MASA SILAM BLANCHE

61 9 0
                                        

Jenny mengajak BoBoiBoy berjumpa dengan Blanche,salah seorang Ancient Demon untuk mengajak dia berkhidmat di bawah BoBoiBoy tetapi dia menolak. BoBoiBoy meminta dia menceritakan apa yang terjadi padanya dan kejadian yang terjadi beberapa ratus tahun lepas.

Blanche: *sigh* Ini mungkin akan ambil masa yang lama....

Blanche menceritakan kepada mereka apa yang terjadi beberapa ratus tahun lepas.

Ratusan tahun yang lalu,terdapat sebuah kerajaan yang kaya. Sangat kaya,lebih dari kerajaan lain di masa itu.

Kerajaan tersebut ditadbir oleh raja yang sangat sukakan emas. Dia mengarahkan askarnya untuk cari dapatkan emas yang berada di seluruh dunia untuk dia.

Oleh sebab raja tu terlalu sukakan emas,dia abaikan masalah yang boleh terjadi akibat pengumpulan emas di kerajaannya.

Suatu hari,kerajaannya dilanda wabak yang misteri. Sesiapa saja yang terkena wabak tu,badan mereka akan sakit,tompok-tompok hitam muncul di badan dan sakit kepala yang teruk diikuti selera makan berkurangan.

Raja kerajaan tersebut mengarahkan orang bawahannya untuk mencari penawar bagi penyakit ini. Tetapi, setelah lama mencari di seluruh tempat,negara jiran dan benua lain, mereka tidak menemui jawapan kepada masalah mereka. Di situlah semuanya terjadi.

Blanche kebetulan lalu di situ dan nampak betapa teruknya kerajaan tu dilanda wabak. Dia mengeluh perlahan dan berjalan menuju ke istana yang terletak di atas bukit untuk bertemu raja kerajaan itu.

Dia berjumpa dengan raja tersebut dan memberitahu yang dia boleh sembuhkak penyakit yang melanda kerajaan tu. Raja tersebut berjanji akan berikan sebahagian kecil harta yang dia ada pada Blanche kalau dia berjaya. Blanche angkat tangan ke udara dan sejenis kubah berwarna putih menutupi seluruh kerajaan dan menyembuhkan mereka.

Raja tersebut berasa gembira dan hadiahkan Blanche sejumlah harta yang banyak. Blanche memandang harta di hadapannya dengan rasa bosan tapi dia tetap terima harta yang diberikan.

Dia diberikan rumah yang mewah, penuh dengan pembantu rumah dan haiwan belaan. Namun,itu semua tidak menarik perhatian Blanche sedikit pun. Sehinggalah....

Suatu hari,semasa Blanche sedang berkurung dalam makmal di rumahnya,ada seorang budak perempuan datang dan beritahu dia yang ayah dia jatuh sakit dan tak boleh bergerak. Dia minta Blanche datang ke rumahnya untuk sembuhkan dia.

Blanche: "Hm.....kebetulan aku pun tengah bosan sekarang ni..."

Blanche ikut budak perempuan tu pergi ke rumahnya. Rumahnya terletak di pinggir kerajaan di mana penduduknya terdiri dari golongan kelas bawahan. Rumah mereka kelihatan teruk dan ada banyak kanak-kanak merempat di tepi jalan.

Blanche: "Untuk kerajaan yang penuh dengan emas,mereka memang tak ada otak. Manusia...."

Blanche tiba di rumah paling hujung berdekatan dengan jalan keluar. Dia masuk dalam rumah dan nampak seorang lelaki tua,terbaring dengan kesan lebam di tangan dan kakinya.

Blanche: Ha......nampak macam teruk...

Blanche memeriksa keadaannya dan mula memikirkan rawatan yang sesuai untuknya. Dia periksa suhu badan,keadaan badan dan ambil sedikit darah untuk dibawa pulang. Budak perempuan yang bawa dia ke rumahnya hanya memandang Blanche merawat ayahnya.

Blanche pulang ke rumah dan mula menjalankan eksperimen ke atas darah yang diambil untuk merawat ayah budak perempuan tu.

SKIP TIME

Dua bulan telah berlalu. Keadaan ayah budak perempuan tu semakin teruk dan penyakit yang dihidapinya telah berjangkit kepada penduduk lain. Raja kerajaan tersebut berasa risau akan perkara tu dan menyuruh Blanche cari punca penyakit tu merebak.

BOBOIBOY: UNDERWORLD TAKEOVER (REWRITE)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang