalam perut mama ada baby.."teruja gadis itu menceritakan.

"Iya? Nayla seronok?"

"Seronok papa seronok tak?"

Zafril hanya ketawa.Tapi senyuman Dahlia terus pudar.Dia yakin,Zafril tak akan menerimanya dan masih dengan fikiran yang sama.

"Mestilah papa seronok.. sebab dia nak dapat anak lagi kan tok mama?"Kamal masuk bersama Amina.

"Iya bang.. ni kamu berdua dah makan ke belum?"

Soal Amina.Keduanya menggelengkan kepala.

"Haaa bagus.. mama bawa masak lemak Ayam dengan sup sayur,bukan apa buat sup sayur ni Nayla pun boleh makan tak payah susah-susah balik rumah masak.."Kata Amina meletakkan bekal Dan dengan sengaja dia membuka penutup dihadapan Zafril.

BERIKAN AKU CINTA 2Where stories live. Discover now