Bab 23

297 23 0
                                    

HARI-HARI dilalui oleh Anayra seperti biasa tanpa Aarion.

Jam ditangan nya ditilik lalu beg sandang yang berada di meja kecil sebelah nya itu dicapai dan Anayra membuka langkah untuk kelur dari pejabat nya itu

"Mi hermosa" panggil seseorang apabila Anayra mengangkat muka nya dari menunduk

Anayra melambaikan tangan nya berserta senyuman diukir buat orang itu. Luth.

Luth dan Hannah sahaja yang menemani hari hari nya

"Jum lunch sama sama, kali ni i belanja" ajak Luth dengan senyuman lebar nya

"Mood you baik betul hari ni eh" Anayra tersenyum lebar apabila mendengar Luth akan membelanja nya. Boleh la jimat sikit duit dia

"I kalau boleh belanja you setiap hari tau, mana ada hari ni je" Wajah Luth sedikit cemberut, betul apa kalau boleh setiap hari dia belanja Anayra dan satu ekor lagi. Hannah

Tertawa kecil Anayra melihat wajah cemberut Luth lalu mereka berdua jalan beriringan menuju ke lif untuk ke lobi

Sesampai nya di lobi terlihat lah kelibat Hannah yang sedang bercakap dengan seseorang di luar hospital

Wajah Hannah pun seperti tidak suka berada di keadaan itu. Pantas Luth dan Anayra menuju ke perkarangan hospital itu

"Aku bukan nya dokter untuk cek demam, kau masuk la pergi dalam cari dokter lain" Kasar suara Hannah dihadapan seseorang itu

"Alah i minta tolong sekejap je pun cek i, i tak biasa la dengan dokter lain" rengek seseorang itu bertindak ingin memegang lengan Hannah namun pantas aku menepis tangan nya itu

"Don't touch my girl bastard" Mata ku mencerlung tajam pada seseorang itu

"Kau nak apa lagi Razli?" Kasar suara Anayra menyoal Razli

Razli. Sudah tentu Anayra mengenali lelaki jahanam ini yang pernah menyukai Hannah mungkin sehingga kini, memaksa Hannah untuk menerima nya sebagai kekasih tetapi Hannah menolak dan Razli hampir memukul Hannah kerana menolak nya itu

Untung ada Anayra bersama yang lain. Razli pun digantung sekolah kerana ingin memukul Hannah serta menggunakan perkataan yang kasar dan ugutan pada Hannah

"Oh masih sama sama lagi eh kau kawan dengan Isha ni"

Wajah nya memandang sinis pada Anayra dan Anayra memutarkan bola mata nya. Menyampah.

"Kau demam kan? pergi la cek kat dalam nanti takut termati kat sini" Sinis kedengaran suara Anayra dan Luth menyokong suka

Dia juga tidak menyukai Razli apatah lagi apabila mengingat kejadian yang berlaku pada zaman sekolah menengah itu

"Aku nak Isha, kau jangan sibuk"

"Kau yang sibuk la jantan, dia kawan aku suka aku la lagipun kau tanya dia la. Dia nak dengan aku atau kau" Meninggi suara Anayra geram dengan perangai Razli

Razli mengenggam tangan nya membentuk pengepal dan mencerlung tajam pada Anayra

"Kau pergi la Razli jangan kacau aku, semak kau tau tak" ujar Hannah kasar dan lalu memaut lengan Anayra itu

"Kau tunggu perempuan" Jari ditundingkan bersama wajah bengis nya lalu Razli berlalu pergi bersama amarah di dada

"Ye la aku tunggu, jantan" Sengaja Anayra memanas manaskan Razli yang sudah berlalu pergi itu. Puas hati dia

Hannah hanya mengelengkan kepala nya dan lalu menghembus nafas dengan kasar. Tipu la kalau dia tak takut Razli mengapa apa kan nya, sudah tentu dia takut kejadian itu berulang kembali tambahan lagi sekarang mereka bukan lagi pada zaman persekolahan melainkan zaman dewasa

HIS MIA LUCE | OGWhere stories live. Discover now