BAB 4 💋

573 31 2
                                    

"Semua sekali RM 43.90, Alora."

Alora mengeluarkan sekeping not 50 ringgit daripada beg duitnya lalu diserahkan kepada Pak Man.

"Bakinya Pak Man simpan ye."

Senyuman manis terukir di bibir pucat itu.

Senang hatinya dapat berkongsi rezeki dengan orang lain.

"Eh, banyak sangat ni Alora. Kamu sim-"

"Tak pe Pak Man, bukan selalu. Lagipun dalam rezeki saya ada rezeki orang lain." potong Alora laju.

Tahu yang Pak Man cuba menolak.

"Yelah kalau Alora dah cakap macam tu."

"Ni, Alora ok tak? Pak Man tengok pucat je mukanya."

Mengeras seketika badan Alora.

Pakai mask pun Pak Man boleh tahu mukanya pucat?

Is it too obvious?

"Ermm, saya ok je Pak Man. Biasalah, cuaca tak menentu, itu yang sakit kepala sikit."

"Kalau dah tak ada apa-apa, Alora minta diri dulu ye Pak Man. Nak cepat ni."

Sengaja dia mencipta alasan agar tidak ditanya lebih oleh Pak Man.

"Iyelah, baik-baik ye balik tu."

"Insyaallah, Pak Man. Assalamualaikum."

Lucky me.

Huh.

"Waalaikumsalam."

Usai itu, Alora terus melangkah keluar daripada kedai runcit Pak Man.

Sedang Alora leka mengatur langkah, tiba-tiba tubuhnya dirempuh oleh seseorang.

Buk

"Aduh!"

Selamat punggungnya mencium lantai.

Sakit gluteus maximus aku!

Kepala diangkat untuk melihat gerangan yang melanggarnya.

Lelaki!

Membulat sedikit mata Alora.

Dapat dirasakan dadanya mulai berubah rentak.

Sempit.

Trauma.

Kejadian yang terjadi pada dirinya dulu sedikit sebanyak membuatkan Alora takut dengan kaum adam.

Dapat dilihat badan sang jejaka mengeras di situ sambil berdiri memandangnya.

"Maaf."

Itu sahaja ayat yang diucapkan kepada Alora.

Kemudian lelaki tersebut terus meninggalkan Alora yang masih terkebil-kebil di atas lantai.

Cis.

Gitu je?

Baru saja mengangkat punggung untuk berdiri.

Dunianya gelap seketika.

Ya Allah.

Mata dipejam dan dicelikkan kembali untuk menjelaskan pandangan.

Tangan berpaut pada tembok di kedai runcit itu.

Haih.

Rimas!

Usai mengunci pintu kereta, Asher terus berjalan ke arah kedai runcit untuk membeli sedikit makanan ringan.

Ting!

Tangan terus menyeluk poket mengambil telefon untuk melihat gerangan yang menghantar pesanan kepadanya.

OG | ALORA : HIS LOST QUEENWhere stories live. Discover now