Chap 3 [Kedai Manisan Misteri]

129 10 0
                                    

_____________________________________________________

==========================

INFO:-"deep voice"
'read mind'
"normal voice"
whisper
==========================
______________________________________________________


Ali menghela nafas kesal. Kini dia berada di bumbung sekolah untuk meluangkan masa rehat nya atau boleh dikatakan misi bersembunyi dari para peminatnya.. kalau itu boleh disebut peminat... Tidak disangka kemunculannya dalam masa tiga hari ini memberi impak yang besar.

Beberapa hari ini, Ali menyedari pandangan² dan bisikan² pelajar di sekeliling nya terhadap nya. Pada awalnya dia bersikap acuh sahaja. Kemudian, lokernya tiba-tiba sahaja menyimpan banyak hadiah mahupun surat misteri tanpa nama. Bukan itu sahaja, sewaktu di dalam kelas juga, rakan-rakan kelasnya bersikap aneh padanya. Dan penghujung nya adalah hari ini.

Sewaktu dia memasuki gerbang sekolah, sekumpulan pelajar perempuan senior mendekati nya sambil menahan jeritan. Meminta pelbagai perkara aneh dan memberikan sesuatu padanya. Tidak mahu mengecewakan, dia menerima sahaja dengan senyuman kecil. Tetapi tindakan nya silap. Hampir satu sekolah menjerit tanpa ditahan apabila dia tersenyum. Dan mulalah berlakunya aksi melarikan diri daripada zombie gila.

Sejujurnya Ali tidaklah membenci perhatian yang diterimanya di sini. Sepanjang di Denmark mahupun Cyberaya, dia tidak pernah rasa menjadi terkenal. Di Dermark dia selalu lihat rakan-rakannya mendapat macam-macam hadiah dari perminat terutama sewaktu Valentine manakala dia tidak dapat merasa walau satu pun. Okey, dia memang ambik online learning.. tapi tak bermaksud dia tidak bergaul langsung. Apabila dia berada di sini, dia barulah tahu apa perasaan rakan-rakannya di Dermark. 'Tapi aku tak pernah pun nampak Shoun atau Zen kena kejar macam aku'bisik hati Ali hairan. Jangan tanya sape Shoun atau Zen. Nanti makin panjang flashback dia karang.

Sedang Ali melayan perasaan, telinganya mendengar sesuatu dari balik pintu menghala ke bumbung. Memilih untuk mengabaikannya namun topik yang dibualkan tanpa sengaja menarik minat Ali. 

=============

SECRET AGENT
by; lyan.rish

=============

"Kau ada dengar tak.. Kes budak hilang. Polis ada kata masuk minggu ni saja.. dah 4 kanak-kanak bawah 10 tahun hilang."

"Ye ke.. Jepun dah tak selamat. Aku kena pesan kat otouto aku jangan keluar rumah sorang-sorang lepas ni"

"Kau tak yah risau lah.. kebanyakkan budak yang hilang budak perempuan" suara lain yang lebih lantang menyahut perbualan kedua rakannya. Ali tersenyum kecil mendengar keyakinan lelaki itu.

"Perempuan? Apa si penculik tu nak buat ngan diorang"

"Kau tanya aku macam aku tahu isi kepala si penculik tu pula. Lagipun kita polis tak yakin lagi tu kes culik atau bukan.. sebab polis masih tak jumpa bukti apa-apa"si pembuka cerita menyahut kali ini. Ali hampir tergelak mendengar cara mereka berbual. Dan kenapa mereka berborak di depan pintu menghala bumbung dan bukannya terus keluar/masuk ?

"Apa maksud kau? Kau nak kata ni kes hantu?"

"Kau pernah dengar kedai manisan seberang jalan sunyi tu?" Tanpa sedar alis Ali terangkat. Okey, cerita ni makin menarik.

Lama keadaan sunyi, budak lelaki itu menyambung "Aku dengar pemilik kedai tu mati. Dulu dia suka budak.. tapi sebab wajahnya yang menakutkan, takde budak berani masuk kedai dia. Bukan tu je.. ada budak nakal yang berani masuk hanya untuk hancurkan manisan kat situ dan buat kacau. Akhirnya nenek tu mati dengan dendam"

🅂🄴🄲🅁🄴🅃 🄰🄶🄴🄽🅃 [[ᴮᵒᵇᵒⁱᵇᵒʸ/ᴱʲᵉⁿ ᴬˡⁱ/ᴰᵉᵗᵉᶜᵗⁱᵛᵉ ᶜᵒⁿᵃⁿ]] (DISCONTINUED)Where stories live. Discover now