BAB 53 💋

581 33 24
                                    

"JADEN, tingkat atas dah settle." ujar satu suara disebalik earpiece yg dipakai olehnya.

Berkerut sebentar dahi Asher. Setahunya, tiada lagi anak buahnya yang diarahkan untuk mengawal di atas tetapi mengapa Nathan menyatakan bahawa anak buah musuhnya di tingkat atas sudah tumpas?

"Proceed." jawab Asher tanpa nada. Matanya masih tajam memerhati anak-anak buahnya yang sedang bertarung dengan orang-orang suruhan Dato' Rusman.

Dato' Rusman merupakan pemilik syarikat R&M JAYA. Syarikat pengeluaran senjata api tanpa lesen. Dan yang menjadi bayang-bayang di sebalik kegiatan haram itu adalah syarikat kepunyaan Asher.

The A's.

Namun, tembelang Dato' Rusman pecah apabila berita tentang dia mengkhianati Asher dalam diam sampai ke telinga lelaki itu.

Sedang mata helang itu memerhati setiap gerak geri mereka semua, matanya tertancap ke arah satu susuk tubuh yang agak asing padanya.

"Who's that?" gumam Asher perlahan.  Pandangan dikecilkan lagi. Fokusnya sudah sepenuhnya beralih ke arah susuk tubuh misteri itu.

Lama dia memerhatikan susuk tubuh itu. Langsung dia tidak hiraukan keadaan sekeliling.

That movement seems...

Familiar tho...

Seketika kemudian dia teringat kejadian di mana semasa misi lepas,  dia ada terimbas susuk tubuh itu namun dia tidak diendahkan ketika itu.

Jadi dia tidak ambil kisah tentang itu tetapi apa yang membuatkan dirinya berasa pelik adalah selepas saja dia terimbas susuk itu, anak buah kepada musuhnya semua ditumpaskan dengan cepat seolah-olah mendapat bantuan daripada pihak lain.

Gerak geri si susuk tubuh itu sungguh dia kenal namun agak mustahil untuk dia menebak itu ada lah insan yang diteka.

"So, you're that person." gumam Asher sendirian. Ya, dia pasti susuk tubuh itu adalah susuk tubuh yang sering muncul dan menghilang secara tiba-tiba setiap kali mereka menjalankan misi.

Lincah sungguh setiap pergerakan 'manusia' itu melawan musuhnya yang cuba menyerang daripada pelbagai sudut.

"Echo, lead." Asher memberi arahan kepada Nathan. Dia mahu menangkap susuk tubuh itu. Dan yang pasti dia akan dapatkan hari ini juga.

"Tapi-" belum sempat Nathan menjawab Asher sudah menutup earpiecenya dan disimpan ke dalam poket seluarnya.

Tidak mahu ada sesiapa yang mengganggu urusannya.

"Haish! Nate betul mamat ni!" marah Nathan. Sambil-sambil itu dia sibuk melawan anak buah Dato' Rusman.

"Awat?" soal Louise disebalik earpiece.

"Sepupu kesayangan kau lah, buat hal. Boleh pula suruh aku lead." jawab Nathan tercungap-cungap.

"Sepupu aku? Asher?" soal Louise lagi.

"Bukan bodoh. Mamat yang kau tengah lawan tu sepupu kau." jawab Nathan sinis.

BUK!

Nathan melayangkan kakinya tepat pada kepala anak buah Dato' Rusman. Peluh yang jatuh berjuraian dilap kasar dengan belakang tangan.

Fenart!

"Mak kau pernah kahwin ngan bapak aku ke?" berkerut dahi Nathan mendengar suara yang keluar daripada earpiece nya.

"Mana ada bang. Bapak saya setia orangnya. Kenapa abang cakap mak saya pernah kahwin dengan bapak abang pulak?" soal satu lagi suara di dalam earpiece yang dipakai Nathan cumanya suara itu agak perlahan sedikit.

OG | ALORA : HIS LOST QUEENWhere stories live. Discover now