BAB 58

3.5K 207 3
                                    

Edrian duduk di luar wad kecemasan dengan wajah lesu. Beberapa kali dia meramas rambutnya. Mata Edrian juga sudah merah dek kerana menangis dan tidak tidur seharian. Dia merasakan hospital sudah menjadi rumah keduanya. Beberapa kali Edrian perlu menghadap tempat ini. Tempat ini sudah menjadi mimpi buruk Edrian.

"How's her condition?"

Edrian menoleh apabila kedengaran suara Aiman di sisinya. Lelaki itu menghulurkan sebuah air tin kepada Edrian. Edrian hanya mampu mencapai tin minuman itu dengan lemah sambil menggeleng perlahan.

"I don't know. Doktor tak keluar lagi."

Aiman mengeluh melihat keadaan Edrian yang sayu itu. Hanya Aiman, Edrian dan Eva yang ikut ke hospital untuk menghantar Rosalina. Dato Syukri tidak langsung mahu menjenguk Rosalina. Nurul dan Ain pula menemani ayahnya itu. Aiman ikut kerana dia kasihan melihat Edrian terpaksa menghadapi ujian2 berat ini secara berterusan. Mula2 Erina, sekarang Rosalina pula. Semuanya Edrian tanggung seorang diri. Tambahan pula Edrian baru kehilangan anak. Aiman tidak dapat bayangkan jika dia yang berada di tempat Edrian.

Aiman duduk di sebelah Edrian. Mereka masing2 diam membisu sebelum Aiman membuka mulut. "I'm sorry if this is not the time. Tapi kenapa kau buat semua ni? Kenapa kau bagitau ayah perkara  sebenar?"

Edrian diam seketika mendengar soalan Aiman. Dia mengeluh sedikit. "Aku penat, Aiman. Aku penat tanggung dosa2 aku kat korang selama ni. Selagi aku tak luahkan semuanya, aku takkan tenang. Banyak yang aku dah buat kat korang. Aku tak tau macam mana aku nak tebus semua dosa2 aku."

Aiman tergamam mendengar kata2 Edrian. Betul ke Edrian yang berada di hadapannya adalah Edrian yang dikenalinya dulu? Lelaki itu yang dulunya bongkak, sombong dan penuh dengan hasad dengki, sekarang sedang meminta maaf kepada Aiman dengan penuh penyesalan. Aiman bersyukur akhirnya Edrian sedar akan kesalahannya kepada mereka sebelum ini.

"Terima kasih, Edrian."

Edrian memandang Aiman apabila lelaki itu berterima kasih kepadanya. "Why did you thank me? Shouldn't you punch me in the face right now?"

Aiman mahu tergelak namun dia tahan. Sekarang bukan masa yang tepat. "Memang betul kau banyak buat salah, tapi disebabkan kau ceritakan perkara sebenar pada ayah, akhirnya dia percayakan aku dengan Kak Nurul. Sekurang-kurangnya kau dah tebus separuh kesalahan kau kat kitorang. Dan, bila aku tengok kau macam ni, aku bersyukur kau boleh berubah. It's all thanks to Erina, I guess."

Edrian hanya mampu tersenyum sedikit mendengar kata2 Aiman. Benar, Erina lah yang membimbingnya sehingga ke tahap ini. Jika Erina tidak muncul di dalam hidupnya, entah apa yang jadi kepada Edrian sekarang. Mungkin dia akan jadi lebih teruk dari dulu. Erina bagaikan cahaya untuk kehidupan Edrian yang gelap.

"Thank you, Aiman. I'll keep finding ways to atone for my sins to both you and Nurul. If you need anything, just say it. I'll be there to help."

Aiman berfikir seketika. "Oh, then...can I have that super big project you handle in Damansara?"

Mereka berdua saling memandang satu sama lain. Masing2 senyap membisu. Wajah mereka tiada riak. Projek yang dipegang oleh syarikat Edrian itu sememangnya sebuah projek besar yang ramai berlumba-lumba mahu miliki.

"That's too big of a request, don't you think?" Soal Edrian.

Aiman angkat bahu. "Well you said you want to atone for your sins and all..."

"Nope."

"Damn it."

Masing2 terdiam untuk beberapa saat. Kemudian, dengan spontan, mereka tergelak sedikit melihat perangai masing2. Dalam situasi ini pun mereka masih ada tenaga mahu berkelahi. Edrian tahu Aiman hanya cuba untuk menceriakan sedikit suasana suram di situ.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ