RIUH-RENDAH kedengaran suara Kathirah sedang bersembang bersama jiran jiran yang terdekat dari rumah Adelyn itu
"Kamu ni nayra, bila nak kahwin? umur kamu tu dah berapa takut nanti jadi perawan tua pula" Sinis kedengaran suara Kathirah menegur Anayra yang ralit bermain telefon sambil duduk di sofa yang agak jauh dari Kathirah dan tetamu lain nya
"Aik makcik, kenapa makcik nak takut. Bukan makcik yang jadi perawan tua saya yang jadi" bidas Anayra lalu menjeling Kathirah yang memandang nya sinis
Kathirah mengetap kan rahang nya dan menatap tajam pada Anayra
"Umur kamu tu dah nak dekat 30, makcik ni cuma risau kan kamu je"
"Tak perlu risau makcik, saya sibuk dengan kerjaya saya sebab saya tak nak berharap dengan suami saya nanti lagipun saya ada calon dah hari tu tapi tak tahu perempuan gatal mana yang kebas calon saya tu" perli Anayra. Sinis sahaja kedengaran suara anayra
Kiara yang merasa tersindir itu mengepalkan tangan nya. Ingin sahaja dia menampar Anayra namun niat nya ditahan kerana ingin menjaga imej di hadapan tetamu yang berada di rumah itu
Anayra yang melihat kiara mengepalkan tangan dan menatap nya tajam itu anayra membuat raut muka mengejek tanpa sesiapa pun sedari
"Kamu ni nayra, mungkin tu jodoh dia orang takkan lah kamu nak halang kehendak Allah kan" kata Kathirah, emosi ditahan dan bibir dipaksa untuk senyum
"Sebab tu la saya tak halang dia orang, saya siap menghindar lagi tapi lelaki tu miang sangat nak dekat dekat dengan saya makcik. Mungkin sebab calon tunang dia tu tak berapa sangat kut" Raut wajah dibuat tidak bersalah namun dalam diam Anayra mengukir senyuman sinis
Tersentap kathirah mendengar itu dan tetamu yang berada di situ berbisik bisik seakan akan tahu keadaan yang berlaku
Kiara segera berlalu pergi dari situ bersama Kathirah dengan
wajah yang sedikit menunduk kerana malu"Suka sangat kan, hadam tu" tutur hati Anayra memandang sinis kepergian Kathirah dan Kiara
Merasa diri nya di tatap oleh seseorang anayra segera menoleh ke arah tersebut dan tekaan nya benar. Aarion, jejaka itu sedang menatap nya sambil bersandar di tiang rumah yang berdekatan dengan tangga rumah agam itu, senyuman sinis diukir oleh Aarion dan kemudian jejaka itu berlalu pergi
Tertanya tanya anayra apabila melihat jejaka itu mengukir senyuman sinis pada nya namun pikiran itu di tepis dengan segera. Yang terpenting sekarang dia menang dalam debat kali ini
"Nasib mommy tak ada kat sini, kalau tak mati aku kena marah sebab melawan" tutur hati Anayra lalu memandang telefon bimbit nya kembali
Gelakkan anayra bersama dengan hannah dan luth yang berpanggilan video itu terhenti apabila pintu biliknya diketuk seseorang
Dengan segera anayra meminta izin dari luth dan hannah untuk menamatkan panggilan video itu. Sebaik sahaja menamatkan panggilan video itu Anayra segera berjalan menuju ke pintu biliknya dan membuka pintu itu
YOU ARE READING
HIS MIA LUCE | OG
Romance1𝐬𝐭 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 (𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐌𝐢𝐚 𝐥𝐮𝐜𝐞) 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐎𝐍 𝐃𝐈𝐄𝐆𝐎 | Jejaka berkacukan Itali yang mempunyai segalanya dari segi rupa mahu pun harta yang mampu memikat mana mana gadis namun sifat baran dan dingin nya yang membuat semua ga...