3 - Kenapa dia?

306 20 3
                                    

"DANNY kemalangan Kak Rara.."

Mendengar suara Danny yang lemah itu, Dinara yang sepatutnya menghantar pesanan pelanggan bergegas memutar arah menemui sang adik dihospital. Sebaik saja sampai, panik Dinara makin menjadi-jadi saat melihat lengan dan kepala remaja lelaki yang sedang berbaring itu berbalut.

Dia meluru kesana tanpa melihat kiri kanan. Tak sedar, ada sepasang mata yang sedang memerhati dengan gaya berpeluk tubuh. Kening hitam lebat lelaki itu terangkat. Mengamati tubuh belakang Dinara penuh minat.

"Danny, Ya Allah teruknya luka adik Kak Rara. Sampai berbalut-balut ni. Sakit tak?"

Dahi Danny disentuh lembut. Dinara hampir saja nak menangis melihat keadaan Danny yang selalunya sihat kini terbaring kesakitan dalam keadaan cedera.

"Danny okay. Sikit saja ni Kak Rara."

"Sikit apa macam ni. Tengok, lengan patah kepala pula berbalut. Siapa yang langgar Danny? Siapa yang buat Danny ada luka-luka macam ni?"

"Danny cakap Danny okay. Tak payahlah macam ni. Malu Abang tu tengok." Tangan Dinara yang sibuk menelek tubuh Danny ditepis lembut. Adik lelaki Dinara itu nampak sangat tak selesa diperlakukan bak anak kecil.

Usianya sendiri dah tujuh belas tahun. Luka-luka macam ni bagai luka kecil ditubuhnya. Sebagai lelaki, Danny membesar menjadi lelaki kuat, tak cengeng. Dinara saja yang selalu anggap dia budak-budak kecil.

"Abang siapa?" Tak faham Dinara.

"Dekat belakang Kak Rara tu ada Abang." Danny juihkan mulut, memberitahu.

Sepantas kilat Dinara berpaling. Seketika tubuh berubah beku. Suasana jadi canggung. Figura lelaki yang terlalu gagah dipandangan mata Dinara itu sedang elok berpeluk tubuh sambil merenungnya dengan dagu terangkat.

"Kalau Kak Rara nak tahu, tadi Danny tak sengaja langgar kereta Abang ni." Beritahu Danny.

"Danny yang langgar?" Kembali Dinara pusatkan bola mata pada Danny. Tak percaya Danny yang selalu bawa motosikal secara berhemat boleh tersalah melanggar orang. Sudahlah yang dilanggar itu buat hati Dinara berdegup kencang. Bukan kerana jatuh cinta, Dinara sedar siapa Bakhtiar dimasa lalu.

Dia cuma tak suka dengan pertemuan tak sengaja macam ni. Dalam ramai-ramai manusia atas muka bumi ni, kenapa Bakhtiar juga yang adiknya langgar. Dah pupus ke manusia-manusia yang lain?

"Iya.. Silap Danny sebab tak tengok kiri kanan masa nak keluar simpang." Raut Danny menjadi mendung bila teringat sikapnya yang ceroboh tadi. Sekarang si kakak yang disusahkan.

Dinara mengeluh.

"Dah berapa kali Kak Rara pesan, kalau nak melintas tu tengok dulu. Kalau jadi macam ni Danny juga yang sakit." Dari kasihan, Dinara mula geram. Asalnya nak membebel panjang lagi, tapi teringat Bakhtiar masih ada, terus tak jadi Dinara nak buka mulut.

"Memang silap Danny. Kak Rara bincang dengan Abang ni dulu. Danny tengok teruk juga keretanya."

"Elok juga tu. Kita bincang benda ni dekat luar." Bakhtiar mencelah. Mula membuka tapak merapati daun pintu dengan gaya jalannya yang menyerupai model catwalk.

Sebelum mengekor, Dinara sempat mengira duit dalam bank yang dia simpan untuk kegunaan Danny bila masuk universiti nanti. Adalah sikit, tapi entah cukup atau tidak untuk dijadikan bayaran. Dia pun baru mula menyimpan setahun yang lalu.

"Kereta apa awak pakai?" Terus Dinara tanya saat mereka saling berhadapan. Kereta lokal mungkin harganya murah berbanding kereta buatan luar negara. Dinara harap Bakhtiar tak sekaya mana untuk pakai kereta yang mewah.

"BMW 8 Series.."

Melopong besar mulut Dinara. Terkejut campur tergamam sampai bibir tergemap dengan sendiri. Jangankan miskin, saat kaya pun belum tentu Dinara mampu pakai kereta semahal itu. Anak jutawan ke apa mamat ni?Rasanya dulu waktu belajar biasa-biasa saja. Tak nampak macam orang berharta.

Atau jangan-jangan Bakhtiar baru jadi OKB tak? Orang Kaya Baru..

"I.. itu kereta awak? Be.. betul-betul kereta awak?" Gagap Dinara lontarkan tanya.

"Dah tu kereta siapa lagi. Takkan kereta kau kot. Aku yang pandu jadi kereta aku lah." Sinis Bakhtiar menjawab.

"Kejap.." Dinara angkat sebelah tangan. Telefon diseluk. Dia bergerak menjauh dua langkah dari depan Bakhtiar.

Mendekati dinding, aplikasi google dibuka. Dinara taip harga satu butir kereta BMW 8 Series. Tak sampai dua saat, terpampang jumlah angka yang buat kedua-dua mata Dinara naik juling.

Harganya memang tak masuk akal. Terlalu mahal sampai kepala Dinara menjadi pening sekejap. Berputar-putar angka tersebut depan mata.

Sekaya apa si Bakhtiar ni sampaikan harga seunit kereta pun boleh cecah 1.1 juta ringgit Malaysia? Anak bilionaire ke?

"Kau buat apa?" Badan Dinara tersentak dek sergahan yang datang dari belakang bahunya. Kepala Bakhtiar berada betul-betul diatas kepalanya. Mata Bakhtiar pula tunak memandang telefon dalam genggaman Dinara.

Saat itu juga jantung Dinara bagai nak pecah. Ketika dia mendongak, kulit muka Bakhtiar terlihat begitu mulus dan terawat. Hembusan nafas Bakhtiar pula wangi dan menyegarkan.

Dinara bukannya nak memuji tetapi sungguh Bakhtiar memang semulus dan sewangi itu.

Bukannya Dinara tak pernah sedekat ini dengan lelaki, lebih dekat dari ini pun dah jadi makanan sehari-hari dia dulu. Dinara akui cara dia bergaul dengan lelaki memang sampai diluar batas. Sentuh, cium, raba itu sudah biasa. Namun kehormatan tubuhnya masih dijaga.

Dinara malu nak mengaku dia sejahil itu dulu.

"Ohh.." Lelaki itu mengangguk-angguk. Bibirnya naik tercongek. Nampak sinis dimata Dinara yang masih merenungnya dari bawah.

"Kalau tak mampu bayar, jual saja koleksi beg mahal yang kau banggakan sangat tu. Harganya berpuluh-puluh ribu kan?" Bakhtiar menunduk. Senyum sinisnya berubah mengejek.

Dinara ketatkan genggaman. Hawa panas Bakhtiar yang tersentuh dibelakang tubuh Dinara meruap sehingga kedalam tulang. Tak tunggu lama, sikunya menyodok perut Bakhtiar dengan keras. Melepaskan rasa sakit hatinya atas kata-kata Bakhtiar yang jelas sangat menghina dia.

Berpuluh-puluh ribu konon. Harga beg yang beratus-ratus ringgit pun dia tak mampu nak beli.

"Aduh! Kau gila ke?!" Berkedut dahi Bakhtiar menahan sakit. Dua belah tangannya memegang perut dengan kuat. Rintihan Bakhtiar mengundang beberapa pasang mata melihat kearah mereka.

"Maaf, saya tak sengaja." Dinara pura-pura menyesal. Rautnya diubah sedih. Sudah terang lagi bersuluh dia memang sengaja tadi.

"Tak sengaja kepala otak kau! Sakitlah perut aku!" Bentaknya sambil membongkokkan tubuh menahan perit dari sodokan Dinara.

"Sakit sangat ke?" Tak sampai hati melihat Bakhtiar merintih,Dinara mula menyesal. Ditambah lagi orang-orang mula menatap mereka lain macam.

"Sakitlah!"

Terhinjut bahu Dinara.

"Nak saya panggilkan misi tak? Mana tahu perut aw.."

Cerlungan Bakhtiar mematikan ayat Dinara sekerat jalan. Terpinga-pinga bagaikan orang bodoh, akhirnya Dinara putuskan memapah tubuh Bakhtiar duduk diatas kerusi biarpun ada rasa jengkel menyelit dihati.

Takdir DinaraWhere stories live. Discover now