BAB 60

3.9K 212 7
                                    

Hujung minggu itu Erina berbaring menghadap siling biliknya yang berwarna putih. Kemudian, dia pandang pula pemandangan di luar tingkap. Erina mengeluh panjang.

Dia bosan melihat semua itu kerana sudah sebulan lebih dia berpantang di rumah. Kelasnya semua berlangsung secara dalam talian. Selain Edrian, Santi dan ibunya Zakiah yang kadang2 datang ke rumah, tiada manusia lain yang Erina jumpa. Dia mengeluh lagi, lama. Kemudian, dia bangun dari katil.

"Ahhhh!"

Edrian yang sedang memasak di dapur segera berlari ke bilik apabila mendengar jeritan Erina yang secara tiba2 itu. Wajahnya cemas, risau jika terjadi apa2 dengan isterinya itu.

"Cupcake?? What's wrong?? Are you hurt?!"

Erina terus menoleh memandang Edrian yang mula cuak. Erina kemudian menggeleng laju.

"Saya bosan! Saya tak nak duduk rumah dah. Saya nak keluar!"

Mendengar rungutan Erina membuatkan Edrian menghembus nafas panjang. Dia memegang dadanya yang berdegup laju tadi. Ya Allah, aku ingatkan apa la tadi.

"Ish, you ni buat I terperanjat je. Hampir je kuali kat dapur tu terbalik bila you menjerit tadi tau." Edrian kerut kening.

"Saya nak keluar."

Edrian mengeluh perlahan. Mula dah perangai Erina yang satu ini."Nak pergi mana? You baru sebulan tau pantang. Jalan pun terkial lagi lepastu nak keluar pulak." Protes Edrian.

"Saya boleh jalan la! Saya dah sihat tau! Bawak la saya keluar. Saya nak tengok pemandangan lain pulak. Asyik tengok rumah ni je. Bosan!" Rengek Erina lagi.

Edrian sudah mati akal mahu memuaskan hati isterinya. Bukan dia tidak mahu membawa gadis itu keluar, namun Zakiah sudah berpesan untuk tidak membiarkan Erina berada di luar terlalu lama. Gadis itu perlu berehat di rumah sampailah habis pantang.

"You tu tengah pantang tau. Dah la haritu you nak makan macam2. Aiskrim la, ayam goreng mcd la, pizza la. I boleh je bagi tapi nanti you lambat sembuh macam mana? Nanti yang kena marah dengan ibu Zakiah tu I jugak. Sabar la dulu. Lepas pantang you nak pergi bercuti kat Gunung Fuji pun boleh."

Mendengar bebelan Edrian membuatkan Erina merebahkan badan di atas katil. Kemudian, dia menjerit lama namun suaranya tidak kuat kerana diserap oleh tilam itu. Edrian terus mengeluh lagi melihat Erina buat perangai.

Edrian menuju ke arah isterinya lalu menarik gadis itu bangun. Namun Erina meronta tidak mahu dipegang. Pening Edrian melihat situasi itu. Kelihatan seperti personaliti mereka tertukar. Dulu Edrian yang kebudak-budakan sekarang perangai itu beralih kepada Erina pula.

"Ish budak ni. You tu tengah pantang la. Jangan bergerak sangat."

Edrian memaksa Erina berdiri lalu mereka menghadap satu sama lain. Lama. Erina buat muka marah manakala Edrian dengan wajah tegasnya.

"You ni period ke apa yang asyik marah2 ni?"

"Memang pun!" Balas Erina pantas.

Terkedu Edrian dibuatnya. Kemudian, dia bersilang tangan.

"Okay. Fine. I bagi you keluar. Tapi, kalau ibu Zakiah tahu, you tanggung sendiri. Ok?"

Wajah Erina mula berubah ceria. Dia mengangguk laju. Erina mula melompat kecil sambil menepuk tangan. Terus Edrian menenangkan gadis itu.

"Sabar, sabar. Jangan lompat2 la. Risau betul la I dengan you ni."

"Kita nak pergi mana?" Soal Erina.

Edrian sudah memicit kepala. Ah, kepala aku sakit. "You nak pergi mana?" Soal Edrian kembali.

"Jalan2."

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now