BAB 57

4K 227 22
                                    

"Assalamualaikum, ayah."

"Waalaikumusalam"

Aiman menyalami tangan Dato Syukri dengan penuh hormat diikuti Ain di belakang. Aliya pula ketawa girang apabila datuknya itu mencium-cium pipi gebunya. Si kecil itu sudah berada di dakapan Dato' Syukri. Aiman dan Ain hanya tersenyum melihat mereka. Walaupun hubungan Aiman dan Dato' Syukri sudah semakin renggang sejak kes bersama Rosalina tempoh hari, namun Aiman tidak pernah lupa untuk menjenguk ayahnya itu.

Dan kebetulan, minggu ini Edrian meminta Aiman dan Ain balik ke rumah Dato Syukri. Aiman tidak tahu mengapa namun dari nada suara Edrian, kedengaran seperti ada perkara serius yang mahu dia beritahu. Ada sesuatu yang buruk berlaku ke?

"Oh, semua kat sini hari ni."

Mereka semua menoleh apabila kedengaran suara Nurul dari belakang. Kelihatan wanita itu tersenyum manis memandang mereka semua. Selepas sesi bersalaman dan bertanya khabar, masing2 duduk di sofa.

"Tak sangka Aiman dengan Ain balik jugak minggu ni."

Aiman dan Ain saling berpandangan kemudian Aiman membuka mulut. "Sebenarnya Edrian yang suruh kitorang balik minggu ni. Kitorang pun balik la walaupun baru je balik beberapa hari lepas."

Nurul terkejut mendengar penjelasan Aiman. "Eh? Dia suruh korang balik?"

Ain mengangguk. "Haah. Kenapa kak?"

Nurul berkerut kening. "Dia jugak yang suruh akak balik minggu ni."

Mereka semua yang berada di bilik itu kelihatan terkejut. Rupa-rupanya mereka balik ke rumah Dato Syukri pada minggu ini bersama bukan secara kebetulan. Tapi mengapa Edrian mahu mereka semua balik?

"Hai, ayah...eh?"

Mereka semua memandang ke muka pintu. Kelihatan Eva sedang berdiri di situ sambil pelik melihat semua orang di situ. Dia tiba2 terasa janggal. Mereka semua sedang kaku memandang ke arahnya. Ah dah kenapa pulak? Aku ada buat salah ke kali ni? Ahh sheet.

"Ke-kenapa semua kat sini?"

"Eva." Panggil Nurul.

Eva tersentak. "Ya—ya ada apa?"

"Jangan cakap...Edrian suruh kamu balik jugak kat sini hari ni?"

Eva terus berkerut kening mendengar soalan Nurul.

"Mana you tau?"

Mereka semua mula memandang satu sama lain dengan wajah terkejut dan keliru.

*     *     *

Rosalina duduk di hadapan meja soleknya sambil menyikat rambutnya yang panjang. Wajahnya tiada riak dan kelihatan seperti dia sedang mengelamun. Sesekali dia bersenandung melodi yang halus dan lembut.

Tiba2, kedengaran pintu biliknya diketuk. Rosalina menghiraukan ketukan itu. Namun, kedengaran lagi pintu diketuk beberapa kali. Rosalina menoleh memandang ke arah pintu. Dia bersuara. "Come in."

Pintu dibuka perlahan-lahan. Rosalina tersenyum lebar apabila wajah Edrian muncul di hadapannya. Lelaki itu sedang tersenyum manis memandang Rosalina. Wanita itu terus berlari ke arah Edrian lalu anak lelaki sulungnya itu dipeluk erat seolah tiada apa2 terjadi.

Edrian pula hanya membiarkan mamanya itu memeluknya. Namun, wajahnya tiada riak. Dan dia tidak membalas pelukan itu. Edrian hanya memandang kosong ke hadapan. Kemudian, Rosalina melepaskan pelukannya lalu dia menatap Edrian. Pipi anaknya itu diusap lembut. Entah kenapa dia sangat rindukan Edrian.

"Edrian? Are you here to see mama?"

Edrian hanya memandang kosong ke dalam mata Rosalina. Kemudian, dia tersenyum sedikit. "Yes."

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now