"THANKS Aari, sebab tumpangkan i" Anayra tundukkan kepala nya sedikit berterima kasih kepada Aarion
"Hm"
Keadaan yang janggal itu menghadirkan rasa kekok diantara Anayra dan Aarion segera Anayra membuka langkah masuk ke dalam bangunan Apartment nya
"Lain kali jangan balik malam sangat, sekitar hospital tu bukan selamat sangat"
Terhenti langkah Anayra apabila mendengar peringatan Aarion itu
"Kite bukan sengaja pun nak balik lambat" gumam Anayra sambil memainkan jari runcing nya
"Safety first, mia luce"
Suara Aarion yang lembut itu terus membuat wajah Anayra membahang, cepat cepat Anayra pergi dari sana dan memasuki bangunan tersebut
Pintu apartment itu dibuka menggunakan kad lalu pintu itu segera Anayra tutup
Telefon yang berada di beg Chloe, large woody tote itu dicapai kerana mendengar bunyi pemberitahuan dari aplikasi WhatsApp Anayra
"Jangan tidur lewat sangat, aku risaukan kau bukan sebab lain tapi sebab aunty ivy, mommy kau"
Perasaan yang berbunga tadi terus bertukar menjadi kesal, Anayra menjeling mesej dari Aarion itu lalu kaki Anayra yang masih memakai sepatu hak tinggi itu di hentak
"Aku tak suruh pun kau risaukan aku, ihh geram nya" Tangan Anayra itu dibayangkan seperti memegang geram kepala Aarion
Sepatu hak tinggi miliknya dibuka lalu diletakkan pada rak kasut dengan perasaan kesal Anayra berjalan menuju ke bilik nya
Sesampai sahaja di bilik nya beg di tangan Anayra campak pada katil nya lalu diri dihempaskan pada katil
"Tak ada pun aku hamak nak kau jaga aku, ihh geram nya aku dengan jantan ni" ujar Anayra geram perkataan Aarion berlegar legar di kepala nya
Pandangan nya beralih pada pintu kaca balkoni yang belum tertutup dan angin menerpa pada langsir putih coklat itu
Segera Anayra bangun dari baringnya dan menuju ke balkoni, angin yang sepoi itu membuat Anayra sedikit merasa tenang lalu bulan sabit itu
Perasaan kesal bertukar tenang apabila dapat melihat bulan yang indah. Tanpa Anayra sedari seseorang melihat nya dari kejauhan
Kerana terlalu leka akan merenungi bulan itu Anayra tidak sedar jika jam sudah menunjukkan 12 malam. Deringan telefon membuat Anayra tersedar cepat cepat langkah nya mengatur untuk mencapai telefon bimbitnya
"Jangan tidur lewat Medina, you have asthma remember that"
Suara serak basah itu menegur Anayra. Aarion. Bagaimana dia tahu? langkah Anayra menuju kembali ke balkoni lalu Anayra menunduk ke bawah dan Aarion menatap nya tepat di mata
Jantung nya berombak kencang dan wajah membahang. Adakah jejaka itu sudah menunggu nya selama satu jam?
"Non voglio che ti ammali, per favore vai a dormire, mia luce"
Semakin laju jantung Anayra berdegup lalu panggilan itu Anayra tamatkan, walaupun Anayra tidak tahu maksud apa yang dicakap jejaka itu namun suara nya yang lembut itu yang membuat Anayra tidak tentu arah. Adakah dia jatuh cinta?
"Don't fall for him Anayra! don't" ujar Anayra perlahan mencuba untuk melupakan Aarion namun gagal, nama, suara dan wajah Aarion berlegar dalam otak nya
Dengan wajah membahang dan jantung berdegup kencang Anayra menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri agar dirinya boleh tidur dalam keadaan selesa dan tenang
YOU ARE READING
HIS MIA LUCE | OG
Romance1𝐬𝐭 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 (𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐌𝐢𝐚 𝐥𝐮𝐜𝐞) 𝐀𝐀𝐑𝐈𝐎𝐍 𝐃𝐈𝐄𝐆𝐎 | Jejaka berkacukan Itali yang mempunyai segalanya dari segi rupa mahu pun harta yang mampu memikat mana mana gadis namun sifat baran dan dingin nya yang membuat semua ga...