Wan iyara Atiyah sedang bersiap untuk kesurau dia mengenakan sepasang baju kurung berwana biru gelap dan dipadankan dengan shawl berwarna hitam.
"amboi cantik nya adik abang ni... Ayu je ... Hilang identiti kapten atiyah tu.." ujar Wan Aidil yang melihat adiknya sungguh cantik.
"kalau tak ada ceramah kat surau tu jangan harap tau😅😅 kang tak pakai ada yang kena tazkirah sampai 2 pagi kang" ujar Wan Iyara Atiyah
"itu lah sebab yang sebenarnya.. Bukan sebb ceramah tu sebab takut kena tazkirah ngan Rizz lah tu.." ujar Wan Aidil.
"bukan takut tapi tak sanggup nak dengar😅😅" jawab Wan Iyara Atiyah dengan jujur sekali.
"okay.. Adik pergi dulu okay abang ada keje kat kem .. Nanti adik mintak tolong dia orang untuk handle ye.. Esok pagi baru abang dapat handle.." ujar Wan Aidil.
"okay beress" jawab Wan iyara Atiyah kemudian bergerak pergi ke surau kerana jam sudah menunjukkan pukul 1855.
5 minit saja lagi masanya menujuk kan 1900 sepatutnya kesemua para penuntut sudah ada di surau.
Sesampai saja di surau atiyah perasan ada yang belum sampai. "YDP panggil semua baris.." Arah atiyah sesampai saja dihadapan surau.
"baik puan" jawab ydp itu. Setelah semua berbaris atiyah mendapati ada 30 orang lagi yang masih belum sampai dan kebanyakkannya pranita.
"pranita mana kawan kamu yang lain" soal YDP "belum sampai skot" jawab salah seorang dari penuntut itu.
Riak wajah Atiyah pada ketika ini sangat lah menakutkan.
Riak wajah yang ayu dan lembut disebalik pakaian baju kurung itu sudah tiada yang tinggal hanyalah riak wajah sejuk beku sahaja begitu menggerunkan.
"yang mana lambat tu cepat lah sikit terhengeh hengeh dok berlenggang apa lagi.. Orang suruh kumpul 1900 bukan 1900 baru nak berkumpul..." ujar Wan Iyara atiyah yang sudah mula bersuara tetapi nada suaranya dikawal lagi.
"ydp check balik semua dah cukup baru masuk ingat kamu semua hutang dengan aku.. Dah cukup semua terus masuk dalam surau..." arah Wan Iyara Atiyah kemudian pergi meninggalkan mereka semua.
"ish korang ni skot lambat lagi..kan aku dah kata 1840 dah ada depan surau apalah degil sangat korang ni.." bebel ydp dalam masa yang sama sedang mengira jumlah penuntut sudah pastikn jumlah penuntut cukup mereka semua masuk kedalam surau.
"kau perasan tak apa aku perasan.." soal Tengku rayyan kepada zarith. "aku perasan doh.. Weyy serius arh yang aku tengok ni Ara.. Mcm tak percaya siak.." jawab Tengku Zarith yang seakan tak percaya apa yang dilihat itu.
"kau ada tazkirah dia ke?" soal Tengku Rayyan kepada Tengku Rizzuan Aideen kerana tidak mungkin bekas adik iparnya itu boleh berubah secara drastik.
"aku suruh dia pakai tudung je ye lah tanda menghormati surau ni kan rumah Allah jadi perlulah menjaga adab nya" jawab Tengku Rizzuan Aideen yang sebenarnya dia sendiri terpaku dengan kecantikan Wan Iyara Atiyah apabila berbaju kurung dan bertudung.
"patut lah... Aku ingat aku mimpi tadi" ujar Tengku Zarith dengan selamba. "tuan ustat dah tazkirah patut lah" sampuk Tengku rayyan yang sudah menambah perasa.
"korang dapat bahan aku..." ujar Tengku Rizzuan Aideen geram dengan dua orang sahabatnya itu.
"tapi tu lah cantik cantik ayu ayu muka sejuk beku.. Ish ish ish" ujar Tengku Rayyan mungkin bekas adik iparnya itu sudah mula kembali ke asal.
"tu aku sokong aku dah pesan dah ngan budak budak ni taknak dengar cakap aku... Jangan nanti dri pegawai kesayangan jadi pegawai yang di geruni" sampuk Tengku Zarith.
YOU ARE READING
SURI HATI, TUAN USTAT
Randomkehadiran Tengku Rizzuan Aideen dalam hidup Wan Iyara Atiyah membuatkan hidup nya tidak tenang ada saja lelaki itu mencari masalah dengan insan bernama Wan Iyara Atiyah. "nak jadi suri hati aku kene lah berubah" - Tengku Rizzuan Aideen "Tuan ustat d...