BAB 59

4.6K 279 17
                                    

Hari ini Edrian membuat keputusan untuk menemani Erina di rumah. Gadis itu mengambil cuti panjang dari pengajiannya di Addam Lincoln University. Erina perlu sembuh sepenuhnya barulah dia boleh menyambung pelajarannya yang tertangguh.

Walaupun Erina nampak normal di luaran, namun Edrian tahu Erina masih bersedih dengan kehilangan anak mereka. Setiap malam Edrian akan terdengar Erina teresak halus di sebelahnya. Edrian tahu sukar Erina mahu menerima hakikat itu. Maka, untuk beberapa hari ini Edrian mahu bersama dengan isterinya itu untuk mengelakkan Erina bersendirian.

"Do you need anything?"

Erina yang sedang membaca sebuah novel sambil duduk di atas katil melirik memandang Edrian yang menjengukkan kepalanya di muka pintu. Dia mengeluh sedikit. Ini sudah beberapa kali Edrian menanyakan pertanyaan yang sama. Lelaki itu sentiasa memastikan keperluan Erina terjaga. Namun, Erina kasihan pula melihat Edrian ke sana sini sejak tadi.

"Edrian, sini sekejap." Pinta Erina, meminta Edrian untuk datang kepadanya.

Tanpa sepatah kata, Edrian segera menuju ke arah Erina. "Yes, what is it? Are you hungry? Do you need more books?"

Erina menggeleng laju, cuba menghentikan soalan bertubi dari Edrian itu. Dia menaikkan tapak tangannya ke arah Edrian, tanda menyuruh lelaki itu berhenti. Kemudian, Erina menepuk tilam di sebelahnya, menyuruh Edrian duduk di situ. Edrian pula hanya menurut permintaan isterinya itu.

"Edrian, awak tak penat ke?" Soal Erina.

"Not really."

"Dari tadi awak ulang alik jenguk saya. Cuba awak duduk sini diam2." Cadang Erina.

"Sorry, I don't know what I can do for you."

"Awak tak perlu buat apa2. Saya okay je. Sebenarnya awak boleh je pergi kerja, saya boleh jaga diri." Erina cuba menyedapkan hati suaminya itu.

"Tapi you tak sembuh lagi. Macam mana I nak tinggalkan you."

"Kak Santi kan ada. Awak ni risau sangat la. Takpe ke awak ambik cuti lama2 ni? Mesti tak terurus office awak."

Edrian bersilang tangan. "It's fine. I'm the boss. No one is brave enough to scold me or anything if I take some days off."

Erina ketawa sedikit dengan sikap Edrian. Ada2 saja mamat Edrian ni. Melihat isterinya itu ketawa membuatkan hati Edrian senang. Akhirnya dia dapat mendengar tawa gadis itu.

"Please laugh more, it's lonely without hearing your voice nowadays."

Mendengar permintaan Edrian membuatkan Erina tersenyum sedikit. Kesian suaminya itu, disebabkan apa yang terjadi Edrian sering risaukan keadaan Erina. Namun, kesihatan dirinya sendiri tidak dijaga. Erina risau jika Edrian pula jatuh sakit.

"Sorry, Edrian. Saya asyik buat awak risau sejak kebelakangan ni. Saya tau awak nak saya kembali sihat, tapi awak jangan lupa jaga kesihatan awak jugak. Kalau awak sakit macam mana? Sejak beberapa hari ni berapa kali je awak rehat? Dengan nak jaga saya, dengan masalah kat office lagi. Mesti awak penat. Take some rest, okay?"

Edrian terharu mendengar kata2 Erina. Memang betul dia tidak cukup rehat kebelakangan ini, namun Edrian tidak kisah jika dia luangkan masa itu untuk menjaga Erina.

"Okay, I will rest now...cupcake."

Edrian terus baring di sebelah Erina lalu pinggang gadis itu dipeluk erat membuatkan Erina ketawa lagi. Mendengar Edrian memanggilnya 'cupcake' seperti selalu membuatkan Erina gembira. Sudah lama dia tidak mendengar panggilan itu. Dulu Erina tidak suka Edrian memanggilnya begitu namun sekarang panggilan itulah yang menyenangkan hatinya.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now