5 - Pertemuan tak sengaja

257 23 2
                                    

DINARA tarik nafas dari mulut menjemput udara yang kian menyesakkan dada. Berpeluh-peluh dahinya setelah kepala beruang yang lebih besar daripada kepalanya ditanggalkan dari menutupi wajah dan rambut. Anak-anak rambut yang basah diselit ketelinga.

Hari minggu macam ni ramai budak-budak berkeliaran dipusat membeli belah. Empat jam berturut-turut Dinara kepenatan melayani tingkah mereka yang ingin dikejar dan mengejar.

Sudah terbiasa menjalani rutin disetiap minggu begini, jadi dia sudah terlalu arif menuruti kehendak setiap pengunjung yang meminta itu dan ini.

Penat memang penat. Siapa cakap kerja tak penat? Tak ada seorangpun akan cakap kerja tak penat bila mereka dah bekerja. Melainkan orang yang mengatakan itu goyang kaki tetapi duit tetap melesak masuk ke dalam poket. Hanya orang macam tu yang tak reti rasa penat.

Dinara dah pernah cuba macam-macam kerja sebelum ini. Dari mencuci pinggan mangkuk, menjadi pelayan, buat kerja hantar makanan, hiburkan kanak-kanak, bahkan pernah juga menjual suaranya untuk mendapatkan bayaran. Apa saja kerja yang dia lakukan semuanya memenatkan.

Sekurang-kurangnya kerja-kerja yang dia lakukan itu dibayar, bukannya percuma.

Pernah beberapa kali Dinara berdoa supaya takdirnya diubah menjadi kaya semula oleh Tuhan. Dia juga berjanji akan memanfaatkan duit yang ada sebagai modal membangun perniagaan sendiri. Tidak kira dibidang apa pun,asalkan ada sumber kewangan yang dapat dihasilkannya.

Tetapi itu mustahil. Takdirnya takkan berbalik macam tu. Tuhan baik jadi Dinara hanya akan bersangka baik dengan aturanNya. Tuhan itu tidak tidur, mesti DIA sedang melihat betapa kuatnya hambanya ini menjalani hidup setelah bertubi-tubi masalah menghujani bak peluru.

Dinara bangkit setelah penatnya beransur hilang. Dia akan kembali bekerja. Dia perlu mengumpulkan pundi-pundi ringgit untuk kelangsungan hidupnya dan Danny. Ada juga hutang yang perlu dia bayar beberapa hari kedepan.

Kepala beruang disarung menutupi keseluruhan wajahnya. Baru nak bergerak Dinara dikejutkan dengan segerombolan kanak-kanak yang menyerbu kearahnya. Tubuhnya dikelilingi dengan aksi ganas kanak-kanak tersebut yang kononnya gembira apabila melihat seekor beruang jadian yang besar dan bulat dihadapan mereka.

Dinara terhuyung kebelakang. Terduduk semula dia atas kerusi. Sepantas kilat kepala beruang yang longgar terasa dicabut. Ruang gelap terus jadi terang.

Seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia enam tahun memegang kepala beruang milik Dinara dengan senyum lebarnya.

“Tengok, ini kan manusia bukan beruang.” Ujarnya yang buat Dinara kejung. Bibirnya lambat-lambat melukis senyum. Malu bila dipandang budak-budak yang mengerumuninya tadi. Nak marah tapi ini sudah kerja dia.

“Ha.. hai.” Sebelah tangan dilambaikan depan mereka.

“Hai!” Seru mereka serentak. Dinara ketawa kecil. Lucu, comel.

“Bagi kakak kepala pak beruang tu. Nanti kita main sama-sama.” Minta Dinara pada kanak-kanak lelaki yang nampak lebih besar dari kanak-kanak yang lain.

“Kakak manusia kan?”

Dinara angguk. Nasib baik yang bertanya itu masih budak-budak kecil.

“Kalau macam tu kenapa nak jadi pak beruang? Kakak kan manusia.”

“Kakak..” Dinara kelu. Nak cakap apa dekat budak tak cukup umur ni. Entah siapa mak bapak budak ni, tak tahu ke anak diorang tersesat dekat sini. Menyusahkan saja.

Menganggu kerja orang.

“Kakak tengah kerja. Bak sini kepala pak beruang tu. Nanti kita boleh main sama-sama.” Minta Dinara separuh memujuk.

“Taknak lah. Azam tak suka beruang. Beruang binatang buas. Azam suka arnab sebab arnab comel.”

Kalau tak suka beruang kenapa kau cabut kepala pak beruang aku budak?! Teriak Dinara dalam hati.

“Kalau macam tu err..” Tak tahu lagi nak kata apa Dinara ubah kedudukan jadi bangun.

Kesabaran dalam diri dah senipis tisu.

“Azam ada papa dengan mama kan? Mari kakak bawa Azam jumpa mama papa. Mama papa Azam dekat mana? Kawan-kawan Azam ni kakak hantar sekali.”

Azam kerling kawan-kawannya.

“Azam tak kenal diorang semua.”

Pening sekejap kepala Dinara.

“Diorang semua cakap kakak beruang tapi Azam cakap kakak manusia. Bila diorang tak percaya Azam cakap Azam boleh buktikan. Lepas tu kami terus serang kakak.” Cerita Azam dalam pelatnya yang masih boleh difahami oleh Dinara.

Itu kisahnya.

“Kalau macam tu..”

“Azam!”

Terhinjut bahu Dinara yang mengenakan kostum Beruang. Lelaki yang melaungkan nama Azam sangat dikenali Dinara. Dia tak salah tengok. Memang itu Bakhtiar.

Azam menikus. Kanak-kanak tersebut menyembunyikan diri dibelakang Dinara. Tubuh kecilnya mengerekot.

“Itu Pak Cik Azam. Dia garang kakak. Azam takut sebab tadi Pakcik tak bagi Azam main jauh-jauh.” Bisik Azam.

Azam silap besar kalau kata Dinara berani memarahi Bakhtiar kerana bersikap garang. Siapa yang berani nak marah pada lelaki itu?Dinara masih ingat pada hutangnya. Silap haribulan hari ini juga Bakhtiar memintanya menyelesaikan hutang tersebut.

Mana Dinara nak cekau duit. Tak ada tempat dia nak meminjam.

“Azam sini! Jangan sembunyi belakang perempuan.”

Dinara tahu Bakhtiar perasan mereka saling mengenali. Tetapi Bakhtiar buat seolah-olah mereka tak kenal antara satu sama lain.

Biarlah. Dinara pun tak harap dikenal. Ditambah dalam keadaan macam ni. Lagi baik tak dikenal daripada berpura-pura kenal. Memang mereka tak kenal pun kan.

“Buat lagi perangai macam ni, Pak Usu tak bawa Azam keluar dah lepas ni.” Ugutan Bakhtiar berjaya menakutkan Azam. Kanak-kanak itu keluar dari belakang badan Dinara yang tak sepenuhnya melindungi tubuh montelnya.

“Nah, kakak ambil balik.” Kepala beruang dipulangkan semula pada Dinara.

Bakhtiar memerhati.

“Hari tu tukang hantar makanan, hari ni jadi badut untuk hiburkan budak-budak pula?Banyak betul kerja kau.”

Dinara tak sempat balas senyuman Azam, bibirnya sudah mati dahulu. Tajam sangat kata-kata itu. Bakhtiar tak tahu lagi berapa banyak pekerjaan yang dia terpaksa buat sebelum ini untuk tampung hidup dan lepaskan diri dari hutang piutang yang melilit hidupnya akibat ulah sang kakak. Kalau tahu Bakhtiar dah tentu-tentu terkejut beruk.

“Banyak. Kalau kita jumpa dekat tempat kerja saya yang lain diwaktu yang lain, itu memang saya. Kerja saya berlambak, hidup saya dah tak kaya macam dulu lagi. Anggap saja ini karma untuk semua kejahatan saya dulu pada Anggun.” Kata aku santai.

“Oh, kiranya kau dah jatuh miskin sekarang?” Bakhtiar menyulam senyum sinis.

“Sebab tu jangan bongkak sombong. Bila dah miskin baru ada adab nak merendah depan orang!”

Dinara ulas senyum tawar dibibir. Kepala beruang diseluk kekepala. Tanpa kata dia berlalu dari hadapan Bakhtiar dengan hati yang terguris.

Entah takdir apalah yang buat mereka selalu berjumpa. Bakhtiar berserta kata-katanya memang selalu melukai hati Dinara.

Takdir DinaraWhere stories live. Discover now